BUKA PUASA DI SHERATON IMPERIAL KL! JIMAT RM50 KALAU KORANG GUNA CARA NI


Bulan puasa dah makin menghampiri kita, jadi artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang bagaimana korang nak dapat harga murah kalau nak buka puasa di hotel 5 bintang seperti di Sheraton Imperial KL Hotel.

Untuk pengetahuan korang, Sheraton Imperial KL Hotel akan menawarkan pakej istimewa sempena ramadan yang diberi nama FIESTA RASA MUHIBAH yang akan disediakan oleh Eksekutif Sous Chef, Hazif Ramli dan pasukannya. Buffet Ramadan kali ini akan berlansung di Restoran Essence yang terletak di Level 1 Sheraton Imperial KL Hotel.

Menu Bufet Ramadan Sheraton Imperial KL Hotel

Apa yang paling dicari ketika iftar adalah aroma Kambing Carik yang cukup memukau, diperap dalam rempah ratus khas buatan sendiri dilengkapi dengan warna warni Nasi Hujan Panas yang menggunakan pewarna semula jadi yang diperoleh daripada kunyit segar, beetroot dan daun pandan. Selain itu, korang juga harus mencuba ramuan mantap Sup Tulang Berempah dengan Roti Bengali  panas yang baru dibakar di sisinya. Itik Salai Masak Lemak Cili Padi atau hidangan istimewa Asam Pedas Ikan Chef Hazif juga harus dicuba. Hidangan Daging Dendeng pun ada dan sudah semestinya sangat sesuai digandingkan dengan lemang yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Untuk menghidupkan suasana Bazaar Ramadan yang meriah, Gulai Kawah, serta live-action stalls juga diwujudkan sepanjang bulan ramdan ini. Live-action stalls diwujudkan setiap hari dengan pelbagai pilihan makanan jalananseperti goreng pisang, nangka goreng dan ubi jalar, pilihan sate, Roti John, Roti Canai, Murtabak Ayam dan Ayam Sharwarma.

Untuk pencuci mulut pula, mereka sudah semestinya menyediakan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia yang asli seperti Sira Pisang Raja, Sago Gula Melaka berkrim dan Pengat Durian Hulu Langat dan banyak lagi.

Harga Bufet Ramadan Sheraton Imperial KL Hotel

Harga normal untuk pakej bufet Fiesta Rasa Muhibah adalah RM148 nett bagi setiap orang dewasa dan RM74 nett untuk kanak bermula dari 24 April hingga 23 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, ahli Club Marriott dan Marriott Bonvoy, bersama dengan Pemegang Kad Bank yang terlibat boleh menikmati diskaun sebanyak 20%.

Kalau korang nak lebih jimat, saya sarankan korang untuk buat tempahan awal (early-bird) bermula dari 1 Mac hingga 23 April 2020 dimana harga yang ditawarkan hanyalah RM98 nett seorang sahaja. Murah sangat tu sebab korang boleh dapat penjimatan sehingga RM50 untuk seorang.

Fiesta Rasa Muhibah, Kita-Kita Aje - Promosi Catering

Sepanjang bulan ini, Sheraton Imperial KL Hotel menawarkan tempahan buka puasa berkumpulan secara private kepada mana-mana syarikat swasta atau korporat. Harga yang ditawarkan adalah dari RM 98 nett bagi setiap orang, promosi katering ini memerlukan tempahan minima 50 orang. Tetamu boleh beristirahat di suasana Muhibah pada waktu matahari terbenam yang pasti akan meninggalkan pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Pakej Kareem - Pakej Penginapan

Raikan bulan Ramadan dengan luxury dan selesa dengan Pakej Kareem iaitu tawaran pakej istimewa penginapan termasuk sahur (hidangan pra-fajar) dengan diskaun 20% untuk makan malam Fiesta Rasa Muhibah di Essence dengan hanya berharga RM 315 ++.  Sarapan bufet, untuk pakej, juga boleh didapati sebagai pilihan di Essence jika diperlukan. Para tetamu juga boleh memilih untuk menempah Club rooms untuk menikmati faedah di atas bersama dengan Sheraton Club Lounge Acceess.

MAKLUMAT TEMPAHAN

Lawati laman web mereka di www.sheratonimperialkualalumpur.com dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram @sheratonimperialkl.


Post a Comment

17 Comments

  1. last berbuka bufet puasa tahun 2014 rasanya...hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahh! Banyaknya pakej dia. Kalau dah ok virus Convind-19 ini bolehlah ajak keluarga nanti.

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat diskaun lagi buka puasa kat hotel lagipun dah lama tak berbuka buffet hehe

    ReplyDelete
  4. Wah, bukan biasa2 pakej yang disediakan! Kalau amik yang rm300+ tu sekali dengan sahur dan penginapan. Berbaloi

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak cuba pulak berbuka disini. Jimat dalam rm50 tu siapa nak bagi kan

    ReplyDelete
  6. Ambil pakej yang penginapan lagi okey pada pandangan saya. Dapat rehat, dan dapat bersahur sekali. Kalau Ada sekali masuk service kejut sahur.. lagi bagus. Tempat letak kereta dalam bangunan atau luar ye?

    ReplyDelete
  7. Walaupun ku lihat harganya tu agak mahal, tapi kalau ada penjimatan tu so kira berbaloilah dengan apa yang di sajikan, mewah sungguh semua menunya...

    ReplyDelete
  8. Nak guna cara yang kau buat tu hehehe boleh jimat RM50 banyak tu memang best menarik giler offer ni hehehe ok makanan pun sedap-sedap belaka banyak pilihan hehehehe boleh lah buka kat sini jom...

    ReplyDelete
  9. bagusnya pakej stay in dia siap ada pakej sahur murah juga kan.. boleh la nnt kita check in sini kot2 nak cuti2 malaysia lepas covid19 ni.. stay safe mawardi..

    ReplyDelete
  10. Kambing carik dia kemain ya gedebukkkkk cenggitu hahaha.. semua menu nampak delicious hopefully cepatlah setel covid19 so dapatlah kita semua nikmati buffet ramadan

    ReplyDelete
  11. Perghhhh.macam2 hidangan ada kat sini. Dan semuanya nampal.menarik dan sedap

    ReplyDelete
  12. wah meriahnya, mesti sedap2 semua tu. lama dah saya tak berbuka di hotel

    ReplyDelete
  13. Sedapnya nampak semua menu ni. I’m hoping that keadaan kita sekarang getting better so that boleh la berbuka puasa ramai2 macam tahun2 di sudah kat luar & definitely pilih sini utk berbuka

    ReplyDelete
  14. Letupnya tajuk dia - Fiesta Rasa Muhibah. And the menu memang rasa muhibah ye - pelbagai jenis and pelbagai rasa ye. Promosi dia pun menarik tu

    ReplyDelete
  15. This looks yum! Gotta cari kawan makan sama sama ! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  16. Oh yumss! Kambing Carik tu nampak sangat mengancam, missing ramadan review now.

    ReplyDelete