Bagi memberi lebih bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian internet percuma sebanyak 1GB kepada semua pengguna talian mudah alih. Untuk pengetahuan korang semua, pemberian ini merupakan sebahagian dari Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, di mana kerajaan membelanjakan RM250 bilion untuk melaksanakannya.
Inisiatif itu juga membabitkan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Jadi berikut merupakan Cara Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020.
1. CELCOM
- Tidak perlu mendaftar
- Automatik masuk
2. DIGI
- Tebus data ini melalui aplikasi MyDigi
- Sekali daftar dan automatik terima setiap hari
3. MAXIS
- Tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
- Kena tebus setiap hari
4. UMOBILE
- Sekali daftar dan automatik terima seterusnya
- Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
- Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer
5. ONEXOX
- Tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau USSD *150#.
6. TUNE TALK
- Hantar mesej taip STAYHOME dan hantar ke 2222
- Sekali daftar dan automatik terima setiap hari
7. REDONE
- Automatik masuk
- Check baki sila dial. *118*6*2*2#
8. YODOO
- Automatik terima
- Tiada had masa
- Baki bawa ke depan
Korang kena tahu, ianya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April dan dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Sumber : Facebook Lisa Nurulain
13 Comments
Cuma yang tak pasti jika dah ada pos paid bila apply internet percuma ni dia tak ganggu ke storage data tersedia? Apa pun blm cuba lg.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Barulah tahu macam mana nak buat. Nanti bolehlah try nanti. Tak sabar nak cuba.
ReplyDeletealhamdulillah dpt internet percuma 1GB sepanjang tempoh PKP..smlm dh buat utk umobile cumanya tkde dpt sms pengesahan tp bila view usage ada la yg free tu
ReplyDeleteWow. Sis pakai Maxis. Nak tebus lah. Leh streaming sampai lebam. Hope line ok tk sendu musim semua dok pegang henpon 24jam.
ReplyDeleteSis guna DiGi, yang peliknya bukak apps, dia surh claim, then bila taip, kuar servis is not available..pebenda laaaa tu xtau laa...ermmm
ReplyDeleteBagusnya syarikat telekomunikasi ni provide data free semasa PKP. Boleh la buat online learning untuk anak. Terima kepada pihak kerajaan yang prihatin.
ReplyDeletesetakat ni memang auto masuk dalam akaun, mudah nak guna bila work from home, anak-anak pun ada homework nak disiapkan. takdelah data slow je :)
ReplyDeleteMommy punya line redone, automatik renew free internet tu. Hehehe. Terima kasih redone. Boleh mommy guna kan jenjalan tgk blog kawan2
ReplyDeleteOh bagusla ye ada bantuan internet free ni juga untuk rakyat, insyaAllah banyak manfaat untuk yg memerlukan juga tu. At least dapatla saving drp nk beli data untuk meniaga online ke pe time2 mco ni kan..
ReplyDeleteSenang saja nak mohon internet free ni tapi saya tak claim pun sebab guna unifi mobile. XOX nak claim pun rasa tak berbaloi sebab tak guna pun Internet XOX
ReplyDeleteaida memang nak suruh asben redeem kan utk phone anak2.
ReplyDeletediorang pakai xox. rugi kalu tak redeem.
as for aida & asben, dah ready unlimited :)
ok boleh cuba cara ni, saya pun tercari2 cara sebenarnya. thanks sharing info
ReplyDeleteEna masih confius sbb postpaid plus unlimited. So nak tebus pikir jgk cmne tu datanya nnti. Last2 tak buat sbb line pon slow sejak pkp ni
ReplyDelete