PERANTI PENGIMBAS SUHU BADAN SUKAR DIPERCAYAI?

PERANTI PENGIMBAS SUHU BADAN SUKAR DIPERCAYAI

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan, banyak kedai-kedai dari sektor peruncitan sudah mula beroperasi selepas sekian lama ditutup akibat wabak Covid-19. Namun demikian ianya tertakluk kepada arahan dan peraturan pihak berkuasa tempatan yang berkuatkuasa, operasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan dan pekerja asing wajib menjalani ujian makmal kesihatan COVID-19.

Selain dari itu, kerajaan juga mengenakan beberapa syarat termasuk waktu pengoperasian yang menyaksikan tiada restoran yang dibuka 24 jam jam buat masa ini. Setiap pelanggan perlu menulis nama dan nombor telefon sebelum masuk dan berurusan di dalam kedai. Suhu badan juga diambil untuk memastikan mereka yang masuk berurusan bebas dari demam.

Apa yang menjadi tanda tanya, ramai netizen mula bersuara apabila ada banyak kes tentang peranti pengimbas suhu menunjukkan bacaan tidak tepat dan sukar dipercayai. Ini dapat dikesan apabila, suhu badan seseorang boleh berubah-ubah dan adakalanya suhu yang tercatat adalah tidak masuk akal, bila suhu mereka diimbas pada kedai berlainan. Untuk info tentang panduan suhu badan yang betul, korang boleh rujuk chart kat bawah ni. Suhu normal badan manusia adalah 36-37°C.

PERANTI PENGIMBAS SUHU BADAN SUKAR DIPERCAYAI

Berikut pula merupakan protokol-protokol lain di sektor peruncitan yang perlu dipatuhi jika premis mereka hendak beroperasi dan dibuka kepada orang awam.

1. Kebersihan premis
  • Proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan selepas operasi
  • Proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan 3 kali sehari dalam tempoh operasi terutamanya di kawasan umum seperti surau, tandas, stor, pejabat dan kaunter
2. Pengurusan pelanggan
  • Menghad laluan keluar masuk pelanggan ke premis
  • Meminima kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa tertakluk kepada saiz premis
  • Melaksanakan Program Kesedaran Awam
3. Saringan kesihatan
  • Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan
4. Penggunaan hand sanitiser
  • Hand sanitiser disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk
5. Pemakaian face mask
  • Mewajibkan pemakaian face mask oleh pekerja ketika berurusan
6. Pemantauan dan pematuhan
  • Menyelaras dan memantau supaya semua peraturan dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan
  • Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan pekerja
7. Penjarakan sosial
  • Memastikan penjarakan sosial 1 meter sepanjang masa
8. Transaksi tanpa sentuhan
  • Digalakkan membuat bayaran secara elektronik

Apapon, sama-samalah kita jaga diri dan patuhi arahan pemerintah supaya rantaian Covid-19 ni dapat diputuskan dengan segera. Tetap berada dirumah jika tiada urusan penting untuk berurusan diluar.


Post a Comment

16 Comments

  1. Tu lah...berapa kali masuk kedai...dia tembak suhu 26°C. Confuse...kita semua ni zombie ke...

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kita sebagai pengguna kena sentiasa berjaga-jaga semasa covid ini masih aktif.sentiasa bersihkan diri selepas pergi tempat orang ramai. Selamat hari raya bro.

    ReplyDelete
  3. Situasi sekarang ni memang kita kita alert. #kitajagakita tu memang sangat tepatla. Kena ambil tahu semua aspek terutamanya kesihatan

    ReplyDelete
  4. its a new norm pada kita semua. ada je yang masih tak ambil berat bab penjarakan sosial dan kesihatan. kita yang perlu mulakan dulu

    ReplyDelete
  5. ada juga terbaca isu pengimbas suhu ni..ada yg tk accurate...smoga kita trus jaga kesihatan dan amalkan kebersihan dan dijauhkan dr jangkitan wabak covid19

    ReplyDelete
  6. Diharapkan semua premis ikut sop yg betul jangan main hentam jer nak untung..ada sekali dua tu diorg amik suhu ikut dan jer..

    ReplyDelete
  7. Betul kadangkala alat tu salah. Kak pun kena ada ke bila bangla tu sua tunjuk 38degree... terkejut kita padahal x demam pun ha ha... kalut dia.

    ReplyDelete
  8. Info graphic ni mawardi design sendiri ke? Comelnya, macam dari official account KKM pula. Terima kasih ya share info bagus ni

    ReplyDelete
  9. Tu la... hairan juga mula2 sbb pernh 2 kali tak boleh masuk sbb suhu 38... buat semula 36 pulak.. 😄😄

    ReplyDelete
  10. Tulah pasal. Benda2 macam ni depa kena lah ambik perhatian serius. Kalau tak accurate mcm mana lah nak tahu org tu demam ke idok kan..haishh

    ReplyDelete
  11. Sis pernah jadi sekali, dia tembak suhu Sis 37.9, terus dia kata demam, Sis plak ada simpan rekod ssebelumnya yang Sis masuk kedai lain, Sis tunjuk dia, then dia tembak lagi sekali, tiberr suhu jadi 33.5, tak kelakarrr....tadi panas, pastu sejuk...dah kenapa hahahaha blurr terus banglaaa tu hahahaha

    ReplyDelete
  12. bagus info ni. memudahkan orang ramai. sekrang kena alert suhu sendiri dan org sekeliling kita

    ReplyDelete
  13. wow thank you so much for sharing, sblm ni i igt 36.8 tu tinggi dan dh mula paranoid haha. your infographic is so useful!

    ReplyDelete
  14. Baca juga pasal isu pemgimbas suhu ni ada yang tak accurate kan. Dalam keadaan sekarang kita semua kena berjaga jaga. Harap yang terlibat ikut sop yang kerajaan dah tetapkan

    ReplyDelete
  15. Kadang-kadang masalah dengan cara penggunaan, Sbb yang nak ambil suhu badan tu pun tak check betul2 cara guna termometer.huhu.

    ReplyDelete