Kredit photo : zine.my
INFO LENGKAP MENGENAI NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI | Pernah sekali beberapa tahun yang lalu saya mengidap Demam Denggi. Bagi mereka yang pernah mengalaminya mesti tahu bagaimana peritnya Demam Denggi ni. Jadi jangan ambil ringan kalau demam dan ada tanda-tanda terkena dengan Demam Denggi ni kerana ianya cukup merbahaya. Dan kita juga perlu tahu bahawa ada pantang larang demam denggi yang kita perlu ambil tahu. Semua orang tahu bahawa Demam Denggi ni adalah disebabkan oleh Nyamuk Aedes. Jadi jom kita baca beberapa fakta ringkas mengenai Nyamuk Aedes dan Demam Denggi ni.
FAKTA RINGKAS BERKENAAN NYAMUK AEDES
- Mengigit siang hari dan dengan kepadatan tinggi pada senja dan subuh.
- Nyamuk aedes bertelur dalam air jernih lebih kurang 200 biji telur.ia bertelur di tepi dinding bekas.
- Jarak terbang nyamuk aedes adalah antara 200 hingga 400 m.
- Telur nyamuk boleh tahan sehingga 6 bulan tanpa air.
- Nyamuk dewasa boleh hidup sehingga sebulan dan jikaterdapat virus dalam badan maka iaakan mati lebih cepat
TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI
- Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
- Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
- Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendisendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
- Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
- Muntah dan kurang selera makan.
PENCEGAHAN
- Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
- Elakkan gigitan nyamuk dengan: Gunakan ubat nyamuk & Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
- Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30pagi, 8.00pagi dan 5.30petang - 8.00malam).
- Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
0 Comments