FLASHBACK NOVEMBER 2019


Bulan November ni special sikit bagi saya kerana bulan ni lah bulan ulang tahun kelahiran saya. Tapi tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas masa masih stay kat Kuala Lumpur. Tapi itu tak menjadi masalah pun sebab adanya keluarga dan kawan-kawan dah cukup bahagia.

1 NOVEMBER 2019 | Festival Night Of Fright 7

Kali ni berbeza dari tahun-tahun lepas, biasanya kami ke NOF ni masa malam media preview. Tapi tahun ni kami pergi malam kedua sebelum penutup. Apa yang bestnya ramai kawan-kawan ikut serta. Yang paling best bila semuanya sporting habis. Tapi saya ke NOF kali ni pakai seluar track dengan baju tshirt je, gara-gara salah basuh baju dalam mesin. hahaha.

2 NOVEMBER 2019 | Percutian 2 Hari 1 Malam Di Genting Highland

Kali ni saya dan beberapa orang rakan blogger bermalam di First World Hotel. Kami juga diberi peluang untuk experience sendiri rumah seram yang berkonsepkan Train to Busan dan permainan virtual di The Void.


17 NOVEMBER 2019 | Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Diri Sendiri

Nila tarikh ulang tahun kelahiran saya. Terima kasih kepada semua yang ingat, wish dan doa. Semoga hidup korang diredhai ALLAH. Aamiin.

28 NOVEMBER 2019 | Makan Malam Di Tony Romas

Pertama kali selepas berhenti bekerja sebagai Pereka Grafik di Tony Romas, saya dijemput sebagai seorang blogger untuk majlis preview sajian untuk kempen Christmas dan New Year. Terasa agak kekok sedikit seolah masih bekerja disitu. hahaha.

30 NOVEMBER 2019 | Pembukaan Cawangan Baru MFR di KL

Berkesempatan ke majlis perasmian cawangan baru Mango Float Royale Melaka yang dibuka di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Jadi bagi peminat Mango Float Royale Melaka ni, korang dah tak perlu bersusah payah ke Melaka semata-mata untuk minumnya.

Post a Comment

6 Comments

  1. Kenangan manis lah yer semuanya ....ooo birthday madi ker 17/11 ....happy bestday in advance untuk tahun 2020...kadang best jugak buat highlight camni ...akak kau jer takder apa sangat nak di kenang ...

    ReplyDelete
  2. Hebatnya dapat ingat apa yang dilakukan dalam bulan November. Semuanya spesel. Genting tu paling jeles ��

    ReplyDelete
  3. Wah ada dairy Selamat Hari Jadi lagi ... bagis gak anyway Happy Belated Birthday Mawardi...

    ReplyDelete
  4. bila buat list mcm ni,,... terus terasa cepatnya masa berlalu kan.. sedar tak sedar dah di tahun 2020... moga terus maju jaya

    ReplyDelete
  5. bagus ada highlight macam ni. Boleh nampak apa yang dah dilalui. bagus

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnya dalam sebulan ada banyak event best ye

    ReplyDelete