Sambutan raya puasa tahun ni cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Memandangkan kita di Malaysia masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), maka setiap peraturan yang diarahkan oleh pihak kerajaan dan KKM perlu dipatuhi untuk memutuskan rangkaian wabak Covid-19 ni.
Ramai yang tidak dapat pulang beraya di kampung bersama keluarga demi kesihatan dan kesejahteraan bersama. Bukan itu sahaja, kita juga tidak digalakkan untuk melaksanakan aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Takbir raya pun tak semeriah sebelumnya. Solat sunat Aidilfitri juga telah dilaksanakan di rumah masing-masing.
Seperti yang telah disarankan oleh pemerintah kita dan mengambillangkah berjaga-jaga, rumah kami tidak menerima mana-mana tetamu pada raya puasa kali ni. Hanya keluarga terdekat sahaja. Apapon saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk semua.

2 Comments
Salam aidilfitri maaf zahir batin
ReplyDeleteSalam lebaran..sy salah sorang tg x dapt blik...1st time beraya sorang2
ReplyDelete