RASA AYAM GREEN CHILI CRUNCH KFC MALAYSIA

Sekarang ni orang dok sibuk dengan Ayam Goreng McD 3x pedas, tapi memandangkan saya masih tak berani nak makan makanan yang pedas kerana pembedahan yang aku lakukan tempohari maka saya abaikan je semua tu. Lagipon perut saya ni bukan yang jenis boleh tahan pedas sangat pun.

AYAM GREEN CHILI CRUNCH KFC

Tapi dalam dok sibuk dengan Ayam Goreng McD 3x pedas tu, saya tertarik dengan produk terbaru KFC iaitu Ayam Green Chili Crunch. Memang betul betul hijau dia bagi. Sekali tengok macam ayam tumbuh lumut pun ada kan. hahaha.


AYAM GREEN CHILI CRUNCH KFC

Memandangkan saya sangat yakin bahawa Ayam Green Chili Crunch dari KFC ni tidak terlalu pedas, jadi saya berani untuk cubanya. Oleh kerana nak cuba saya ambil set two (2) pieces Combo. Memang sengaja kosongkan perut seharian supaya saya dapat nikmati ayam ni betul betul. Maklum la saya ni jenis cepat kenyang dan muak kalau makan banyak-banyak.

RASA AYAM GREEN CHILI CRUNCH


Rasa Ayam Green Chili Crunch ni not bad, tidak terlalu pedas rasa dia sebab mulut ni masih boleh terima dan habiskan dua (2) ketul ayam tanpa cedera pun. Mungkin bagi setengah orang agak kurang senang dengan rupa paras dan texture ayam tu sebab ianya seolah ayam yang dilumurkan lumut macam tu. Keseluruhan rasa dia bagi saya seakan rasa jajan atau cikedis macam tu atau mungkin rasa tu dari serbuk perasa yang kuat kot. Satu lagi rasa yang saya dapat taste masa makan ayam ni adalam rasa masam seolah ada perisa limau macam tu. Ala-ala rasa tomyam pun ada. Apa yang saya boleh katakan, untuk next time saya lebih prefer makan set Ayam KFC biasa je.

Set yang saya beli ni hadir dengan 2 ketul ayam (Green Chili Crunch), Coleslaw, Kentang putar dan Minuman bikarbonat Pepsi (tukar dengan lemon tea) yang berharga RM14.90. Selain dari set 2 pieces Combo ni diorang juga ada menawarkan set lai seperti three (3) pieces combo yang berharga RM18.90 dan Box meal set yang berharga RM19.90.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kemain lawaa hijau dia..kenapalah Sis punya teruk bebeno kannn macam Madi nengok tu...dah tu hangus pulak, takde plak rasa jajan ke cikedis ke macam Madi cakap tu..
    Aishhh agaknya nasib Sis le malam tu..nak cuba tempat lain, dah macam malas dah huhuhu

    ReplyDelete
  2. ijau diaxlawa mcm dlm gambar��. terus sy x jd order

    ReplyDelete
  3. tak berapa nak minat rasa dia

    ReplyDelete