3 PLATFORM ATAU APLIKASI TONTON MOVIE ONLINE POPULAR DI MALAYSIA


Had pergerakan di musim wabak coronavirus ni akan memberi masa luang yang sangat banyak kita  semasa berada di rumah. Solusi terbaik kepada hal ni adalah dengan menonton movie pilihan sama ada seorang diri atau bersama keluarga. Tetapi, seleksi movie yang ada di TV sangat terhad dan tidak boleh dipilih kecuali kalau kita memilih untuk menonton movie melalui aplikasi streaming yang legal secara atas talian.

3 PLATFORM TONTON MOVIE ONLINE POPULAR DI MALAYSIA

Disini saya nak kongsikan tiga (3) aplikasi streaming yang legal secara atas talian yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ianya adalah Netflix, iflix dan Viu.


  • Netflix
Netflix mula dilancarkan di Malaysia pada 2016. Netflix bukan sahaja popular di Malaysia, perkhidmatan penstriman siri TV dan filem ini dikatakan boleh diakses di lebih dari 100 buah negara termasuk Malaysia. Untuk pengetahuan korang, rangkaian ‘video streaming‘ ini awalnya hanya beroperasi di Amerika Syarikat . Netflix dikatakan mempunyai kelebihan dengan memiliki dokumentari dan rancangan terbitan sendiri. Fokus kandungan Netflix pula adalah kepada Barat & Asia. Part yang orang suka tentang Netflix adalah banyak siri TV dan movie terbaru yang menarik untuk di tonton.

Layari laman web www.netflix.com untuk mula menonton atau muat turun aplikasi mudahalih di Apple Appstore dan Google Playstore.


  • iflix
iflix Malaysia menawarkan ratusan siri TV dan filem pelbagai genre. Antara fokus kandungan platform ini adalah kepada Barat, Asia & tempatan. Dari apa yang saya sendiri lihat kebanyakan siri TV mempunyai episod yang lengkap.
iflix boleh diakses secara PERCUMA. Semua pengguna mendaftar dan terus boleh menonton kandungan yang ada pada platfom iflix, tetapi yang dilabel Free sahaja. Jika korang ingin akses ke seluruh kandungan iflix, korang perlulah melanggan akaun premium yang masih kekal dengan kadar RM10/bulan atau RM96/tahun untuk kegunaan 5 peranti.

Layari laman web www.iflix.com untuk mula menonton atau muat turun aplikasi mudahalih di Apple Appstore dan Google Playstore.

  • Viu
Platform Viu cukup popular dikalangan peminat K-Drama (drama Korea), di sini korang boleh menonton latest premium Korean dramas. K-Drama. Platfom ini menawarkan lebih daripada 10,000 jam kandungan premium Asia daripada penyiar program TV terbaik di Korea iaitu KBS, MBC, CJ dan SBS. Apa yang menariknya, korang boleh menonton dengan pilihan sari kata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Selain itu mereka juga mempunyai kandungan lain dari variety shows and other Asian programs. Dan yang lebih menarik, mereka ada menawarkan banyak pilihan kandungan tempatan.

Viu boleh daftar secara PERCUMA. Semua pengguna mendaftar dan terus boleh menonton kandungan yang ada pada platfom iflix, tetapi yang dilabel Free sahaja dan akan ada iklan setiap 10 minit sekali. Jika korang ingin akses ke seluruh kandungan Viu, korang perlulah melanggan akaun premium menggunakan telco yang korang guna, sebagai contoh telco CELCOM dengan kadar RM10/bulan macam tu.

Viu boleh diakses menerusi telefon mudah alih dan tablet serta komputer dengan memuat turun aplikasi Viu di Google Play atau layari www.viu.com.my pada browser komputer anda.


Jadi ketiga-tiga platfom ni mempunyai yuran dan kelebihan masing-masing. Tengok pada kehendak korang yang mana satu lebih sesuai dengan minat korang. Tepuk dada, tanya selera. 

Post a Comment

16 Comments

  1. musim pkp ni mmg rmi share movie mcm2 bole tgk..3 apps tu ada tgk org share ..mmg bole tgk movie smp lebam ..byk sgt kan hehe

    ReplyDelete
  2. Tiga-tiga ni Sis ada, baik di TV ataupun di HP...tapi kalau tanya mana satu pilihan, Sis lebih suka Netflix sebab gile banyak cite tak tertengok...setiap minggu masuk cite baru...kalau iFlix, susah nau nak masuk cite baru hahahaha...yang VIU plak, layan Korea best kat situ hehehe

    ReplyDelete
  3. haritu dah install viu, masa mawardi share pasal viu hehe. thanks sharing

    ReplyDelete
  4. Rawlins melayan Netflix je. Now tengah layan 5 season The Vampire Diaries. Nak habiskan nie pastu nak layan The Kingdom plak haha

    ReplyDelete
  5. Kita ada dua jer daripada tiga platform ni yang selalu tengok adalah Netflix dan Iflix hehehe Vui tak pernah cuba lagi wakakakaka... Nampak nya nak kena explore ni Vui tu hehehehe

    ReplyDelete
  6. I guess Iflix is making bank with that name back there isnt it lol.

    https://aab-edu.net/

    ReplyDelete
  7. Memang tidak dinafikan ketiga-tiga nya apps movie terbaik paling popular. Kat media social, kengkawan dok share movie yamg derang dok nonton...

    ReplyDelete
  8. Ada netflix je..yg lain tak dak. Tapi netflix pun cite2 dia sedap2..tak terabis tgok..hehehe. Time2 pkp mmg layan le tgok movie2 kan

    ReplyDelete
  9. memang bagus shared senarai-senarai platform ataupun aplikasi nak tengok movie secara online, memang dok kerja tengok movies ja ni

    ReplyDelete
  10. Akk sekarang tgk netflix jer..tu pun berebut dengan anak. Sbb selera lain masing2 hahah

    ReplyDelete
  11. Netflix 4 peranti yang saya langgan RM55. Kenapa pakej saya lagi mahal ye?

    ReplyDelete
  12. netflix pun dah mcm2 siaran. tak tertgk :)
    nowadays, online platform gini amat memudahkan.
    dpt tonton mcm2 movie secara online je.
    terutama time pkp yg lepas. wah wah wah, meriah kita, kan.

    ReplyDelete
  13. Ye betul dengan VIU senang nak tengok korea hahaa. Tapi ada certain takde dekat VIU, so kita beralih dekat Netflix. Dua ni je huda subscribes. Boleh tengok dengan family sekali, hehhee. Mudah ada platform ni, tak payah dok beli CD kan. Sebab dulu kita beli CD je, mahal pun sanggup beli, korea punya pasal, hehe

    ReplyDelete
  14. Tak pernah layan tiga2 ni dulu.. Sebab leceh nak download apps smua tu.. Tp baru2 baru je try yg neflix je.. Itu pun sekejap hihi. Tp sape jenis layan movie online tu ssuai la kan

    ReplyDelete
  15. Betul tiga ni memang dalam carta selain Astro. Akak baru je unsubscribe iflix sebab tak tengok. Kemudian masih kekal Netflix di TV dan Viu di iPad. hehe

    ReplyDelete
  16. neflix dengan Iflix tu TB tak pernah try.. huhu.. rasa macam ketinggalan pulak.. yang VIU tu TB selalu guna.. hehehe.. eh.. nanti nak tengok 11 movie korea tentang pandemik dan bencana.. best

    ReplyDelete