Kalau bercerita berkenaan makanan di kawasan Cyberjaya, mesti akan terlintas dengan Nasi Arab! Orang kata, kalau ke Cyberjaya ni hanya nampak benda tu aja lah kan? Tapi untuk pengetahuan korang, sekarang kat Cyberjaya dah ada buka satu food court tertutup yang diberi nama Food Monger. Ianya bertempat di Tamarind Square iaitu betul-betul berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya .
Menurut pemiliknya Mohd Naufal Abd Latif, Food Monger akan dibuka setiap hari kecuali hari raya aidilfitri dan raya haji. Waktu operasi mereka pula adalah seawal 8 pagi dan akan ditutup pada 2 pagi.
Pemilik Food Monger En. Mohd Naufal Abd Latif
MENU MENARIK DI FOOD MONGER CYBERJAYA
Apa yang menariknya di Food Monger ni, ia merupakan sebuah mini food court yang mempunyai vendor-vendor makanan yang cukup hebat, dan ada diantaranya merupakan makanan yang pernah viral dan mendapat sambutan yang cukup bagus di tempat lain. Apa yang saya maksudkan adalah seperti jenama hebat Fam' Fries Kitchen, Ayo Fried Chicken dan lain-lain.
Fam' Fries Kitchen
Mesti ramai dah cuba makan kentang goreng dari Aedy Ashraf ni kan? Apa yang menarik sangat dengan kentang goreng beliau ni? Mereka ada menawarkan tiga (3) pilihan iaitu Chili Cheese Fries, Beef Bacon Cheese Fries dan Melted Cheese Fries dengan pilihan tahap rasa original, spicy dan very spicy. Nak EXTRA!! boleh dengan hanya tambah RM3 untuk setiap satu seperti Double Trouble Cheese, Extra Beef Bacon atau Extra Chili.
foto ihsan facebook https://www.facebook.com/FamFries.Official/
Pemilik Fam's Fries Kitchen Aedy Ashraf
Dalam tempoh 3 bulan beroperasi, pelakon dan juga usahawan muda Aedy Ashraf mampu membuka 2 cawangan Fam' Fries Kitchen . Ini membuktikan bahawa produk yang dikeluarkan oleh beliau merupakan produk yang berkualiti dan disukai ramai. Beliau sendiri sangat serius dalam menjadikan perniagaan Fam' Fries Kitchen ini sebagai punca pendapatan beliau.
Ayo Fried Chicken
Ayo Fried Chicken merupakan Ayam Goreng Cheese yang cukup popular. Rasanya cukup berbeza dengan mana-mana ayam goreng lain kerana ianya merupakan resepi dan ramuan tepung cheese yang dicipta sendiri (homemade) oleh pemiliknya. Mereka ada jual 3 jenis set Ayo Fried Chicken di Food Monger ni iaitu set 12pcs, set 9 psc dan set 6 pcs.
Pemilik Ayo Fried Chicken En. Zahiruddin Ariffin
Harganya tidak terlalu mahal dan bagi saya ianya harga mampu milik. Harga untuk set 12pcs + Cheese hanya RM15, Manakala untuk set 9pcs + Cheese pula RM13 dan harga untuk set6pcs pula adalah RM10. Kalau korang rasa ayam tu tak cukup, korang boleh oder tambahan RM0.99 untuk setiap 1pcs. Amacam, murah kan?
Mungkin baru pertama kali saya dengar dan cuba, tapi siapa sangka ini merupakan cawangan ke-5 Ayo Fried Chicken . Menurut kata En. Zahiruddin Ariffin, mereka telah memulakan perniagaan mereka di Shah Alam dan oleh kerana sambutan yang sangat bagus kepada Ayo Fried Chicken, mereka telah mempunyai 6 cawangan dalam masa 8 bulan. Ini cukup-cukup luar biasa bagi saya.
