Blueberry sejenis buahan yang saiznya kecil dan berwarna gelap, tapi siapa sangka blueberry ni mempunyai banyak kelebihan pada tubuh badan kita sehingga digelar superfood. Blueberry biasanya digunakan sebagai penyedap kek dan manisan, rupa-rupanya buah ini tinggi dengan antioksida yang berperanan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Semakin gelap warna beri, semakin tinggi kandungan phytochemical dan lebih baik untuk kesihatan.
FAKTA MENGENAI BLUEBERRY YANG PERLU KORANG TAHU
1. Washington, Amarika Syarikat merupakan pengeluar & penghasil utama (terbesar) blueberry di dunia adalah Washington, Amerika Syarikat.
2. Buah blueberry mempunyai pelbagai khasiat dan dikatakan sebagai buah 'super' yang memberikan banyak manfaat sebagai anti penuaan, anti oksida, mencegah jerawat, menyuburkan akar rambut, melambatkan pertumbuhan uban dan banyak lagi.
3. Satu cawan Blueberry Washington mempunyai 80 kalori setiap hidangan.
4. Blueberry rendah lemak dan natrium.
5. Blueberry Washington mempunyai fitonutrien yang disebut polifenol. Kumpulan ini merangkumi antosianin, yang merupakan sebatian yang memberikan warna biru kepada blueberry tersebut.
- Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri mengesyorkan agar kita menyertakan semua warna buah dan sayuran untuk memanfaatkan fitonutrien mereka sepenuhnya. Blueberry adalah pilihan tepat untuk mendapatkan pilihan warna ungu biru dalam makanan anda.
6. Blueberry Washington adalah sumber Vitamin C yang baik dan tinggi mangan.
- Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pengembangan tisu dan mendorong penyembuhan luka.
- Mangan pula dapat membantu tubuh kita untuk memproses kolesterol dan nutrien seperti karbohidrat dan protein.
7. Blueberry juga merupakan sumber fiber makanan yang sangat baik, dengan hanya 1 cawan blueberry memberikan 3.6 gram fiber.
- 1 Serat makanan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Dengan menambahkan lebih banyak blueberry dalam makanan kita ia akan membantu mempercepatkan rasa kenyang.
8. Buah blueberry segar sebenarnya hanya dihasilkan pada musim panas. Walaupun begitu, blueberry beku Washington tersedia sepanjang tahun yang menjadikannya mudah untuk digunakan.
- Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan mencairkannya apabila anda ingin menggunakannya.
- Malah penyelidikan menunjukkan bahawa anda mungkin mendapat peningkatan antioksidan tambahan jika blueberry beku dimakan dalam masa 3 bulan dari pembekuan.
- Penyelidikan di South Dakota State University menunjukkan bahawa blueberry yang dibekukan menjadikan antioksidan bertambah lebih banyak dan sangat bermanfaat untuk tubuh manusia. Ini kerana anthocyanin, sebatian antioksidan yang menjadikan blueberry berwarna biru terdapat di kulit buah beri. Apabila beku, kristal ais kecil mengganggu struktur sel yang seterusnya memudahkan sistem kita mengakses antosianin yang terdapat di dalam kulit.
- Blueberry beku Washington adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan blueberry di Malaysia, walaupun ia tidak sesuai musim. Kualiti pemakanan blueberry dijaga dengan baik semasa beku.
CARA NIKMATI KHASIAT BLUEBERRY DALAM SETIAP HIDANGAN
- Tambahkan blueberry Washington ke bijirin, gandum , smoothie atau salad.
- Masukkannya sedikit blueberry pada muffin, penkek, roti.
- Blueberry mampu dijadikan bahan penambah rasa yang enak dalam bebola daging, roti burger buatan sendiri dan bebola daging. Ini membantu anda mengurangkan penggunaan banyak daging dalam resipi anda.
- Boleh di jadikan sebagai snek harian anda.
- Gunakan blueberry Washington untuk memasak sos untuk makanan utama anda atau sebagai bahan pencicah.
- Taburkan sedikit blueberry Washington ke atas yogurt greek atau yogurt beku yang sejuk untuk mendapatkan snek yang sihat dan lazat.
Berikut adalah 2 resipi berkaitan dengan Blueberry Washington yang dikongsikan oleh Ms Indra Balaratnam (Consultant Dietitian) :
RESIPI 1 : WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATOR
Saiz Hidangan :
1 orang
Bahan-bahan:
½ cawan Blueberry Washington jenis sejuk beku
250 ml air kelapa
1 pisang sejuk beku (kecil) atau ½ pisang sejuk beku (besar)
Cara masak :
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar smoothie
2. Kisar bahan tadi hingga rata
3. Hidangkan sejuk
Analisis Nutrien (setiap hidangan):
✔ Kalori: 160
✔ Protein: 3g
✔ Jumlah lemak: 1 g
✔ Lemak tepu: 0g
✔ Karbohidrat: 38g
✔ Serat makanan: 7g
✔ Kolesterol: 0mg
✔ Natrium: 254 mg
✔ Vitamin C: 20mg
✔ Vitamin A: 92 IU
✔ Kalsium: 66mg
✔ Besi: 1.1mg
RESPIPI 2 : WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLES
Saiz Hidangan :
6 wafel segi empat tepat bersaiz standard
Bahan-bahan:
1 cawan Blueberry Washington sejuk beku
1 ½ cawan tepung atta (tepung gandum)
3 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
340 ml susu rendah lemak
2 biji telur - dipukul rata
3 sudu besar minyak masak sayur
2 sudu besar kacang almond
Cara Masak :
1. Masukkan telur yang telah dipukul, susu rendah lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung atta (tepung gandum), serbuk penaik dan garam.
3. Adun campuran tepung atta ke dalam campuran telur hingga digabungkan menjadi sebati adunan halus.
4. Campurkan kacang badam ke dalam adunan
5. Kacau perlahan-lahan dalam 1 cawan blueberry Washington sejuk beku. Pastikan jangan kacau terlalu kuat untuk elakkan blueberry hancur
6. Panaskan acuan wafel mengikut suhu yang ditetapkan pada arahan.
7. Tuangkan adunan yang cukup ke dalam acuan wafel yang telah dipanaskan dan masak hingga coklat keemasan.
Analisis nutrien (setiap wafel segi empat tepat):
✔ Kalori: 238
✔ Protein: 8g
✔ Jumlah lemak: 11g
✔ Lemak tepu: 2g
✔ Karbohidrat: 29g
✔ Serat makanan: 4g
✔ Kolesterol: 59mg
✔ Natrium: 244mg
✔ Vitamin C: 1mg
✔ Vitamin A: 200 IU
✔ Kalsium: 201mg
✔ Zat besi: 2mg
0 Comments