TOMBONG KELAPA | ORANG KELANTAN PANGGIL UMBOK BUAH NYOR



Tombong Kelapa atau lebih dikenali sebagai "umbok nyor" bagi masyarakat yang tinggal di Kelantan adalah embrio dari tunas kelapa. Tombong Kelapa ni berbentuk bulat, dan terletak di dalam buah kelapa. Rasanya tidak seperti rasa isi kelapa, tertur luarnya crunchy dan isinya seakan span yang lembut. Tombong Kelapa ni sudah semestinya boleh dimakan dan cukup digemari oleh kanak-kanak di kampung.

kredit foto www.khasiat.co.id

Tombong Kelapa ni hanya boleh didapati di dalam buah kelapa yang matang atau tua.Walaupun begitu, embrio kelapa ini kaya dengan pelbagai nutrisi penting, dan lebih bagus dari air kelapa itu sendiri. Ianya dikatakan mengandungi omega 3, zat besi, vitamin A, vitamin B12, protein, serat dan antioksidan yang sangat baik bagi tubuh kita. Kebiasannya  Tombong Kelapa ni akan dibuang begitu sahaja kerana ramai yang tidak tahu akan manfaat.

Nota : Ilustrasi kartun diatas adalah hasil seni dari saudara Kamal Nawi yang merupakan seorang kartunis yang berasal dari negeri Kelantan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Dulu masa kecik2 suka nau makan tombong kelapa ni. Tak tau org pahang panggil apa hahah tp sedap weih (masa kanak2 dulu la)

    ReplyDelete
  2. Org kelantan panggil tumbong nyor lah..salah tu.umbok nyor tu btg kelapa yg muda..btg bahagian atas..duduk dlm btg kepala...saya ore klate tau la... 😅😅

    ReplyDelete