311 SATAY
Ada pelbagai jenis satay yang ditawarkan oleh 311 Satay ni. Bukan sekadar satay biasa seperti satay ayam dan daging, mereka juga ada menawarkan satay kambing, rusa dan perut untuk pelanggan-pelanggan Food Monger di Cyberjaya. Satay mereka mempunyai texture dan rasa yang menarik, dan yang lebih penting ianya besar dan gebu.
MENU DAN HARGA MAKANAN DI FOOD MONGER
Selain dari makanan-makanan yang saya nyatakan di atas ni, korang juga boleh cuba set nasi dan nasi goreng dari Food Monger ni. Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis minuman dari Pastel Juice Bar.
Food Monger Cyberjaya
C-01-03, Tamarind Square,
Persiaran Multimedia, Cyberjaya,
63000 Cyberjaya, Selangor
18 Comments
Nampak sedap..
ReplyDeletemengasyikkan tengok ayam dan fries tu..nti turun ke sana wajib singgah
ReplyDeleteLajunya tempoh bukak cawangan baru. Gap yang tak lama. Tahniah! Bermaksud ramai pelanggan yang menggemari menu di restore ini. Gandingan menu Melayu dan ala Western skit saya tengok. Tu tengok kan. Belum rasa. Hihi
ReplyDeleteOhh artis punya tempat juga lah ni patut lah nampak sedap dan menyelerakan hehehehe kita nak pergi nanti kamu belanja boleh tak wakakakak nak cuba yang ayam tu sedap...
ReplyDeleteau sedapnya tengok menu western ni. harap lepas ni boleh buka cawangan lain supaya senang orang lembah klang nak enjoy gabungan makanan barat & melayu. nanti kalu free BBL cuba singgah rasa ye
ReplyDeleteTerbaik la menu-menu kat foodmonger ni. Tempat duduk nampak selesa. Sesuai jadi port lepak ni. Siap ada ayam goreng & kentang goreng cheese meleleh tu. Peminat cheese kena datang sini ni.
ReplyDeleteNampak sedap dan unik makanan yang dihidangkan kat sini. Huii ayam balutan cheese tu sangat menggiurkan. Ni rasa nak dok KL ni semua makanan sedap sedap bak hang...huhu
ReplyDeleteMenarik nampaknya menu menu makanan dekat ini. Untung untung kalau datang makan dekat sini, boleh jumpa aedy ni kan.
ReplyDeleteAHHHH NAK! Dah nmpk bnyk org share, tpi tk sempat nk cuba lagi. Serious nmpk sedap gila. Bila la nk bukak dkt Petaling Jaya pulak. huhu. Menu serious menarik gila. singgah baca ni pun sbb nk tgk menu je. hehe
ReplyDeleteChicken Cheese tu memang lah sedap je nampak. Kita dah lah peminat cheese. tapi oklah harga makan dia berpatutan.
ReplyDeleteWah menarik lak tengok kat sini... Lagi2 kentang dia siap ada bacon lg.. Ingtkn cili merah yg dibakar. Huhu.. Mesti sedap ni ala2 western gitu kan..
ReplyDeleteBanyak makanan hipster dekat sini. I dengan suami suka makan macam ni tapi tak reti sangat nak mencari dekat mana jual. Ni dah tahu satu tempat yang sediakan pelbagai jenis vendor, bolehlah kot cuba singgah nanti.
ReplyDeleteTak pernah
ReplyDeleteMakan kat sini. Tapi tengok food mmg nampak sedap dan menarik. Rasanya nak be family datang cyberjaya weekend ni la hahah
perghhh kita nampak cheese dia tu terus telan air liur..mesti sedap ni..bolehlah nanti free dtang sini...
ReplyDeleteTerliur jap... the Ayo Fried Chicken and Ayam Goreng Cheese memang i nak try la.
ReplyDeleteThe food looks really exotic for sure :D I wish I could try them. Just look at the glorious cheese. :D
ReplyDeleteTengok makanan dia cam menarik. Sedap je tengok ayam goreng cheese tu. Kalau dekat memang sis dah terjah dah ni. entah bila le dapat gi merasa
ReplyDeleteNice
ReplyDelete