Mesti korang pernah lihat atau dengar berkenaan dengan sebuah cafe yang berada di Korea Selatan yang berkonsepkan komik 2D hitam putih. Memang cantik bukan? Untuk pengetahuan korang, sekarang ni kita tidak perlu lagi pergi ke Korea Selatan semata hanya untuk pengalaman itu. Ada sebuah kafe di Malaysia juga telah diwujudkan dengan konsep yang sama. Kafe yang saya maksudkan itu adalah Cafe 2D Bubble Tea bertemakan komik hitam putih yang terletak di Sunway Geo Avenue, Subang.
Kafe 2D Bubble Tea ini mempunyai ruangan bertemakan Jepun-Barat, dengan tempat duduk tatami dan "onsen" yang benar-benar sebuah bathtub yang dipenuhi dengan bola putih untuk mensimulasikan "buih".
Kat sini saya nak kongsi beberapa tips penting kalau korang nak datang ke kafe 2D Bubble Tea ni.
- Saya nasihatkan korang supaya pandai pilih masa yang sesuai untuk ke sini kerana kalau hujung minggu, kafe ini akan dipenuhi dengan orang. Jadi ruang untuk mengambil gambar dan berootd juga akan terbatas.
- Berpakaian yang sesuai dan berwarna terang digalakkan jika korang berniat untuk datang bergambar dan berootd.
- Tidak datang berseorangan kerana mudah untuk tolong mengambil gambar korang kerana kafe ni tidak menyediakan pembantu untuk layan kehendak korang bergambar.
- Bertolak ansur semasa bergambar. Cuba elakkan buat orang sekeliling dari tidak selesa dengan cara korang.
- Ada diantara tetamu datang semata untuk bergambar sahaja. Bagi pendapat saya, paling tidak beli sesuatu yang mereka ada jual sebagai contoh minuman Boba mereka. Paling tidak korang tidak segan nak bstay dan bergambar lama-lama kat sini.
- Kalau dah puas bergambar kat dalam tu boleh ajak kawan lepak minum kat bahagian luar. Bagi peluang pengunjung lain pulak untuk bergambar dengan selesa kat dalam. Bahagian luar pon diorang ada sediakan meja dan kerusi.
Saya sendiri dah cuba Brown Sugar Fresh Milk diorang. Rasanya not bad juga, dan botol dia pun comel je siap boleh bawak balik simpan buat koleksi hehe.
2D Bubble Tea
Address: F-03-10,
Sunway Geo Avenue,
Jalan Lagoon Selatan,
Subang Jaya, Selangor
Waktu beroperasi :
12 am hingga 9 pm daily
(Hari Rabu Tutup)
(Hari Rabu Tutup)
4 Comments
Best betullah tempat ni, nanti ke sana nak pergilah!
ReplyDeleteNak kena OOTD bebanyak ni kannn....kreatif sungguh siapa yang ciptanya ni...
Menarik juga konsep yang cuba diketengahkan. Boleh lah LeYa ajak Mr. Otomen try nanti.
ReplyDeletebestnya!!
ReplyDeleteDah pernah pergi hari tu. Memang best sangat tempat ni! Menguji kreativiti kan. Amboi OOTD dengan baju raya pula tu. Gempak gambar raya dia!
ReplyDelete