11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA | Sudah berapa minggu  sejak kerajaan keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berada di rumah bagi menghentikan penyebaran virus coronavirus atau COVID-19. Mesti ramai diantara kita mula berasa bosan dan tidak tahu apa untuk dilakukan untuk mengisi masa terluang yang ada.


Langkah yang paling baik untuk mangatasi masalah bosan ketika berkurung di rumah adalah dengan menonton film. Dengan keadaan dunia yang sedang dilanda wabak virus COVID-19 ni, film berkaitan dengan pandemi banyak dicari kebelakangan ini. Jadi, sini saya nak kongsikan dengan korang 11 movie Korea yang berkaitan dengan wabak penyakit dan bencana alam mengikut susunan tahun yang mungkin menarik untuk korang tonton buat masa ni.

The Host (2006)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Pada tahun 2000, ahli patologi ketenteraan Amerika mengarahkan pembantunya berbangsa Korea, melanggar protokol dengan membuang lebih daripada 200 botol toksik kimia formaldehyde ke dalam sinki alasannya hanya kerana botol-botol tersebut sudah berhabuk, saluran sinki itu menuju ke Sungai Han. Dalam beberapa tahun kemudian, terdapat penemuan makhluk amfibia yang aneh di dalam air dan berkembang menjadi rasaksa yang memusnahkan penempatan dan membahayakan penduduk setempat.

Tidal Wave (2009)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Haeundae, lokasi percutian pantai popular yang terletak ditenggara Semenanjung Korea. Lokasi tersebut menjadi tumpuan hampir satu juta orang setiap tahun. Bagaimanapun, seorang pakar penyelidikan tusnami mendapati, Laut Timur mempunyai tanda-tanda awal gempa bumi seperti yang berlaku di Lautan Hindi ketika tsunami tahun 20004.

Walaupun diberi amaran, Agensi Pencegahan Bencana menegaskan Korea tidak akan diancam bahaya tsunami. Bagaimanapun, segalanya terlambat apabila tsunami besar yang bermula di Tsushima, Jepun sedang menuju ke Haeundae dengan laju dan pengunjung pantai percutian tersebut hanya mempunyai 10 minit untuk menyelamatkan diri.

Deranged (2012)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
11 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Ada satu wabak telah merebak mengakibatkan mangsa melompat ke dalam sungai dan lemas kerana berasa dahaga yang melampau, menyebabkan situasi panik di seluruh negara. Kerajaan mengisytiharkan keadaan sebadai kecemasan dan darurat. Jurujual pembekal perubatan, Jae-Hyuk (Kim Myung-Min) mengesyaki keluarganya menunjukkan tanda-tanda yang sama dijangkiti wabak tersebut. Melalui adiknya, Detektif Jae-Pil (Kim Dong-Wan), Jae-Hyuk mengetahui terdapat penawar yang disimpan di sebuah gudang.

The Tower (2012)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Pada Malam Krismas, di gedung menara berkembar Tower Sky di pusat Seoul, penduduk dan anggota kakitangan sibuk melakukan persiapan Krismas. Kejadian api kecil di dapur sebuah restoran telah menarik perhatian kakitangan Tower Sky, Lee Dae-Ho (Kim Sang-Kyung), yang mendapati sistem pemadam api telah rosak. Pemilik bangunan Jo (Cha In-Pyo) mengabaikan amaran itu dan meneruskan pesta Krismas malam itu.

Sebuah helikopter telah disewa untuk mengelilingi bangunan dan menyembur salji buatan kepada para tetamu semasa pesta Krismas. Penduduk yang berkumpul untuk acara itu kagum dengan pertunjukkan tersebut. Bagaimanapun, kegembiraan mereka bertukar menjadi kejadian menakutkan apabila helikopter terbabit kehilangan kawalan dan terhempas pada bangunan yang kemudiannya berlaku rantaian kejadiaan yang akan menggancam nyawa penduduk pada bangunan tersebut.

The Terror Live (2013)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Mengisahkan pembaca berita (Ha Jung-woo) yang bercita-cita tinggi tetapi kerjayanya sudah malap, untuk menaikkan kembali kerjayanya sebagai pembaca berita, dia memonopoli siaran langsung serangan pengganas dalam kejadian letupan Jambatan Mapo di Sungai Han.

