RUPANYA AYAM BRAND ADA DUA PRODUK BERBEZA IAITU SARDIN DAN MACKEREL

Perbezaan Ikan Sardin & Ikan Mackerel Ayam Brand

Nampak sama tapi ianya berbeza. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga sesetangah daripada kita tak pernah tahu pun (macam saya) yang tin sardin ni ada dua jenis ikan yang berbeza iaitu Ikan Sardin dan Ikan Mackerel. Saya tahu pun lepas baca satu post orang kongsi di Facebook. Jadi selama ni memang main beli jela. huhu

Mana tidaknya, kalau korang tengok sekali imbas daripada design, saiz dan bentuk tin sama je dan korang pun mungkin tak pernah terfikir produk ni ada dua jenis. Tapi kalau lihat pada warna perkataan, gambar ikan dan label pada tin, anda akan jumpa perbezaan dua jenis tin ikan ni.

Apa perbezaan Ikan Sardin dan Ikan Mackerel ni?

Untuk pengetahuan korang perbezaan pada Ikan Sardin dan Ikan Mackerel ni adalah saiz dan kuantiti ketulan ikan. Kalau korang buka tin sardin yang lebel ‘ikan sardin’, ikannya agak kecil dan kuantiti banyak. Selalunya akan ada 4 ketul. Kalau buka tin sardin yang mempunyai tanda ikan mackerel, kuantiti sikit iaitu 2 ketul je tapi saiz ikannya agak besar.

Kalau sentuh bab rasa antara kedua-dua jenis ikan ni, ramai yang kata lebih kurang je. Tapi bagi saya rasa sardin lebih ok sikit kot dari Mackerel. Mungkin rasa sama tu sebab dua-dua dalam based sos tomato dari resipi yang sama kan. Tu pandangan sayalah kot. Jadi, lepas ni jangan pelik pulak kalau kuantiti ikan dalam tin sikit atau banyak. Cuba check tin sardin korang tu, adakah ia Ikan Sardin atau Ikan Mackerel.

Post a Comment

17 Comments

  1. skrg ni tengok sardin pun rasa sodappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sardin memang sedap pun kan. hahaha. maklumla makanan orang2 kaya ni. mahal.

      Delete
  2. lama pula tak makan sardin nih
    hehehe

    ReplyDelete
  3. aah ada 2 jenis tp tula kdg2 org tk prasan kn..nmpk ayam brand je trus ingt mackarel

    ReplyDelete
  4. I lagi prefer mackerel dari sardin sbb kurang bau hanyir. Hihi

    ReplyDelete
  5. Tahu masa kerja cashier dulu. Ramai yang beli mackerel katanya sebab ikan besar. Jangan tak percaya yang pencuri suka curi sardin jenis ni. Sebab tu sesetengah kedai letak sardin ni kat bahagian kaunter pembayaran. Kalau Qiss, Qiss bedal dua2 sebab sedap.

    ReplyDelete
  6. Haha. Betul la tu. Rawlins pernah kena tegur dengan my mum sebab beli mackerel sedangkan dia nak sardin. Now dah tahu hahah

    ReplyDelete
  7. haa mmg ada 2 jenis. ikan pun lain2. satu sadin, satu lagi mackerel. saya tak kisah je mana2 pun ok

    ReplyDelete
  8. Iyeee...Sis dulu tak tau gak tau, ingat sama, rupanya lain dari segi sos dan ikannya...sardine ikannya banyak, sosnya pekat...macarel sosnya agak light sikit rasanya tapi ikannya besau kedaung hahahaha buat sandwich sesuai..

    ReplyDelete
  9. Ya betul... Ayam Brand ada dua produk yang berbeza... pernah haritu pesan kat incik husband yang sardin, tapi dibawa baliknya yang mackerel... bukan apa, kadang-kala, sebab dah biasa dengan brand tu, nampak tin 'sardin' tu terus je ambil... dah tak tengok dah mackerel ke sardin kan... dua-dua kami sekeluarga makan je... yang penting dapat masak dan makan bersama-sama...

    ReplyDelete
  10. rupa tin sama cuma tulisan je berbeza. Isi, of course la lain. hehe. Aku suka sardine sebab isinya lebih lembut dan sedap. Adoii, ko ni buat aku terasa nak makan sardine plak.. adesss

    ReplyDelete
  11. Dulu Mat Drat pun ingat sama je bila disebut sardin, rupanya ada 2 jenis (sardin dan macarel)

    ReplyDelete
  12. oh tak perasan plak ada 2 jenis. haha tapi rasanya beli sardin je kot sebelum ni

    ReplyDelete
  13. mmg tak sama. Ikan lain-lain. tapi ramai yang ingtkn sama je. tp klu iza pun iza suka sardin lg dari mackerel.

    ReplyDelete
  14. Oh ingatkan mackersl tu iksm sardin gak tapi bahasa orang putih ha ha sbb masa kat UK mackersl tu sardin huhu

    ReplyDelete
  15. Oh ye ke perbezaannya adalah dari segi size dan kuantiti? saya ingatkan ianya adalah jenis ikan yang berbeza hehe sebab dari segi rasanya pun agak berbeza... saya pun tak sure lah.. saya tahu makan saja

    ReplyDelete
  16. Oh yes, dua dua tu adalah ikan yang berbeza. Dulu pun i confuse sebab gambar macam sama jer kan, but tulisan memang beza.

    ReplyDelete