Youtube merupakan salah satu contoh yang terbaik untuk dijadikan sebagai platform menjana duit secara online (Adsense YouTube). Tidak hairan ya jika hampir semua Youtuber telah mencari cara untuk mengaktifkan iklan Adsense di video mereka. Tetapi, ia tidak semudah yang disangka kerana Youtuber perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pihak Youtube sebelum akaun mereka layak untuk di monitize dan boleh menjana duit melaluinya. Ini adalah untuk mengelakkan akaun spam dan menjamin kualiti penghasilan content dari youtuber.
SYARAT MONETIZE YOUTUBE CHANNEL (2020)
YouTube memberikan syarat sebelum akaun korang benar-benar boleh di monetize, iaitu akaun sudah disahkan (Verifikasi), mempunyai 1000 subscriber, sudah mendapatkan 4000 jam tayang (watch time) selama 12 bulan terakhir, dan tidak melakukan spamming.
4000 WATCH VIEW
Untuk mendaftar YouTube AdSense, akaun Youtube korang haruslah sudah mempunyai 4000 jam tayang terlebih dahulu. Total jam tayang ini dikira selama 12 bulan terakhir. Jadi korang harus memendapatkan paling minimum 4000 jam tayang selama satu tahun.
Untuk Youtuber pemula, syarat ini tidak mungkin akan korang boleh dapat dalam tempoh masa satu atau dua bulan saja. Korang mungkin memerlukan waktu beberapa bulan bahkan hampir satu tahun untuk mendapatkannya. Jadi, saya nasihatkan untuk korang mendaftar YouTube AdSense terlebih dahulu. Supaya apabila syarat ini sudah dipenuhi, korang sudah tidak perlu susah-susah menunggu dan mendaftar YouTube AdSense.
Sebagai saranan, hasilkan content sebanyak yang mungkin. Semakin banyak video dan berdurasi lama (kemungkinan besar) akan mempercepatkan syarat ini dipenuhi.
1000 SUBSCRIBER
Selain dari itu, YouTube juga ada memberikan syarat lain yang agak susah untuk mendaftar youtube adsense, yaitu mempunyai 1000 subscriber. Ini bukan syarat yang mudah ya. Cara paling cepat adalah, chanel korang perlu menfokuskan pada satu niche dengan penghasilan video-video yang menarik dan sesuai untuk semua lapisan umur. Ini akan menarik minat orang untuk subscribe dan menanti-nantikan content terbaru dari channel Youtube korang.
Ada beberapa hal yang perlu korang ambil kira untuk membuat content menarik. Perkara pertama tentu sudah tentu korang perlu menghasilkan content yang original. Content yang baik adalah content yang original atau tidak diciplak dari mana-mana sumber. Korang harus menghasilkan karya content sendiri walaupun ianya mungkin tidak sempurna dan menarik. Hal ini sudah semestinya akan lebih baik daripada menggunakan content dari creator lain.
Elakkan menggunakan COPYRIGHT Video kerana, content tersebut akan dipadam dan akaun anda akan dikenakan strike selama 90 hari untuk kesalahan pertama. Untuk kali kedua juga 90 hari dan untuk kali ke tiga (3) pula, akaun korang akan berdepan dengan pemadaman oleh pihak Youtube.
Elakkan menggunakan COPYRIGHT Video kerana, content tersebut akan dipadam dan akaun anda akan dikenakan strike selama 90 hari untuk kesalahan pertama. Untuk kali kedua juga 90 hari dan untuk kali ke tiga (3) pula, akaun korang akan berdepan dengan pemadaman oleh pihak Youtube.
Note: Jika hal ini berlaku, usaha memadam content-content yang telah di strike tidak akan merubah apa-apa. Hukuman stike dari pihak Youtube tetap berjalan. Jadi hati-hati jika mengunakan content dari creator lain.
Cuba maksimumkan penghasilan content korang. Kemudian perbaiki di content-content berikutnya. Tidak menjadi masalah jika content masih kurang sempurna kerana korang masih boleh perbaiki di content-content seterusnya.
Dalam penghasilkan karya content yang original, ada beberapa perlu di titik beratkan untuk membuat content yang menarik dan bagus. Sebagai contoh: memberikan yang terbaik pada tempoh 15 saat awalan (intro) video korang. Ini akan membuatkan pengunjung menanti-nantikan isi dari content.
Korang juga perlu menghasilkan isi content yang akan mengundang pengunjung untuk membuka video yang lain. Selain dari itu, dalam penghasilan content yang bagus, korang perlu memberikan data yang tepat, gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami, dan lainnya. Dengan begitu, jumlah 1000 subscriber bukanlah satu hal yang mustahil untuk chanel korang dapat dalam waktu singkat.
Persoalannya, bagaimana cara nak mendapatkan 1000 subscriber dalam tempoh masa yang singkat selain dari menghasilkan content-content yang menarik dan trending?
