CTOS BANTU RAKYAT MALAYSIA KETIKA PKP COVID-19 DENGAN LAPORAN SKOR MYCTOS PERCUMA


CTOS BANTU RAKYAT MALAYSIA KETIKA PKP COVID-19 DENGAN LAPORAN SKOR MyCTOS PERCUMA | Ramai yang menghadapi masalah kewangan dan terjejas ekonomi mereka disebabkan penularan wabak COVID-19 (Coronavirus). Banyak syarikat-syarikat mula membuang pekerja kerana ekonomi dunia yang turut terjejas. Ini sudah semestinya akan memberikan kesan buruk pada ramai pihak.

CTOS, yang merupakan sebuah agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia, sedang memantau secara teliti tentang isu-isu kewangan yang wujud sejak wabak COVID-19 (Coronavirus) dan kesan yang besar terhadap pengguna di Malaysia.
Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS berkata “Semasa wabak COVID-19 ini, hal penting yang perlu diberi keutamaan adalah mengenai kesihatan dan keselamatan kita. Walau bagaimanapun, pengguna juga perlu prihatin tentang bagaimana keadaan ekonomi semasa dapat mempengaruhi keadaan kewangan mereka. "
"Oleh yang sebab demikian, kami memberikan sehingga 100.000 Laporan Kredit Skor CTOS secara PERCUMA yang mana ianya bernilai RM 2.5 juta dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia untuk memahami kedudukan kewangan mereka dengan lebih baik."
DAFTAR UNTUK SKOR LAPORAN MyCTOS PERCUMA

Kempen PERCUMA Skor Laporan MyCTOS ini akan berlansung sehingga 31 Mei 2020 ni je. Sila ambil peluang untuk tebus sekarang untuk memastikan kredit anda sentiasa terjaga dan dalam keadaan yang baik. Skor PERCUMA ini hanya terhad kepada 100,000 individu pertama sahaja.


Sesiapa yang ingin meminta salinan percuma Skor Laporan MyCTOS  boleh berbuat demikian dengan klik link di bawah.

Guna kod promosi: FREEMCO20

Pengguna dan peniaga yang terjejas dengan wabak COVID-19 ini disarankan untuk menghubungi peminjam dan pemiutang mereka secara langsung untuk membincangkan pilihan jangka panjang mereka dan CTOS mendorong rakyat Malaysia harus proaktif dalam memantau kredit untuk terus menjaga kewangan peribadi sepanjang masa yang sukar ini.

Sokongan lebih lanjut ada tersedia untuk pengguna yang ingin meminimumkan kemungkinan kesan negatif pandemi terhadap kredit mereka di laman web CTOS, yang mana mereka memberikan maklumat berterusan tentang bagaimana laporan dan skor kredit berfungsi.

Mengenai CTOS Data Systems Sdn Bhd

Tentang CTOS Data Systems Sdn Bhd


CTOS, agensi pelaporan kredit persendirian terkemuka di Malaysia, adalah Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, Kementerian Kewangan. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi perbankan dan kewangan, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, perbadanan besar, PKS, firma guaman dan badan berkanun. Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my .

Post a Comment

12 Comments

  1. Bagus kalau kita dapat tahu status CTOS kita ni. Kita seharusnya kena pandai memantau kredit kita. Jangan banyak sangat berhutang. Hutang tu memang akan menghantui kita selagi tak habis bayar.

    ReplyDelete
  2. Inisiatif yg sgt bagus dari ctos utk bantu kita selidik kaji pengurusan kewangan kita untuk percuma

    ReplyDelete
  3. Penting untuk kita ketahui status kita kan agar kita boleh merancang kewangan dan masa depan kita. Moga semua usaha kita dipermudahkan untuk mencorak masa depan yang indah

    ReplyDelete
  4. Dah check untuk suami dah, alhamdulilah, walau tak penuh peratusnya, tapi bebas gak dari hutang kredit..yang ada hutang rumah dan kereta tu lerr..Sis surirumah pun check gak heheheh

    ReplyDelete
  5. terbaik ctos adakan inisiatif untuk bantu rakyat malaysia. sapa belum register better grab peluang ni. saya memang beli report ctos setiap tahun.

    ReplyDelete
  6. Wah terbaiklah! Inisiatif yg bagus tambah2 sekarang ni lagi ramai rakyat yg gunakan peranti & sebagainya.

    ReplyDelete
  7. Tempoh yg sesuai untuk kita periksa status kita sebab kdg2 kut ada yg terlupa hal lampau kan.

    ReplyDelete
  8. Semua sekarang dah mudah, semak secara online jer, dulu pernah ke Bank Negara nak semak CTOS ni beratur dahlah panjang, tunggu lama pulak tu nak pergi kena ambik cuti tapi tu dulu sekarang dah makin mudah Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Saya memang dah ada lama daftar akaun ctos nimbaru baru ni bila ditawarkan free report terus redeem. Alhamduliah rekod beraih x pernah miss bayar. Cuma meter tu masih sederhana. Tunggu beberapa tahun saja lagi akan naiklah meter tu

    ReplyDelete
  10. thanks info ni. baru saya tahu tentang ni bolehlah diwar2kan kepada rakan2

    ReplyDelete
  11. bab percuma tu yg bagus.
    semua org kena tahu status ctos memasing.
    baru tahu kedudukan kewangan / ekonomi agar dpt berhati2 berbelanja.
    bank pun guna ctos search ni. reliable.

    ReplyDelete
  12. Bagusnya! Senang nk uruskan wang bila kita tk sedar pasal perbelanjaan kita. Dah la percuma. Insyallah ctos ni membantu

    ReplyDelete