PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL DORSETT GRAND SUBANG DENGAN PROMOSI HEBAT




Kali ni saya nak kongsi dengan korang semua berkenaan pengalaman saya menginap di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG, yang terletak di Subang Jaya Selangor. Untuk pengetahuan korang, hotel ini merupakan hotel mewah yang bertaraf 5 bintang ya. Jadi kita boleh agaklah bagaimana service dan kemudahan yang mereka tawarkan tu.

Apa yang lebih menariknya, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ada menawarkan promosi menarik untuk pelanggan mereka yang membuat tempahan secara atas talian bermula 1 April 2019 sehingga 31 Disember 2021 nanti!

PROMOSI HOTEL DORSETT GRAND SUBANG




PENGINAPAN SELAMA 26 JAM

Kebiasaan hotel cuma menawarkan masa penginapan kurang dari 24 jam walaupun diistilah kan sebagai (sehari). Untuk promosi kali ini HOTEL DORSETT GRAND SUBANG, akan membenarkan pelanggan mereka untuk menginap lebih dari sehari iaitu selama 26 jam. Dan apa yang menariknya lagi, masa check in korang pun boleh flexible mengikut kekosongan bilik yang ada. Sebagai contohnya, sekiranya korang check-in pada pukul 2 pm, korang boleh check-out pada pukul 4 pm keesokkan harinya. Seronok kan? Promosi ini hanya available untuk Dorsett Grand Subang,  Dorsett Sri Hartamas dan Dorsett Kuala Lumpur sahaja.



Untuk dapat tempahan bagi penginapan selama 26 jam ni korang kena penuhi syarat-syarat berikut tau. Tak banyak cuma ada 2 syarat je, dan syaratnya adalah seperti berikut :
  • Tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel
  • Tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh penginapan

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi penginapan selama 26 jam di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ni korang boleh rujuk link di bawah ni.



DORSETT 3 WISHES

Bukan hanya sekadar penginapan penuh selama 26 jam sahaja tau, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG juga turut memberikan kepada pelanggan mereka yang membuat tempahan secara atas talian dengan "Dorsett 3 Wishes" di mana pelanggan boleh membuat pilihan 3 permintaan kepada pihak hotel berdasarkan dari senarai 6 permintaan yang ada. 6 permintaan tersebut adalah seperti berikut :
  1. PERCUMA Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe untuk setiap penginapan
  2. PERCUMA Satu kanisten Dorsett Signature Cookies untuk setiap penginapan
  3. PERCUMA Sarapan pagi untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Harian)
  4. PERCUMA Perkhidmatan Iron untuk 2 pakaian untuk setiap penginapan
  5. PERCUMA Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge dari jam 5 petang - 8 malam
  6. PERCUMA Perkhidmatan Satu Minibar untuk setiap penginapan. *tertakluk kepada minimum 2 malam menginap 
Jadi, pelanggan membuat tempahan secara atas talian ni bukan sahaja menikmati 25% dari Best Available Rate (BAR) yang dah ada, tetapi mereka juga boleh menikmati 3 pilihan permintaan lagi dari senarai di atas.

Untuk "Dorsett 3 Wishes" ni saya telah memilih Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe, Satu kanisten Dorsett Signature Cookies dan Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge :

Menaik taraf bilik Dorsett ke Bilik Deluxe
Satu kanisten Dorsett Signature Cookies
Dorsett Mocktail untuk 2 orang di Piano Lounge
Pakej ini hanya sah untuk tempahan melalui laman web rasmi hotel dan tertakluk kepada Terma & Syarat. Pengurusan hotel berhak untuk meminda, memadam dan / atau menggantikan tawaran / pakej tanpa notis terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk link di bawah ni.


LUNCH DIM SUM HALAL DI THE EMPEROR

Kalau korang stay di HOTEL DORSETT GRAND SUBANG ni, saya cadangkan kat korang untuk cuba makan tengahari dim sum di The Emperor Restorant. Saya sendiri dah tiga (3) kali makan dim sum di sini. Yang penting ianya HALAL. Memang berbaloi-baloi.




Post a Comment

20 Comments

  1. wahhh, seronok la kalau boleh check in dan checkout ikut masa kita..kadang2 kita tersampai awal, kadang2 banyak benda nak setel sebelum check out...

    ReplyDelete
  2. seronok baca review abg, salam kenal dari theamaraz.com

    ReplyDelete
  3. Banyak betul keuntungan sekali check in. Dapat lebih masa plak tu hotel bukan main mewah. Dapat breakfast, iron baju lagi. Biasa bawak yang Ironless. Bagusnya

    ReplyDelete
  4. Bestnua promosi dari dorsett. Berbaloi bila kita boleh buat 3 permintaan. Bukan biasyer2 ni hahha. Agak unik dan rare. And hotel ni mmg fasiliti dia sgt superb

    ReplyDelete
  5. Best tu dapat tidur hotel. Dim Sum halal tu menarik perhatian saya selain bilik Dorsett yang sangat selesa itu.

    ReplyDelete
  6. menariknya. saya belum pernah lagi menginap di mana2 hotel 5 bintang. nak kena try jugak satu hari nnti. impian nak bwk mak ayah bercuti nnti.:) hehe terima kasih atas perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  7. Nampaknya promosi sekarang barbaloi untuk stay dengan family. Lepas tu dimsum pon nampak enak.weekend nanti nak go try pulak.

    ReplyDelete
  8. cantiknya bilik hotel grand subang, besar dan selesa amat. BBL selalu lalu depan hotel ni sebab ada kawan stay area situ. menarik pakej hotel tawar untuk tarik customer datang menginap kat sini. 3 permintaan teringin cerita disney aladdin hehe

    ReplyDelete
  9. Nampak macam best. Saya pun nak try stay dekat hotel ini.

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaaa... Bole la spent masa lama sikit kan dekat hotel.. kalau tak rasa kejap je.. ni baru berbaloi nak staycation. !

    ReplyDelete
  11. Alaaa macam best je. Teringin pulak nak bermalam kat sini. Tapi sebenarnya rumah kita tak jauh pun dari dorsett subang ni. Serba salah je nak pi tidur kat hotel padahal rumah x jauh pun haha

    ReplyDelete
  12. pergh best betul tengoknya..lama dah tak stay hotel ni..siap ade wishes lagi..kalau kita wishes sarapan tu..hahaa..dan eh macam nak ambil semua je wishes tu..bagusla...

    ReplyDelete
  13. Amboi banyaknyd dia punya percumaaa. Sampai ada 6 percuma ehhh. Hehe. Suka tengok korang makan dim sum tu, nampak macam meriah je :D

    ReplyDelete
  14. Sis pernah makan kat sana tapi menginap belum lagi. Boleh lah cuba nanti. Promosi yg diberi pun not bad gak.

    ReplyDelete
  15. menariknya offer penginapan 26 jam ni. dorsett 3 wishes tu pun boleh tahan.

    ReplyDelete
  16. Wah best staycation in the city and i like their food also. The dim sum spread look so so tempting la.

    ReplyDelete
  17. Wah cantiknya wak bilik2
    kt Dorsett Subang ni<3 Pernah makan kt sini tpi tk pernah lg menginap. Next time lah nk restkan diri kt sini. Best betul

    ReplyDelete
  18. Seronoknya tidur hotel selesa dan besar macam ni.airah pun suka book hotel yang memang orang dah review terbukti selesa. Puas hati

    ReplyDelete