Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong | Bagi sesetengah orang, mungkin tidak pernah jumpa dan tahu tentang Telur Ikan Mayong ni kan? Tapi, bagi mereka yang sukakannya, sudah pasti ianya menjadi makanan yang cukup exclusive.
Untuk pengetahuan korang, Telur Ikan Mayong ni boleh dimasak dengan beberapa variasi resipi seperti Resipi Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Api dan Resipi Telur Ikan Mayong Masak Asam Pedas. Tengoklah pada citarasa masing-masing. Bagi saya sendiri, Telur Ikan Mayong ni lebih sedap jika dimasak Asam Pedas. Jadi, harini saya nak kongsikan dengan korang Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong.
- Telur ikan mayong secukupnya
- 1 batang serai, diketuk
- 1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
- 1 genggam daun kesom
- 1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
- 2 senduk nasi penuh cili kisar
- 1/2 camca besar pes asam jawa
- 1/2 camca teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji tomato
- Air secukupnya
- 7 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan, dibakar
- 1/4 camca teh halba
Step Memasak
- Cuci telur ikan (tak perlu keluarkan dari kantungnya), kemudian rendam dalam sedikit air yang diperah dengan jus limau kasturi, biarkan 10 minit, cuci kembali dan toskan.
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serai dan serbuk kunyit. Kacau rata, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
- Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biarkan mendidih. Tambah telur ikan dan kecilkan api. Tutup periuk dan biar telur masak dengan api kecil. Masak 8 - 10 minit. Kemudian masukkan tomato, dan daun kesum. Tambah lada hitam kisar, garam secukup rasa dan secubit gula. Jika semuanya ok boleh matikan api.
- Hidangkan.
Tips Sampingan
- Jangan masak telur ikan tersebut terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan bila masak, telur ikan mayong akan terkeluar sendiri dari kantungnya
- Masak dengan api yang kecil.
13 Comments
Sedapya telur ikan mayong 🤤🤤
ReplyDeleteMasak pula asam pedas. Wahh, menarik. Ada bahan halba ya. Nyummmy!
Kalau area rumah ruby ni, susah nk dapat stok telur ni.
Pernah makan, mmg sedap tapi nak buat sendiri mmg tak pandai. Sis kalau masak telur mayung jadi liat mcm chewingum..hahaha
ReplyDeleteTak pernah makan telor mayung ni dan tak tau pun mcm mana fupanya ha ha... telor ikan biasa tau la huhu
ReplyDeleteSedapnya asam pedas.. Masak apa je sedap... Tapi za xpernah makan telur mayong ni.. Apa rasa dia ek.. Meletop2 x makan dlm mulut
ReplyDeleteTengok gambar pun dah menyelerakan. Nampak tertarik betul. Nanti boleh try. Thanks sharing
ReplyDeleteKalau asam pedas tu saya selalu jugak makan & antara menu favourite, tapi yg telur ikan mayong tu tak pernah try lagi. Nanti nak cari lah
ReplyDeleteSedap ni.. sisyat pernah masak tapi masak x sekata. Ada yg keras, ada yg lembut.hehe
ReplyDeleteBelum terer lagi nk masak tekur ikan ni 😁
peh !! asam pedas telo mayong memang win.. hee~ akak suka lagi2 kalau asam pedas jenis pekat punya.. okay !! dapat idea untuk masak berbuka harini..
ReplyDeleteGeram sungguh nengok oii...Johor ni musim, kadang rezeki pegi pepagi Pasar, jumpalah telur mayong, kalau tak, memang susah nak jumpa..frozen ada, tapi tak sama rasanya dengan fresh gitu...
ReplyDeleteMana nak dapat telur ikan mayong nih? memang sedap masak asam pedas telor ikan mayong nih! hadoiii meleleh dibuatnya
ReplyDeletewah sedapnya nampak telur tu. nanti nak cubalah cuma tak pasti kat mana nak dapatkan telur ikan mayong
ReplyDeleteNampak sedap giler. Tapi akk x pernah try lagi telur mayong ni heheh
ReplyDeleteSedapnya nampak! Telur tu yang rare. Macam susah he mnak dapat. Belum cuba lagi ni
ReplyDelete