PANDUAN MENAIKI BAS MADINAH UNTUK KE QUBA' DAN SEKITAR MADINAH


Para Penziarah Rasulullah, antara perkara sangat dituntut ketika bertamu di bumi Madinah adalah memperbanyakkan MENZIARAHI JUNJUNGAN BESAR BAGINDA S.A.W dan memasuki taman syurga (RAUDHAH).

Usai selesai ziarah Baginda, di sunatkan juga ke Masjid Quba' untuk melakukan solat dua rakaat sebagai mana menjadi amalan Nabi S.A.W pada setiap hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba,lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah (HR Tarmizi : 298. Ibnu Majah :1401)
PANDUAN MENAIKI BAS MADINAH UNTUK KE QUBA' DAN SEKITAR MADINAH 

Disini saya akan kongsikan CARA-CARA untuk ke Masjid Quba dan Ziarah Sekitar Madinah dengan menaiki BAS MEDINA.

1. Setelah memberi salam kepada Rasulullah SAW, cari pintu GATE 37 di penjuru paling kanan JANNATUL BAQI' jika kita berhadapan dengan pagar Baqi' dan akan bertemu dengan "SYAZAH BUS STATION" .



2. Disana nanti ada BAS yang berwana HIJAU yang sedia menanti penumpang bermula waktu pagi sehinggalah jam 10.00 malam.


3. Ada dua (2) cara untuk membeli tiket bas.

  1. Pertama ialah bayaran 1 perjalanan sahaja serendah SR3.00 ke satu destinasi.
  2. Kedua adalah dengan membeli "بطاقة" atau tiket Bas untuk menziarahi kesemua TEMPAT ZIARAH UMUM di MADINAH, antaranya MASJIQ QUBA, BUKIT UHUD, MASJID TUJUH, MASJID QIBLATAIN dan akan kembali ke BAQI' semula. Ada 3 tiket untuk kegunaan bas ini :
  • SR10 untuk kegunaan sehari
  • SR15 untuk 3 hari
  • SR30 untuk 10 hari
(Setiap kali menaiki MESTI di SCAN di MESIN SCANER berhampiran dengan PEMANDU BAS)


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para penziarah Rasulullah dan penziarah bumi Rasulullah SAW.

والله أعلم...

Sumber asal perkongsian di facebook oleh Ustaz Abu Humairah Zulkifli Mohamed .

Post a Comment

15 Comments

  1. Wahh bagusnya perkongsian macam ni bang. Iyalah, bagi saya belum lagi berkesempatan, pastinya sangat membantu kalau satu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke sana. Doakan saya ya bang. Amin!

    ReplyDelete
  2. Laa pendek nya citer... ada sambungan ek? Bagus info ini utk mereka yang ke Medinah bukan dengan pakej.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg menarik. macam ida aritu g umrah trip dengan bas lagi. Bagi mereka yg nak pergi sendiri sekali lagi boleh la buat mcm ni..nice tips..will saved it

    ReplyDelete
  4. Bagus madi kongsi pengalmana disana..Sekurangnya nanti kalau ada rezeki ke sana, boleh baca blog madi..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangat menarik, thanks share. Semoga ada rezeki one day pergi sana, Amin

    ReplyDelete
  6. Ohhh macam ni sebab sebelum ni pergi semua agent yang uruskan rupanya tak adalah susah sangat nak naik bas ker sana kena tahu bas mana nak naik hurm good sharing nice boleh pergi sendiri nanti...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah seronok baca pengalaman Madi jejakkan kaki ke sana. Tq share pengalaman dan tips Insyallah boleh jadikan panduan di masa hadapan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share info ni. Perkongsian yang amat bermanfaat. Semoga Marina dapat jehak ke sana

    ReplyDelete
  9. Wah.. Baru tau ada bas mcm ni kt sana.. Thanks for sharing madi

    ReplyDelete
  10. Maju jugak sistem dekat sana ya. Ingatkan dorg agak sedikit kebelakang. Bestlah Mawardi dpt peluang jejak kaki kt sana

    ReplyDelete
  11. bestnya pi Tanah Suci. InsyaAllah this year saya pula dapat menunaikan umrah bersama keluarga. Doakan ya

    ReplyDelete
  12. its a nice sharing, sebab org kat sana mesti ada cari info2 mcm ni. insyaAllah saya pulak kesana nanti

    ReplyDelete
  13. As a future convert, I wanna say tq so so much for sharing this important info. InsyaAllah ada rezeki pd masa depan utk melawati Madinah!

    ReplyDelete
  14. Seronoknya baca perkongsian orang yang dah ke sini. Mudah-mudahan emi pun ada rezeki nak ke sana nanti. Teringin sangat.

    ReplyDelete
  15. Happy travelling! Explore the city with public transport is the good choice.

    ReplyDelete