Dah lama rasanya tak ke Negeri Melaka. Last pergi masa outstation kerja melawat outlet di Mahkota Parade. Bila bercakap mengenai Melaka ni, otak terus terlintas berkenaan makanan sedap dan viral kat Melaka. Kalau buah keria Melaka saya dah cuba, tapi cendol viral Kampung Hulu Melaka masih belum cuba lagi. Tercari-cari juga kot-kot ada cawangan diorang buka dekat-dekat dengan Kuala Lumpur kan. Nak turun ke Melaka semata nak makan Cendol Kampung Hulu Melaka ni macam tak berbaloi pulak.
Tempohari ada juga nyatakan hasrat mengidam cendol viral ni kat member-member. Tengok orang makan macam best je kan. Nak ke Melaka pulak tak tahu bila, cawangan mereka yang ada pun dekat Muar, lagi jauh ada lah.
Orang kata rezeki tak kemana, kalau itu dah memang rezeki kita Insyaallah akan dapat juga. Nak dijadikan cerita Cendol Kampung Hulu Melaka ni buka cawangan baru mereka di dalam Aeon Big Mid Valley Megamall. Wah ini dah memang peluang keemasan sangat ni. Mid Valley pun dekatje kan. Jadi tanpa melengahkan masa, saya dan kawan-kawan pergilah ke sana untuk menikmati sendiri keenakan Cendol Kampung Hulu Melaka ni.
Memandangkan kami ni terlalu teruja, maka masing-masing nak oder sendiri sebab kat sini ada banyak pilihan cendol yang semuanya nampak sedap. Kebiasaannya kita dapat lihat cendol pulut dan cendol durian je kan. Paling rare pun cendol tapai lah. Tapi, kat Cendol Kampung Hulu ni korang boleh memilih pelbagai jenis ‘topping’ untuk cendolnya. Antara ‘topping’ cendol yang dihidangkan di sini ialah buah durian, mangga, longan, buah kabong, buah naga, nanas dan banyak lagi. Selain dari pilihan buah buahan, mereka juga ada topping coctail.
Bagi korang yang nak menikmati Cendol Kampung Hulu ni yang original. Diorang juga ada menawarkan cendol biasa (regular) yang mana dalamnya ada isi cendol, red bean, gula Melaka dan juga ais santan yang dikisar halus. Nak lagi best cendol biasa ni korang boleh letakkan di atasnya aiskrim vanilla, atau krim cheese. Dihidangkan di dalam bekas plastik, saiz hidangannya juga agak besar. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan!
Bagi korang yang nak menikmati Cendol Kampung Hulu ni yang original. Diorang juga ada menawarkan cendol biasa (regular) yang mana dalamnya ada isi cendol, red bean, gula Melaka dan juga ais santan yang dikisar halus. Nak lagi best cendol biasa ni korang boleh letakkan di atasnya aiskrim vanilla, atau krim cheese. Dihidangkan di dalam bekas plastik, saiz hidangannya juga agak besar. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan!
Bagi saya, cendol kat sini memang boleh dipuji. Rasa dia unik dan lain dari yang lain kerana mereka menggunakan santan yang dibekukan dan dikisar untuk menjadi basenya. Jika dilihat semula, ianya seakan Bingsu yang merupakan pencuci mulut Korea yang bercitarasa tempatan kita apabila dicampur dengan bahan utama lain iaitu cendol dan juga gula Melaka. Insyaallah boleh repeat lagi kalau berkesempatan ke sini.
Untuk cendol biasa, ianya hanya RM8.00 sahaja. Bagi cendol lain yang bertopping pula, ianya hanya RM10.00 untuk satu mangkuk. Berbeza dengan cendol Durian, kerana ianya satu-satunya berharga RM20.00 . Kemudian kalau korang rasa nak tambah lagi aiskrim atau buah-buahan di atasnya, korang hanya perlu tambah RM2.00 sahaja untuk setiap topping. Manakala untuk tambah buah durian pula adalah RM6.00.
Untuk info lanjut tentang Cendol Kampung Hulu ni boleh ke laman sosial media mereka di bawah ni :
Instagram : https://www.instagram.com/cendolkampunghulu
Facebook : https://www.facebook.com/cendolkampunghulu
10 Comments
saya peminat cendol! nak kena cari geng ke Mid Valley nanti jadi boleh layan Cendol KG Hulu Melaka tanpa perlu ke Melaka..kann
ReplyDeleteHari tu ada tengok jugak post kat Fb, cendol ni kira hybrid snow flakes dengan condiments Cendol yang biasa tu kan?
ReplyDeleteDari hari tu nak datang try yg jagung punya tapi datang MidValley terus lupa. Haha.
Heyy sedapnya cendol! I pun suka makan cendol pulak2 dengan cuaca panas ni. Nanti nak gi la midvalley makan cendol ni
ReplyDeleteCendol di ibu kota memang terbaik dan memang sesuai harga macam itu. Terbaik bro. Jika ada peluang ke sana. Naim akan mencuba nya
ReplyDeleteWahhh.sedap betul cendol ni.haritu tgk ramai yang pos. Berapa Bintang bagi ni? RM10 Kan satu cup? Nak Cuba jgk la benda2 viral ni
ReplyDeletebest lah korang nanti kalau nak makan cendol sedap pelbagai perisa dah ada kat KL. another port untuk lepak lepak dengan kawan kawan.
ReplyDeletePekena cendol time panas2 sedapnya lahai. Tapi nur tetap suka cendol klasik ; cendol dgn kacang merah. Tak lupa juga cendol durian. Tak reti mkn cendol lain yg beraneka topping. Klu portion besar mcm tu, mesti boleh kongsi kan? Tak larat habiskan sorang...
ReplyDeletememang ramai gemar cendol nie. terkenal betul sampai kawan sy yg dari utara pon dok cakap pasal cendol nie. nanti nak terjah lah cawangan dorg kat situ. dah dekat nie
ReplyDeleteOmg I'm craving this after read your post! The bush durian is so huge, price is still affordable too.
ReplyDeleteWahhh... After reading this post, I am so craving for cendol now. I want to try this as well!!!!!!!
ReplyDelete