AMBASSADOR PUTRAJAYA | SEKITAR HARI TERBUKA DAN UJI RASA


Tempohari saya dan rakan-rakan berkesempatan menghadiri Majlis Hari Terbuka dan Uji Rasa syarikat Hanana Group yang telah berlangsung di Ambassador Putrajaya. Majlis ini dibuat khas untuk memberi peluang kepada pasangan bakal pengantin datang melihat pakej-pakej dan merasai sendiri suasana majlis dan service yang dikendalikan oleh pihak Hanana Group.


Selain dari dekorasi yang cantik dan lengkap termasuk set pelamin dan meja makan beradab. Mereka juga ada mempamerkan sebahagian busana yang ada di butik mereka.


Apa yang saya suka tentang Ambassador Putrajaya ni, pakej catering perkahwinan mereka bukan hanya terhad pada menu hidangan perkahwinan biasa sahaja. Mereka juga ada menawarkan tambahan booth makanan lain seperti ais krim, kambing grill, apam balik, cendol dan macam-macam lagi.


Antara makanan yang selalu jadi pilihan kami jika datang kesini adalah sudah semestinya apam balik dan kambing grill dia. Korang sendiri kena datang cuba kambing grill mereka. Saya jamin korang akan tambah berulang kali.


Makanan-makanan yang ditawarkan oleh mereka tidak pernah mengecewakan saya. Jadi saya sangat recommend kalau korang nak ambil service Hanana Group ni. Semua hidangan mereka sedap-sedap. 


Apa yang saya sendiri nampak, pihak Hanana Group ni sangat komited dalam service yang diorang tawarkan. Setiap perkara diteliti dengan betul dan setiap pilihan yang mereka buat sudah semestinya yang terbaik.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH AMBASSADOR PUTRAJAYA?
  • Dewan Baru Yang Serba Lengkap Dan Berhawa Dingin
  • Perkahwinan Seolah olah Di Grand Ballroom lima (5) bintang
  • Menggunakan Kerusi Chavalry Gold Semua
  • Pelamin Yang Mengikut Citarasa Anda
  • Makanan Yang Sedap,Berkualiti Dan Halal
  • Sepasang Busana Sanding Lelaki + Perempuan
  • P.A Sistem dan Emcee Yang Berpengalaman
  • Anggota Rela Untuk Menjaga Trafik
  • Staff Yang Berdedikasi Dan Terlatih

KENAPA ANDA WAJIB AMIK PAKEJ DENGAN AMBASSADOR PUTRAJAYA ?
  • Diskaun Banyak ,Pakej Lengkap Hanya Rm25000 Saja Untuk 800Paxs
  • Food Tasting Di Sediakan (Open Day HGSB)
  • HGSB Berpengalaman Dalam Mengendalikan Majlis
  • Rasai Dekorasi Exclusive Kami Untuk Bakal Pengantin
  • MUA Yang Sangat Profesional
  • Busana Yang Baru Baru Untuk Anda
  • Kemudahan Surau Di Aras 3
  • Lokasi Dewan Yang Strategik
  • Dewan Di Tingkat Bawah Sahaja
  • FOC Photographer Dapat Album dan Gamba Poster
  • Pramusaji Yang Berpengalaman & Terlatih
  • Dekorasi Meja Beradab Yang Cantik

Bagi korang yang tak berkesempatan ke majlis terbuka dan uji rasa mereka tempohari. Korang boleh rujuk details dibawah ni jika untuk berurusan dengan mereka.

🎗Bakal pengantin boleh datang terus ke office mereka Yang dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 Petang.
🎗 Perkhidmatan #PakejLengkapPerkahwinan ini juga boleh di laksanakan di tempat anda , seperti contoh di rumah , hotel , dewan & juga tempat sewaan anda sendiri.
🎗Mereka juga boleh menyediakan majlis pernikahanan dan persandingan pada hari yang sama (sebelah pagi dan tengah hari-petang)
🎗Harga pakej mereka bergantung pada pilihan dan kehendak anda.

Post a Comment

1 Comments

  1. lengkap semuanya kalo ambil pakej dengam ambassador putrajaya ni...tak perlu pening2 dah, hanya perlu sediakan ongkos yang mencukupi aje

    ReplyDelete