KELANTAN SIGHTSEEING TOUR | PAKEJ MELANCONG DI KOTA BHARU

pakej-tour-kelantan-murah

Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan berpeluang berjalan-jalan menerokai beberapa lokasi menarik yang ada di Kelantan khususnya sekitar Kota Bharu. Apa yang menariknya, trip kali ni bukanlah trip terjah seperti biasa yang kami buat tau. Trip kali ni kami menggunakan pakej Kelantan Sightseeing Tour, dimana ianya satu pakej jalan-jalan yang sangat murah dan lengkap beserta pemandu pelancong.

dataran-rehal


KELANTAN SIGHTSEEING TOUR

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020), Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours dan Firefly telah memperkenalkan program Kelantan Sightseeing Tour bagi memupuk aktiviti pelancongan domestik di negeri Kelantan melalui pakej dan menggunakan khidmat pemandu pelancong. Melalui pakej ini pelancongan akan lebih berkesan kerana setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik yang tidak akan di perolehi jika melancong tanpa pemandu pelancong. Selain daripada itu, ia turut akan membantu pemandu pelancong untuk meraih pendapatan harian dengan bertugas secara giliran.

pakej-tour-negeri-kelantan

Untuk pengetahuan korang, Pakej Kelantan Sightseeing Tour terbahagi kepada 3 (dengan laluan yang berbeza). Jadi korang bolehlah pilih pakej yang bersesuaian dengan kehendak dan masa korang.
  1. Kelantan Sightseeing Tour (9.00am - 12.30pm / Setiap Hari)
  2. Kelantan Panoramic Tour (2.20pm - 6.00pm / Setiap Hari)
  3. Kelantan Saturday Fun (9.00am - 12.30pm / Setiap Sabtu)
Kelantan Sightseeing Tour


Kelantan Panoramic Tour

Kelantan Saturday Fun

Harga Asal :
Dewasa – RM 80.00
Kanak-Kanak (4 – 11 tahun) – RM 40.00

**Promosi bermula 10 September sehingga 31 Disember 2020
Dewasa : RM 40.00
Kanak-Kanak (4 -11 tahun) : RM 20.00

Program Kelantan Sightseeing Tour merupakan usaha bersama rakan-rakan strategik:
  • Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan – Pengerak utama
  • Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu – Promosi
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu – Kawalan serta menjaga kebersihan kawasan lokasi pelancongan
  • Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours – Ground handler
  • Firefly - Menyediakan penerbangan daripada 3 destinasi ke Kota Bharu iaitu Subang, Pulau Pinang dan Johor.
Jika korang berminat untuk mengikuti pakej-pakej yang ada, bolehlah membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lebih lanjut di :

Tel : +6012 9016373

Post a Comment

19 Comments

  1. Akak rasa harga tu berbaloi jika semua lokasi tu kita turun dan ada masa untuk explore. Melalui pengalaman Mawardi, berapa jam untuk complete keseluruhan tour?

    ReplyDelete
  2. LH beruntung sebab ada ada kampung di Kelantan. Setiap kali balik kampung mesti berjalan-jalan.

    ReplyDelete
  3. Menarik ye pakej lawatan dia. Lama dah tak ke Kelantan. Nanti nak buat saty trip ke sana la - nie dah ada pakej best nie senang sket kan

    ReplyDelete
  4. Rindu plak nak pi Kelantan. Best juga kalau pi Kelantan amik pakej macam ni, tak payah susah nak jalan sendiri kan.. Kelantan tu bukannya kecik, besar rupanya ...

    ReplyDelete
  5. Bagus juga adanya program macam ni, pakej yang ditawarkan tu pon nampak menarik dan berpatutan! Kalau nak jalan-jalan ke Kelantan nnt bolehla tengok2 program ni dulu 😁

    ReplyDelete
  6. Alamak rindu la nak gi lagi. Tp tu la dlm keadaan sekarang cam takut nak merancang tgk la cam arini selangor,kl,putrajaya kena pkpb lak huhu

    ReplyDelete
  7. Enaknya bisa tour yaa. Ditempat saya belum ada wisata yang buka, semoga aja wabah ini cepet selesai, jadi bisa tour ke tempat yang seru - seru ..

    ReplyDelete
  8. Menarik dan nampak fun Kelantan sightseeing tour nie. Insya’Allah boley try Kalo travel ke Kelantan lagi in future. Thank you for your recommendation.

    ReplyDelete
  9. Banyaknye tmpt menarik boleh lawat dkt Kelantan. Selalu terbayang kelantan ni kota bharu je. Tak terbayang ada tmpt2 mcm ni

    ReplyDelete
  10. Kitkat teringin nak melawat Kelantan lagi, akan masukkan Kelantan on my list for next trip la after 2nd MCO ni... Banyak tempat yang nak visit sebab tak sempat dulu2... Ke sana time musim perayaan memang sightseeing from the car on the road jer sepanjang masa...

    ReplyDelete
  11. Bagusnye ada pakej macam ni. Kalau travel sendiri tak tau ke mana. Jalan2 cari makan je yg mmpu. Hihi

    ReplyDelete
  12. Tengok gambar2 ni, rindu pulak kat Kota Bharu. Dah lama tak pergi. Dulu saya study kat sana.

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak balik Kelantan. Bagus ada sightseeing begini. Kita yang rajin balik dulu pun tak tahu apa ada di sana sekarang.

    ReplyDelete
  14. saya yang dok di kelantan ni pun tak pernah pegi lagi ke floating market tu. mest best makanannya.

    ReplyDelete
  15. Wahh senang ea ada pakej cmni. Tak payah pening2 pikir nak kemane. Ktorang ni jalan sana siap google mane tempat best. Hehe lepastu sesat entah kemane

    ReplyDelete
  16. Selama 36 tahun madam have-to-stay di Kelantan tapi banyakkk tempat yang tak sempat jejak. Haha. Sekarang dah jauh terasa rindu lain macam. Cicah budu di negri orang tak sama feel dapat cicah budu di negri sendiri!

    ReplyDelete
  17. Wow Kelantan memang best, banyak tempat yang menarik and also new things to explore.

    ReplyDelete
  18. seronoknya uols dapat jelajah kelantan ke sana sini... za tak sempat pun teroka kelantan sehabisnya... best betul tmpt2 awak pegi

    ReplyDelete
  19. Dalam banyak-banyak tempat, kelantan salah satu tempat yang TB teringin nak pi... Tapi belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete