RESTORAN MAKANAN HALAL DI GENTING HIGHLAND



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Genting Highland merupakan salah satu destinasi yang sangat popular yang berada di daerah di Negeri Pahang. Memandangkan ianya dekat dengan Kuala Lumpur, maka ianya mudah untuk diakses oleh pelancong-pelancong dari luar negara juga.

Bagi kita yang beragama islam, kalau bercuti di tanah tinggi Genting Highland ni mungkin akan rasa terhad dengan makanan halal. Sebagai penyelesaiannya, restoran fast food jela menjadi pilihan kan? Tapi, kini korang tak perlu risau kerana pihak pengurusan Genting Highland telah mewujudkan beberapa buah Restoran Halal di sekitarnya. Apa yang lebih menarik restoran-restoran ini berkonsepkan food court dan mempunyai banyak pilihan makanan halal yang popular dan menarik.

Antara restoran Halal yang sempat saya cuba pada minggu lepas adalah di Jom Makan Street Food & Medan Selera. Korang tak perlu rasa was-was kerana ini merupakan pilihan tempat makan yang dijamin Halal 100% dan mempunyai sijil Halal dari Jakim.

Jom Makan Street Food


Jom Makan Street Food ini mempunyai beberapa stall makanan street food yang popular di seluruh Malaysia. Oleh kerana kepopularannya, ada juga makanan dari jenama yang tidak halal diolah kepada bahan-bahan dan cara penyediaan yang halal mengikut syarak khas untuk kita yang beragama islam dapat merasainya. Ada lebih dari 10 jenis makanan yang enak dan lazat.


Konsep Jom Makan Street Food ini juga cukup unik kerana ianya dihias dengan konsep stall makanan outdoor dan hiasan lama-lama.



Berikut merupakan beberapa makanan yang saya suka dan saya cuba di Jom Makan Street Food ni. Bagi saya Mee Kari dia boleh buat saya menambah lagi. Memang terbaik!!




Selain dari makanan yang saya cuba kat atas ni, ada banyak lagi pilihan makanan Halal yang lain seperti Nasi Ayam, Nasi Daun Pisang, Sate Ayam dan Daging, Koe Teow Goreng, Nasi Lemak dan macam-macam lagi.


Untuk pengetahuan korang, Jom Makan Street Food ini terletak di aras empat (4) pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting . Ianya dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.Kat sini konsep makan tanpa cash tau sebab semuanya menggunakan Resort World Card .


Untuk topup kad ni korang perlu menggunakan mesin dengan minima RM10 sahaja. Kemudian guna kad tu untuk buat bayaran makanan yang korang telah pilih tersebut. Kalau kad ada balance, korang tak perlu risau kerana korang boleh tukar semula kepada cash.

Medan Selera 


Medan Selera merupakan satu lagi tempat yang menyediakan makanan Halal. Ia menghidangkan 100% makanan halal dengan beberapa pilihan rasa sajian Melayu yang popular. Kat sini korang boleh menikmati menu masakan popular dari negeri Pantai Timur, Utara dan juga Selatan Malaysia.


Kat sini lebih banyak pilihan kerana mereka ada beberapa kategori makanan. Untuk yang suka makan nasi, korang boleh ke bahagian Nasi & Rempah. Antara makanan yang korang boleh cuba adalah  seperti Nasi Kerabu, Nasi Ayam Berempah dan banyak lagi.






Kat sini juga ada bahagian Mi. Di bahagian me ni mereka ada menyajikan pelbagai hidangan mi dan bihun termasuk Mee Rojak, Mee Bandung dan Bakso. Selain itu, mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis Laksa termasuk Laksa Nyonya, Laksa Johor, Laksa Kelantan dan Asam Laksa.




Selain dari makanan popular di negara kita, kat sini juga ada menyediakan makanan selera Timur Tengah seperti Shawarma Ayam, Paha Ayam Panggang dengan Nasi Mandy, Ayam Gril Shish Tawook, Roti Arab dan Sandwic ayam dengan kentang goreng . Selain dari hidangan yang saya sebutkan tadi, korang juga boleh cuba makanan ringan seperti Ayam Goreng, Popcorn Ayam dan Kentang Goreng, Sotong dan Kentang Goreng serta Ikan dan Kentang Goreng.



Medan Selera ini berada di aras bawah pusat beli-belah SkyAvenue, Resorts World Genting bersebelahan dengan pintu masuk Outdoor Theme Park. Ia mula beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Kat sini konsep boleh bayar menggunakan cash dimana korang akan order dan ambil makanan kemudian bawa ke kaunter untuk pembayaran sebelum makan.


Untuk maklumat lanjut mengenai restoran halal di Genting Highland , korang boleh hubungi mereka di talian +603 2718 1118 atau layari laman sesawang mereka di www.rwgenting.com.

Post a Comment

6 Comments

  1. oh serius lah atas tu susah nak cari makanan halal..baru tahu....senang la kalo pengurusan dah improve dan tambah restoran halal..

    ReplyDelete
  2. Pernah lalu depan kedai2 tersebut, tak expect lawa dan sedap nampaknya :D

    ReplyDelete
  3. Geramnya nengok gambar Madi, macam gambar majalah ...
    Nak kena gak laa belajar edit ni...cantik sangat!

    Thank You infonya Madi, haritu pergi Gentinmg just jalan-jalan aje, tak sempat nak hunting makan..

    ReplyDelete
  4. lamanyaaaa tak naik genting sejak2 ada humaira hehehe,rindu zaman arwah bff keje atas tu selalu naik sana lepak zaman bujang2.mesti dah banyak perubahan skrg..

    ReplyDelete
  5. dulu2 memang susah nak jumpa makanan macam ni. kalau naik sana, KFC je laa makananya.. pastu marry brown.. haha
    sekarang ni dah ada pilihan..lagi seronok laa nak p..

    ReplyDelete
  6. hari tu ke genting makan jugak kat sini. punya la pusng cari tmpt makan xjumpa. last2 tnya org kat mana foodcourt die...baru la jumpa..boleh la makan nasi lemak aym rempah kat sana

    ReplyDelete