5 AKTIVITI PALING POPULAR YANG DIPAMERKAN DI SOCIAL MEDIA SEPANJANG PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diarahkan oleh kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 ni sangat memberi tekanan kepada ramai orang. Banyak aktiviti-aktiviti harian tidak dapat dilakukan terutama aktiviti yang perlu dilakukan di luar rumah.

Walau apa pun yang berlaku, perintah ini perlu diikuti untuk mengelakkan keadaan wabak Covid-19 ni jadi semakin buruk. Jadi jom kita tengok apa AKTIVITI PALING POPULAR YANG KAWAN-KAWAN KITA BUAT DAN PAMERKAN DI SOCIAL MEDIA MEREKA SEPANJANG PKP ni.


MEMASAK



Memasak merupakan aktiviti paling popular dikalangan rakyat Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Boleh dikatakan hampir 70% dari sahabat di media social saya sendiri menjadikan memasak ini sebagai salah satu aktiviti yang selalu mereka lakukan. Masing-masing memasak dan berkongsi gambar-gambar masakan mereka di social media yang ada. Bukan itu sahaja, ada yang mengambil peluang merekod aktiviti memasak mereka untuk dijadikan sebagai video panduan untuk resipi masakan mereka. Apa yang boleh saya katakan, yang expert makin expert, dan yang baru nak belajar sudah pandai memasak macam-macam.

Oleh sebab yang demikian juga wujudnya satu group facebook berkaitan hal memasak yang begitu viral iaitu Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official . Amat luar biasa sekali bila group ini menerima followers sebanyak 1.2 juta dalam masa seminggu sahaja. Pada awalnya, group ini dibuat secara suka-suka oleh beberapa orang admin dan berkongsi mengenai gambar-gambar dan video-video makanan yang tidak menjadi dan ianya menjadi bahan gelak ketawa ramai orang. Selain dari itu, group ini juga turut dijadikan platform berkongsi resipi dan pertanyaan mengenai tips-tips memasak.

Pada ketika ini jugalah, blog-blog yang menyediakan kontent-kontent resipi masakan akan menerima kunjungan dan tontonan yang luar dari kebiasaan.

TENGOK MOVIE ONLINE


Selain dari aktiviti memasak, ramai yang cuba berkongsi senarai filem-filem menarik yang boleh ditonton termasuklah koleksi K-Drama. Tahukah anda bahawa syarikat penyiaran swasta seperti Astro, Tonton dan Iflix telah memberi akses untuk menonton secara percuma sepanjang tempoh PKP ini? Tapi bahang platform Netflix tidak kurang hebatnya menjadi buah mulut ramai dengan koleksi drama-drama bersiri yang berkualiti walaupun ianya berbayar.

Tapi whay not kalau kita keluarkan sedikit duit untuk benda yang boleh buat kita suka kan? Lagipon bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerja dan sangat suka menonton movie, inilah masanya untuk mereka isi masa mereka sebaiknya untuk menonton movie-movie yang best kan.

BERMAIN GAME


Selain dari menonton movie, bermain video game juga menjadi aktiviti popular di kalangan orang lelaki. Tidak perlu untuk beli kelengkapan mahal-mahal untuk bermain game, kerana game online juga terlalu banyak yang menarik dan ianya hanya perlu di muat turun melalui telefon pintar anda sahaja. la sangat sesuai untuk situasi sekarang ini kerana tiada hubungan fizikal dan korang hanya berhubung secara atas talian dengan rakan-rakan atau 'gamer' lain.

BERSENAM


Memandangkan bersenam diluar lumah dan gym juga tidak beroperasi semasa PKP, maka ramai sahabat-sahabat cuba mengambil inisiatif untuk melakukan senaman di dalam rumah sendiri. Bagi kaki gym yang tidak mempunyai kelengkapan gym di rumah, ada yang menjadikan anak-anak sebagai pemberat, baldi yang berisi air dan sebagainya. Ia adalah satu cabaran yang sangat bagus dan sihat untuk dilakukan. Tapi saya nasihatkan korang supaya berhati-hati supaya tidak pula terjadi perkara yang tidak diingini nanti.

Selain ini, anda juga boleh melakukan yoga, pilates, senaman kegel atau pilih lagu kegemaran korang dan mulakan tarian zumba atau poco-poco. Tapi pastikan korang tidak mengganggu jiran-jiran ketika melakukannya.

