FLASHBACK JANUARY & FEBRUARY 2020



Sedar tak sedar dah bertambah satu bulan lagi kita di tahun 2020. Pada bulan Februari ni awal bulan lagi saya dah sibukkan diri dengan menghadiri FAM Trip ke Terengganu. Selepas tu, saya banyak habiskan masa di Kelantan untuk selesaikan kelas untuk lesen motosikal saya.

31 JANUARY - 2 FEBRUARY 2020 | Setiu Wetland FAM Trip


Setiu Wetland FAM Trip merupakan FAM Trip pertama di tahun 2020 yang saya telah sertai. FAM Trip ni merupakan FAM Trip berskala kecil bertujuan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan yang ada di sekitar SETIU sahaja. Apa yang menariknya, kami berpeluang untuk menginap di sebuah resort yang sangat terkenal dengan keunikannya dan juga merupakan salah sebuah lokasi pengambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa pada beberapa tahun yang lepas iaitu Terrapuri Heritage Village.

18 FEBRUARY 2020 | Lulus Ujian JPJ Motosikal B2


Setelah beberapa bulan menghadiri kelas di Litar Memandu Machang, akhirnya saya berjaya dalam ujian JPJ Motosikal B2 hanya dengan sekali test sahaja. Alhamdulillah. Walaupun cuaca tidak begitu baik pada hari ujian tersebut kerana hujan lebat, tapi saya dapat selesaikan semua halangan dengan jayanya termasuklah ujian jalan raya.


Jadi itu jelah aktiviti penting yang berlaku dalam tempoh februari lepas. Masa saya pada bulan tersebut banyak dihabiskan di kampung dan update resume dan design portfolio untuk cari kerja baru. Doakan saya supaya dapat kerja yang bagus dalam masa terdekat ya.

Post a Comment

1 Comments