The Flu (2013)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Sekumpulan pendatang asing diseludup masuk ke Korea Selatan. Salah seorang pendatang asing adalah pembawa virus yang membawa maut dan sangat berjangkit. Hanya seorang pendatang asing yang hidup, manakala yang lain semuanya mati. Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti dalam setiap jam oleh virus yang membawa maut ini, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti. Keseluruhan penduduk di pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak.

Pandora (2016)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Jae-Hyeok (Kim Nam-Gil) tinggal bersama ibunya (Kim Young-Ae), kakak iparnya (Moon Jeong-Hee) dan anak saudara lelakinya, Min-Jae (Bae Gang-Yoo). Dia bekerja di loji janakuasa nuklear tempatan. Sementara itu, Pyung-Sub (Jung Jin-Young) bekerja di kilang janakuasa nuklear yang sama, bimbang tentang keadaan di sana, tetapi tidak ada seorang pun dalam kerajaan yang mengambil pusing tentang masalah di sana. Gempa bumi menyerang bandar di mana mereka tinggal, dan menyebabkan ledakan di loji janakuasa nuklear. Situasi ini dengan cepat mengakibatkan seluruh negara menjadi panik.

Tunnel (2016)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Lee Jung-Soo (Ha Jung-woo) memandu pulang dari tempat kerja ke rumah untuk menyambut hari jadi anak perempuannya. Semasa memandu melalui terowong yang melintasi gunung, perkara yang tidak di ingini berlaku, berlaku kejadian terowong runtuh.

Apabila Lee Jung-Soo sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terperangkap di dalam kereta. Keretanya sendiri ‘terkubur’ di bawah beribu-ribu tan konkrit dan serpihan. Apa yang dia ada di dalam kereta hanyalah telefon bimbitnya, 2 botol air dan kek hari jadi anak perempuannya.

Train To Busan (2016)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Seok-woo (Gong Yoo) adalah pengurus kewangan di Seoul. Seok-woo berpisah dari isterinya dan tinggal dengan anaknya Soo-an (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo tidak banyak menghabiskan masa dengan anak perempuannya atau menunjukkan kasih sayang kepadanya. Pada malam sebelum hari jadi Soo-An, Soo-An berkeras mahu berjumpa ibunya sempena hari jadinya. Seok-Woo tidak mempunyai pilihan lain, tetapi terpaksa untuk membawa Soo-an ke Busan.

Pagi keesokan harinya, mereka naik kereta api laju Korea Train eXpress (KTX) ke Busan dari Stesen Seoul. Sebelum kereta api KTX meninggalkan Stesen Seoul, gadis seperti zombie melompat ke atas kereta api. Gadis itu dijangkiti virus yang dahsyat yang menyebar dengan pantas. Seok-Woo, Soo-An dan penumpang lain di kereta api KTX kini mesti berjuang demi kehidupan mereka dari virus yang akan mengakibatkan manusia menjadi zombie.

Ashfall (2019)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Diarahkan oleh Lee Hae-Jun dan Kim Byung-Seo, Ashfall berkisarkan tentang sekumpulan individu yang berjuang untuk mengelakkan letusan gunung berapi Gunung Baekdu di Korea Utara.

Filem ini dibintangi Lee Byung Hun akan memainkan peranan sebagai ejen Korea Utara bernama Ri Jun Pyeong yang cuba menyekat letusan itu. Dia seorang agen utama tetapi dipenjarakan kerana mengintip. Ha Jung Woo akan memainkan peranan sebagai anggota pasukan EOD (Pakar letupan Korea Selatan) yang bernama Jo In Chang. Bae Suzy sebagai isteri Jo In Chang. Ma Dong Seok pula membawa peranan sebagai Kang Bong Rae, seorang profesor geologi yang telah meramalkan letusan Gunung Baekdu.