ELAK KOMEN SPAM
Komen spam boleh menghalang proses pendaftaran AdSense YouTube korang walaupun mungkin channel Youtube korang sudah memenuhi semua syarat di atas. Berikut merupakan beberapa tips untuk mengelak SPAM.
- TONTON (view) video sekurang-kurangnya 2 ke 3 minit sebelum like & komen bagi mengelakkan SPAM.
- LIKE selepas menonton (bukan di permulaan video dimainkan).
- Menulis KOMEN sekurang-kurangnya 6 perkataan di akhir tontonan. Elakkan guna perkataan "CHANNEL, SUBSCRIBE, dan MENINGGALKAN LINK YOUTUBE di ruangan komen bagi mengelakkan komen korang masuk ke ruangan SPAM KOMEN.
- SUBSCRIBE channel youtube selepas selesai TONTON, LIKE & KOMEN.
AWAS!! Akaun yang melakukan spamming komen sudah tentu akan menerima rate yang buruk sehingga mempengaruhi penilaian pendaftaran AdSense YouTube. Jika hal ini berlaku, korang pun perlu mendaftar YouTube AdSense kembali.Harus diingat!! Setelah mendaftar YouTube AdSense pada akaun korang, ianya tidak langsung akaun AdSense diluluskan dengan mudah. Ada beberapa proses verifikasi dan penilaian yang perlu akaun korang lalui oleh team YouTube. Biasanya ini akan memerlukan waktu beberapa hari sehingga korang menerima email keputusan akaun korang layak atau tidak dari pihak Youtube.
Jemput support & subscribe Youtube Channel ni ya kawan-kawan.
Jadi, itulah beberapa hal yang jelas menentukan adakah permohonan pendaftaran akaun YouTube AdSense korang diluluskan oleh pihak Youtube atau tidak. Jadi, apa yang korang perlu lakukan ketika ini adalah fokus untuk membuat content yang sebaik-baiknya untuk mendapatkan 4000 jam tayang dan juga 1000 subscriber dalam waktu yang singkat.
Nak banyak lagi info dan guide mengenai ilmu Youtube ni korang dialu-alukan untuk join group telegram Malaysia Youtuber. Group telegram ilmu Youtube ni diwujudkan khas untuk bantu Youtuber pemula dengan strategi yang cukup sistematik dan PERCUMA. Sebelum itu, saya nasihatkan anda untuk fokus dan baca setiap arahan yang diberikan dan ditetapkan supaya anda tidak di BLACKLIST .
Nak banyak lagi info dan guide mengenai ilmu Youtube ni korang dialu-alukan untuk join group telegram Malaysia Youtuber. Group telegram ilmu Youtube ni diwujudkan khas untuk bantu Youtuber pemula dengan strategi yang cukup sistematik dan PERCUMA. Sebelum itu, saya nasihatkan anda untuk fokus dan baca setiap arahan yang diberikan dan ditetapkan supaya anda tidak di BLACKLIST .
Group telegramMalaysia Youtuber 🇲🇾
14 Comments
Good info pada yg nak buat channel sendiri.
ReplyDeleteTips yang sgt bagus.. Sape yg amalkan inshaAllah akan nampak perubahan. Terbaik la Malaysia Youtuber
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
good info. sebab baru nak mulakan youtube channel. tapi tak faham la part yang 4000 watch view. maksudnya video kita kena ada total 4000 jam ke atau total orang kena tengok video kita 4000 jam?
ReplyDeleteia bermaksud, kita menerima jumlah tontonan dari orang lain. :)
Deletegood info and tips untuk youtuber baru macam saya. terima kasih kerana berkongsi ilmu
ReplyDeleteBagus info ni. Lepas ni kalau nak start buat youtube dah tahu lah syaratnya sikit sikit.
ReplyDeleteTips yang sangat bermanfaat untuk Youtuber. Banyak info dan ilmu yang diperolehi.
ReplyDeleteBanyak lagi saya kena belajar ni bab youtube nak monetize dan sebagainya. Masih belajar lagi ni.
ReplyDeletebagus tips ni..banyak yg kita kena belajar sebelum betul2 berminat nak ada youtube channel sendiri..good content mawardi
ReplyDeleteMengendalikan Youtube ini perlukan kesabaran dan perlu kreatif untuk memuat naik content yg mrnarik.
ReplyDeleteSaya ada channel youtube tp sekadar suka-suka. Tak berapa nak kreatif untuk wujudkan content yang menarik minat orang.
ReplyDeleteWow info yg sgt bagus utk org mcm za nak berjinak2 dgn youtube. Thanks for sharing
ReplyDeleteGood info ni madi. Sekarang ni orang ramai yang subs for subs kononnya nak kumpul subscribers padahal watch time view lagi penting sebenarnya
ReplyDelete