SHOPPING ONLINE



Hal yang paling kaum wanita suka!! Tapi, apa yang saya nampak, sepanjang PKP berlansung kaum lelaki juga tidak terkecuali melakukan aktiviti ini. Memandangkan kita tidak digalakkan untuk keluar rumah dan banyak kedai-kedai yang tutup, jadi platform shopping online telah menjadi tumpuan untuk membeli belah.


Mudah memang mudah, kalau tidak berhati-hati duit korang dalam bank pun mudah untuk habis begitu sahaja. Ketahui yang mana KEPERLUAN dan yang mana pula KEMAHUAN. Jadi berbelanjalah dengan cermat dan rancang kewangan korang sebaiknya.

Apapon jika korang ada urusan penting yang perlu dilakukan di luar rumah, sila ambil peduli tentang Langkah-Langkah Penting Untuk Elak Dari Terinfeksi Dengan Viris Covid-19 ni. Kita Jaga Kita ! Saya doakan semoga wabak Covid-19 ini dapat dihapuskan segera dan kita semua dapat beraktiviti secara normal seperti biasa.

Post a Comment

17 Comments

  1. Yang lastu paling ngeri uiii, duk asyik le membelek sana sini online soping, lelain tu endah tak endah je...gagagaga ngeri ek...tau-tau ponn ponnn poslaju sampai hahahaha

    ReplyDelete
  2. I agree with you the 5 popular activities during MCO haha. I pun ter-shopping online tapi sampai sekarang haven't receive my parcel T.T !!!

    ReplyDelete
  3. Things I enjoyed doing during this PKP - binge reading, writing my WIP, blogging, drawing, and fitness workout.

    ReplyDelete
  4. Shopping online, memasak dan menonton movie tu macam sama je. Bulan2 puasa ni nak bersenam kena yang light ajer. Nanti habis tenaga.

    ReplyDelete
  5. Hahahha baca ni pun sis boleh terhibur sbb mmg betul pun benda ni semua jadi trend. Masak terutama sekali. tk pernah masak bnyk mcm time PKP ni

    ReplyDelete
  6. Yang shopping online tu jangan amalkan selalu. Banyak kes tersampuk. Bila dah sedar, nyesal tepi bucu katil.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah setuju sangat dgn idea idea ni. Betul tu, paling kelakar tengok group FB “Masak Hari ni Tak Jadi....” hahaha.

    ReplyDelete
  8. Dalam kelima-lima tu, 1 je sis tak buat..bersenam..hehehe. Yang lain memang betul, ramai yg rajin memasak..rajin main game, bershopping...haishhh semua rajin lah..hehehe

    ReplyDelete
  9. Sepanjang PKP ni jadual kita makin sibuk. Kena pantau homework anak² sekolah pagi dan petang. Bila 4 orang yang bersekolah memang huru hara dibuatnya dengan semua share mama dia punya hp. Huhuuu...
    Memula awal kelam kelibut, lepas dah buat turn alhamdulillah emakin smooth jadual seharian.

    ReplyDelete
  10. Sisyat ada ke lima2 tu. Haha
    Cuma bab main game tu xde la lama2 banding shopping online..🤣

    ReplyDelete
  11. shopping online almost everyday dah skrg ni. hahah takpe kita enjoy je

    ReplyDelete
  12. Rasanya dlaam ke lima2 tue nad slalu masak ngn shopping online..haha..shari bpe kali barang sampai rumah..masak plak masak yg simple2 je..buat masa nie xprnah lgi post msakan yg xjadi dlm group masak apa tak jadi hari nie..😅

    ReplyDelete
  13. Sekarang bukan kaum wanita je ye kaki shopping online, lelaki pun sama je. Tau2 smpi brg. Hihi bab bersenam yg payah skng ni. Umah kecik nak bersenam restricted sgt

    ReplyDelete
  14. Yang last tu la selalu buat. Kering poket den macam ni

    ReplyDelete
  15. Semua ada rutin baru kan sejak PKP ni! Saya surirumah, mmg semua di atas tu biasa je dilakukan di rumah, haha!

    ReplyDelete
  16. Okaylah mcm2 benda yg kita buat masa PKP tp bab main game tu bdk2 jer yg main mcm kita ni mmg xreti pun main

    ReplyDelete
  17. kat media sosial aida, memasak.
    ramai pompuan, kan. tiap hari tiap masa ada je up resepi and hasil masakan.
    tu aje yg paling hot pompuan / ibu / isteri boleh buat now kan.

    ReplyDelete