BERBUKA PUASA DI TONY ROMA'S NU SENTRAL

Alhamdulillah, pada minggu lepas dapat juga berbuka puasa dengan kawan-kawan di Kuala Lumpur. Pada awalnya plan nak berbuka sama-sama di Dataran Shah Alam, tapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan terpaksa ikut plan B iaitu berbuka puasa dalam mall je. Dan memandangkan semua dah ada di sekitar Kuala Lumpur jadi kami memilih untuk berbuka di NU Sentral je.

Memandangkan jam dah 5.30 petang, maka banyak restoran dah fully book untuk berbuka puasa. Jadi kalau korang ada plan untuk berbuka di shopping mall, saya nasihatkan untuk book meja di mana-mana restauran seawal jam 4.30-5.00 petang macam tu.

Tapi nasib kami baik kerana Tony Roma's masih ada kekosongan untuk di booking. Memandangkan Momi pun ada voucher yang nak di tebus, jadi kami bersepakat untuk berbuka di sana je.


Sempena bulan ramadan ni, Tony Roma's ada menawarkan beberapa hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa secara berkumpulan. Antaranya menu yang kami oder ni iaitu Meriah Meal  yang berharga RM258.80 nett.


Set menu Meriah Meal ni sangat berbaloi-baloi untuk kami berlima (5), Momi, Dikbee, Moka & MekOnie. Portion yang sangat besar dan cukup lengkap dengan pelbagai hidangan seperti Lamb Ribs Full Slab with Honey Plum Sauce, BBQ 1/2 Chicken, 2 Slabs of Beef Riblet with TR's Original Sauce, Coral Mix Salad with Kickin' Shrimp, 3 Hot Baguette, 6 mashes potatoes atau nasi dan 6 cups soup . Set ni sebenarnya sesuai untuk 5-6 orang dewasa makan. Jadi kalau kongsi, baru RM50++ seorang termasuk Ice Lemon Tea yang boleh refill kan.

Alhamdulillah kami kenyang sampai sahur. Memang sangat berbaloi kami oder set Meriah Meal ni. Sekali sekala reward diri dengan makanan macam ni apa salahnya kan?

Post a Comment

0 Comments