EAT CAKE TODAY | PAMERAN DAN DEMONSTRASI KEK TRENDING


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada korang semua. Mungkin ada yang menyedari saya selalu kongsikan gambar-gambar kek yang menarik dan trending di Instagram Story saya. Walaupun skill saya bukan dalam pembuatan pastry, tapi minat pada hasil seni dan kekemasan itu sangat dekat dengan saya.



Alhamdulillah saya rasa sangat bertuah kerana diberi kesempatan untuk menghadiri satu majlis dimana mempamerkan pelbagai jenis kek terkini dan trending. Eat Cake Today telah memperlihatkan kek trend popular dan trend terkini yang kreatif dimana telah terjual pertama kali Cake Portal di Malaysia. Bukan itu saja, pada majlis ni juga saya sendiri berkesempatan melihat sendiri bagaimana kek-kek ini dihasilkan melalui demonstrasi yang telah dilakukan oleh chef-chef yang berpengalaman. Tapi sekarang ada depan mata sendiri. Dan apa yang lebih best dianya dihasilkan oleh chef di Malaysia.  Tak sangka betul chef-chef di Malaysia pun setanding chef antarabangsa. Selalu mampu tengok di Instagram je.


Kek-kek yang dipamerkan merupakan kek trend terkini bagi tahun 2020. Antara kek yang menjadi pilihan pada tahun hadapan adalah seperti Kek Boba, Kek 3D, Kek Kristal dan banyak lagi. Semua kek-kek ini dihasilkan daripada chef-chef terhebat yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef May Ling.








Menarik bukan? Saya sendiri pun cukup terpegun dengan kek-kek yang dipamerkan disini. Ini hanya sebahagian tau, ada banyak lagi kek yang dibuat kemas dan cantik sangat. Ada juga diantaranya sayang untuk dimakan kerana terlalu cantik.

Jenis Kek Yang Menjadi Pilihan Pada Tahun Depan



Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.



Jika korang sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk korang menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!



Trend Kek Geode kini sedang menguasai internet! Kek Geode Nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek ini juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.



Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!



Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!



Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!

Kelas Chocolate Showpiece Master


Buat pertama kalinya, menerusi kerjasama tiga chef pastri iaitu, Chong, Lawrence dan May Ling, Eat Cake Today juga menawarkan kelas Chocolate Showpiece Master tersendiri, kelas-kelas Sugar Flower untuk berkongsi pengetahuan dan minat dalam seni gubahan coklat dan gula bersama mereka yang berminat dalam bidang ini.




Bagi korang yang berminat untuk membeli dan buat tempahan kek atau nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Eat Cake Today, korang boleh layari laman web mereka www.eatcaketoday.com atau terus berhubung melalui talian telefon 017-8800 153 .

Post a Comment

24 Comments

  1. Kek nasi lemak tu sangat kreatif! Yang tu just bentuk kek aja kan? Tapi rasanya nasi lemak kan Madi? Nice kann...nampak semua sedap-sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis, nasi lemak berbentuk kek. sedap sangat

      Delete
  2. uihhh, salted egg burnt cheesecake tu nampak dan berbunyi menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. saya sendiri x sempat rasa haritu. ruginyaa.

      Delete
  3. Nasi lemak bentuk kek tu akak dab biasa tengok..sebab ada kawan opis jual utk birthday...menariknya semua kek2 tu..menggamit tekak dibuatnya..lama x makan kek sebab akak tengh cut sugar...

    ReplyDelete
  4. geramnya tengok kek kek tu semuaaa... nisa dah laa suka makan desserts niii! boba cake tu mengancam amat yaaaaa...

    ReplyDelete
  5. Allahu kecur liur tengok kek-kek tu semua. Dahlah nampak cantik, sedap pun ya juga! Boleh rambang mata kalau nak pilih ni. Boleh suggest dekat kakak ni sebab dia suka apa-apa berkenaan kek. hihi

    ReplyDelete
  6. OMG, pengsan terus looking at all these lovely designed cakes - they are soooo pretty & each one looks like a masterpiece created with so much love & passion. Lucky you dapat try la!

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap semua kek tu fuhhhhh. Pandainya mereka buat dan deko kek sampai cantik macam tu. Kreatif betul mereka ni. Sayang betui nak makan kalau macam ni.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Lia pun penggemar kek juga mmg suka makan tapi x selalu lah kn. Geram juga tengok design cake Yang lawa ni. Kreatif betul dorang kan

    ReplyDelete
  9. Banyaknya dekorasi yang menarik dan unik. Rawlins teruja tengok yang Blue dan Topsy-Turvy tu. Tapi yang Topsy-Turvy tu mesti susah nak bawa dalam kereta kan hehehe

    ReplyDelete
  10. cantiknya semua kek kat atas nii. kalau rasa mesti sedap nii. insyaAllah kalau berkesempatan boleh ke sini nanti.

    ReplyDelete
  11. uish sedap2 semuanya tu. craving dah ni

    ReplyDelete
  12. Perghh. Puas hati betul dpt tengok live mcm2 jenis kek ni. Dpt rasa tak? Kek ni kalau jenis span sahaja, kurang rasa. Dpt yg jenis moist tu. Puas hati jugak la. Setakat ni layan scret recipe je

    ReplyDelete
  13. Skrang boba lawa cake tu memang tengah in. Belum sempat nak rasa. Terliur dibuatnya asik sold out. Haha. Kreatif sungguh chef hasilkan pelbagai jenis bentuk kek.

    ReplyDelete
  14. ya Allah....cantiknya Madi oiiiiiii... Geram pun ada tengok. Sayang pun ada rasa nya kalau naksentuh n makan. Nak tempah lagi 2 tahun lambat lagi hahahaha..opss

    ReplyDelete
  15. mak aiiii... kreatif betul la diorang ni... kek nasi lemak, salted egg perghhhh... dengan deco yang fuyoooo... tak sampai hati pulak rasa nak makan kek tu... hihihihi... best betul you dapat try out sis...

    ReplyDelete
  16. alamak, sis pulak pergi dia... bro... tersilap pulak... tolong editkan ya... ;)

    ReplyDelete
  17. hebatnya baker ni decorate kek2 tu. cantik sangatt, terpegun dari awal sampai habis artikel ni. kreativiti sgt kaw2 dorang ni. boba kek tu yg paling terliur

    https://www.adlinatasyaa.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. Saya pun suka jugak dengan kek. Selau kalau balik rumah parent, mesti akan tengok rancangan buat kek di TV. Tapi nak buatnya tak reti. Hehe

    ReplyDelete
  19. Muka awak dengan kek tu dah sama cantik dah hehehehe tapi kita memang suka tengok semua hasil kek meraka sangat mengkagumkan dan juga menjadi pilihan ramai orang masa depan lebih canggih sekarang ni nak buat kek...

    ReplyDelete
  20. Pergh menarik sangt semua kek ni...anak birthday bulan ni..boleh la usha nnti dekat website dia..nak buat ni bukan sennag..memng kene teliti

    ReplyDelete
  21. Comel-comel kek kat sini. Suka tengok. Kita mmg hantu kek. And kalau ada tiramisu lagilaj kita excited hahahha

    ReplyDelete
  22. Heyyy, apesal semua kek comel2 sangat ni haaa. Kalau comel cenggina jawabnya memang sayanglah nak makan, hahah. Yang minion tu takleh comel lagi ke? Geram je

    ReplyDelete