Exit (2019)
⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
10 MOVIE KOREA BERKAITAN PANDEMIC & BENCANA

Menempatkan dua watak utama iaitu Yongnam (Cho Jung Seok) dan Eui Joo (Lim YoonA), yang terperangkap ketika penyebaran asap beracun yang telah disengajakan oleh pihak tertentu. Mereka kemudiannya harus bertahan menunggu sehingga bantuan datang menyelamatkan mereka sambil berusaha mengelakkan diri dan menolong orang di sekeliling mereka dari terkena gas beracun yang semakin lama semakin merebak dengan cepat.

Sumber : kakimuvee.net , 

Post a Comment

19 Comments

  1. byk btul list movie korea berkaitan pandemik ni...nanti bole la tgk bila berkesempatan...tq for sharing

    ReplyDelete
  2. ada beberapa filem je yg dh tengok. sedih tgk the flu tu. bila anak die kena jangkitan.huhu. nanti nak carilah movie yg lain pulak.tq share

    ReplyDelete
  3. satu je pernah tgok.. Train To Busan.. haha

    ReplyDelete
  4. Ok. Pasni boleh sambung tengok la movies nie semua. Almaklum sesambil WFH nie kan

    ReplyDelete
  5. Lain semua dah tengok kecuali yang baru tu EXIT...nanti nak tengok laaa...tapi paling geramm tengok Train of Busan tu haaa..adoii virus zombie hahaha

    ReplyDelete
  6. I watched The Flu long time ago. That’s a good movie. Thank you for all these recommendations.

    ReplyDelete
  7. Suka penulisan Mawardi. Bagus dan tersusun cantik. Kita baca pun rasa mudah faham.
    Anyway favorite saya adalah Flu.. best betul cite tu

    ReplyDelete
  8. Dalam semua senarai filem Korea ni kita pernah tengok Train To Busan jer hehehehe yang lain tu tak tahu pun hari ni baru tahu kena cari ni kat Netflix ada tak hehehehe..

    ReplyDelete
  9. hehe satu pun iena tak pernah tengok lagi. iena jarang tengok movie korea :D
    kalau bosan-bosan nanti boleh la tengok movie ni :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah tengok semua tu, thanks for this info ya. terbaik

    ReplyDelete
  11. Ini mesti Mowardi oeminat habis filem Korea ni... banyak tu yg di review.

    ReplyDelete
  12. dalam semua movie yang disenaraikan..train to busan jer akk dah tengok itupun sebab hero and viral...hahahaha...

    ReplyDelete
  13. Dari 10 movie korea yang berunsurkan pandemic ji tiga saja lahi movie saya belum tengok lagi. The host, ashfall dan exit. Tak berksesempatan nak tengok movie korea tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  14. Mereka punya filem lagi terperini. Pelakon pun hebat-hebat ngan ekspresi muka. Sedih, risau, takut, yakin dan semua yang sesuai utk keadaan yang kita tak pasti nak bertindak macam mana.

    ReplyDelete
  15. dah tonton 4 dari 10.
    yg lain, in shaa Allah. now ramadhan, mlm x sempat layan movie lagi.
    abis terawikh semua da ngantok!
    nice experience bila tonton movie gini. jadi 1001 kesedaran dlm diri kita.
    bersyukur sebab ia tidak berlaku. covid 19 yg gini mudah pun, dah sgt membebankan, kan.

    ReplyDelete
  16. Semua dah tgk kecuali the exit dgn ashfall.. Boleh la tgk nnt. Cite tunnel tu za berdebar tgk sbb terperangkap mcmtu.. Fobia tmpt sempit2 ni

    ReplyDelete
  17. Banyaknya cerita yqng boleh ditengok. Boleh khatam semua ni selama cuti duduk rumah.
    Ada yang biasa dengar tajuk tu.
    Tapi satu pun kita tak pernah tengok.

    ReplyDelete
  18. Dalam banyak-banyak tu yaya pernah tengok the flu dan train to busan je. Mendebarkan ok rasa nak sakit jantung bila adengan cemas haha. Thank you for sharing. Nanti boleh suggest kat Shawn

    ReplyDelete
  19. Seram juga tengok movies macam ni, semakin takut mana lah tau satu hari nanti betul betul terjadi

    ReplyDelete