Semasa lawatan Media ke Terengganu tempoh hari, saya dan rakan-rakan yang lain berkesempatan melihat sendiri bagaimana cara pembuatan Nisan Nira atau lebih dikenali sebagai Nisan Kerek bagi penduduk tempatan di syarikat Manis Sokmo Enterprise adalah di Kampung Batangan, 21600, Marang, Terengganu.
Bagi menghasilkan Nisan Nira ni, pengusaha perlu menggunakan air nira kelapa, gula dan daun mengkuang sebagai acuannya. Selain itu, syarikat Manis Sokmo juga ada menjual Nisan Nira asli yang mana ianya menggunakan 100% air nira tanpa tambahan gula.
Berikut merupakan cara-cara pembuatan Nisan Nira :
Proses dimulakan dengan mengumpul nira kelapa. Pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari.
Daun mengkuang diambil dan dijemur untuk beberapa hari. Kemudian dipotong mengikut saiz tertentu untuk dijadikan acuan kepada nisan nira. Mengkuan yang biasa digunakan adalah jenis mengkuang hutan.
Proses memasak air nira kelapa dan gula sehingga pekat dilakukan untuk tempoh beberapa jam. Untuk proses pembuatan Nisan Nira asli, gula tidak digunakan langsung. Hanya 100% Air Nira yang dimasak sehingga pekat dan masak.
Bila bahan yang dipanaskan tadi sudah masak, ianya dikacau seketika dan terus dituangkan ke dalam acuan (kerek) daun mengkuang. Proses ini perlu cepat untuk mengelakkan bahan tadi sejuk dan mengeras.
Tidak perlu menunggu lama, dalam beberapa minit Nisan Nira sudah mengeras dan ianya direhatkan seketika menunggu ianya betul-betul sejuk sebelum di bungkus dan bersedia untuk dijual. Harga untuk Nisan Nira Asli dijual pada harga RM4 sekeping. Manakala, nisan nira campuran gula pula ada dijual dengan harga serendah 40sen sekeping.
Kalau di pantai timur, nisan ni di cairkan dan dibuat pencicah untuk makan bersama ketupat palas. Selain itu, ianya juga digunakan untuk buat kuih onde-onde ataupun lebih dikenali sebagai "kekoh char" dalam dialek Kelantan.
Kalau di pantai timur, nisan ni di cairkan dan dibuat pencicah untuk makan bersama ketupat palas. Selain itu, ianya juga digunakan untuk buat kuih onde-onde ataupun lebih dikenali sebagai "kekoh char" dalam dialek Kelantan.
Syarikat Manis Sokmo Enterprise bukan sahaja menghasilkan gula nisan, mereka juga turut menghasilkan dodol daun palas, candy kelapa, juga air nira kelapa asli dan banyak lagi. Lokasi Manis Sokmo Enterprise adalah di Kampung Batangan, 21600, Marang, Terengganu.
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program You’ll love Terengganu..and forever!
Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019
yang telah berlangsung pada 20-24 Ogos 2019
anjuran Tourism Terengganu dengan kerjasama pihak Gaya Travel Magazine.
Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019
yang telah berlangsung pada 20-24 Ogos 2019
anjuran Tourism Terengganu dengan kerjasama pihak Gaya Travel Magazine.
1 Comments
owhhh...ni macam kat kedah, depa panggil gula gerek...
ReplyDelete