KEMERIAHAN NIGHT OF FRIGHT 7 (NOF7) DI SUNWAY LAGOON


Setiap tahun saya dan kawan-kawan tak pernah terlepas peluang untuk ke Night Of Fright yang berlansung sepanjang bulan 10 sempena sambutan Hallowen di Sunway Lagoon. Tahun ini merupakan sambutan Night Of Fright kali ke-7 (NOF7) dimana setiap tahun ia menampilkan tema seram yang berbeza-beza.


Tahun ni agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ni kerana kami tidak datang pada majlis pembukaan (malam preview media) tapi, ianya berlaku sebaliknya iaitu pada malam-malam terakhir Night Of Fright 7 berlansung. Walaupun begitu, kemeriahan Festival NOF7 adalah paling meriah bagi saya. Ini mungkin kerana ramai kawan-kawan yang turut serta pada tahun ini fun-fun semuanya.

THE PLAGUE


Tahun ini, THE PLAGUE telah menjadi watak utama dalam kisah Night Of Fright 7. Watak aneh ini tampil dengan topeng seperti burung, berjalan-jalan di pinggir kampung dengan alasan untuk menyelamatkan tetapi adakah mereka ini datang untuk membantu atau sebenarnya hanya sebaliknya?

9 HAUNTED ATTRACTION


Night of Fright 7 (NOF7) menampilkan lapan rumah hantu, satu teater hantu, dua zon menakutkan, 11 permainan mencabar dan dua petunjukan menarik.


Pintu utama Sunway Lagoon dibuka seawal jam 7:30 malam dan ditutup pada 11:30 malam setiap hari Jumaat sehingga Ahad sepanjang bulan sambutan Halloween menanti kehadiran orang ramai yang dahagakan ketakutan.


Disapa dan diganggu oleh 'hantu' yang berkeliaran yang ditatarias muka dan pakaiannya dengan look yang sangat menakutkan sememangnya akan mengundang jeritan ketakutan sesiapa saja yang terkena. AWAS!! Itu hanya sekadar mukaddimahnya sahaja, rasa cemas itu akan lebih berlipat kali ganda apabila kami memasuki tarikan rumah hantu pertama iaitu Blood.Shed.


Diilhamkan dari filem seram Saw dan Wolf Creek, Blood.Shed ini membawa kami melalui sebuah gudang usang yang sudah lama ditinggalkan, dipercayai ramai orang telah ditangkap, diseksa dan dibiarkan mati. Apa yang tinggal adalah sisa-sisa ketakutan mangsa yang diseksa.


Sepanjang perjalanan kiri kanan depan belakang kami dikejutkan dengan lembaga yang tidak sempurna jasadnya. Walaupun terlalu takut, langkah kami menjadi terhad kerana masing-masing memegang rantai kunci dan berada dalam barisan panjang.


Selepas selesai di Blood.Shed kami meneruskan lagi perjalanan kami ke beberapa tarikan rumah hantu yang lain. Memandangkan pengunjung terlalu ramai, maka kami terpaksa beratur panjang untuk memasuki satu-satu rumah hantu tersebut.


Walaupun kami tak dapat habiskan kesemua tarikan yang ada, pengalaman kami memasuki rumah hantu yang ada sudah cukup buat kami puas. Semua hantu-hantu kat luar kami tegur dengan mesra untuk berselfie. Walaupun begitu, ada juga hantu-hantu yang lari bila tengok kami kerana tidak tahan dengan pelbagai soalan aneh yang kami tanya kepada mereka. hahahahaha.

HARGA TIKET NIGHT OF FRIGHT 7

Harga tiket adalah RM 79 (kadar yang diterbitkan) dan ini termasuk dengan cenderahati Bag Darah atau Tanduk Syaitan. Jika tidak, anda boleh memilih untuk ‘memotong’ barisan dengan Pakej Combo pada harga RM158 yang termasuk tiket masuk NOF7, pas ekspres dan pilihan cenderahati sama ada Beg Darah atau Tanduk Syaitan. Atau anda boleh menikmati tawaran Combo Rate eksklusif sebanyak RM 138 seorang. Ini termasuk tiket masuk NOF 7 dan pas ekspres (Hanya untuk pengunjung yang membeli tiket di kaunter).

Post a Comment

2 Comments

  1. wow, best jugak ni. tapi tak boleh bawak kids hahha.. kena tinggal kids pada atuk nenek dia..

    ReplyDelete
  2. i went for another event nearby instead of going to NF hhaha

    ReplyDelete