PENGGEMAR KAMBING PERLU CUBA MENU TERBARU TONY ROMA'S

Tempohari saya dan kawan-kawan berkesempatan mencuba menu terbaru dari Tony Roma's Malaysia yang cukup popular dengan hidangan ribs dia. Kali ni mereka ada mengeluarkan menu Lamb Lover's Platter iaitu menu yang berasaskan kambing. Antara menu yang saya cuba adalah set Grilled Lamb Shoulder, Lamb Rib dan Crunch Tower.


Grilled Lamb Shoulder (RM85.80 nett) - Hidangan yang istimewa di mana daging kambing yang lembut berjus dan penuh denga rasa perapan yang enak dihidangkan bersama gegelung bawang yang rangup (Cruchy Onion Rings).

Lamb Rib (RM70.80 nett) - Hidangan ini pula menampilkan keistimewaan rasa daging yang telah diperap dan dipanggang dengan sempurna serta di salut dengan sos honey plum dan perahan jus serta potongan halia. Hidangan ini juga dihidangkan bersama gegelung bawang yang rangup (Crunchy Onion Rings) sebagai side dishes.


Crunch Tower (RM18.80) - Selain dari itu sempena pengenalan Lamb Lover's Platter pada bulan Julai ini, pihak Tony Roma's Malaysia turut menawarkan hidangan edisi terhad iaitu Crunch Tower pada harga cuma RM18.80 sahaja. Hidangan ini merupakan gabungan 4 pembuka selera yang berbeza iaitu Crunchy Onion Rings, Crisp & Juicy Tomato Citrus Potato Chips, Rich & Flavorful Spicy Egg Potato Chips dan Fuffy Potato Tots yang disertakan dengan sayuran yang manis dan pedas.

Lebih menarik, Tony Roma's Malaysia tengah anjurkan "Crunch Tower Photo Contest" di mana kita perlu mengambil gambar Crunch Tower dan muat naik di Instagram. Jangan lupa untuk letakkan #JomTonyRomas sekali ya sebagai syarat wajib. Peserta yang terpilih akan memenangi hadiah mingguan iaitu voucher makan tengahari PERCUMA. Jadi saya pun tak nak lepaskan peluang.


Jadi, kepada khas untuk mereka yang sukakan daging kambing, apa kata korang datang ke cawangan Tony Roma's terdekat dan rasai sendiri semua menu yang ditawarkan sempena pengenalan menu Lamb Lover's Platter ini yang bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 31 Ogos 2019 ini. Untuk maklumat lanjut tentang menu terbaru Tony Roma's Malaysia anda boleh layari laman web Tony Roma's Malaysia sekarang. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Sedapnya..syg betul akak kena pantang red meat utk 3 bulan....sedihhh...

    ReplyDelete
  2. Uiii mengugat keimanan anak tekak melihat kambing TR tu...nak kena terjah ni, tapi makan sengsorang hahahaha

    ReplyDelete