SIHAT BERTENAGA DI BULAN PUASA DENGAN PATI IKAN HARUAN HARWANY


Persediaan untuk menghadapi bulan ramadan sangat penting bagi saya. Nak nak sekarang ni cuaca panas yang agak melampau. Agak-agak mampu ke kita untuk bertahan kekal bertenaga sepanjang hari sehingga berbuka puasa?

Oleh sebab itu, tahun ni saya cuba consume produk Pati Haruan Harwany. Produk ni merupakan Pati Haruan dengan campuran Gamat. Seperti semua orang tahu, kedua-dua bahan ni sangat bagus dan mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan kita. Dengan gabungan kedua-duanya, sudah semestinya saya akan dapat pelbagai khasiat dalam satu hidangannya.

  • Ikan Haruan | Protin yang terdapat dalam Pati Ikan Haruan Harwany baik untuk meningkatkan daya keupayaan dan memperbaiki tisu badan kita.
  • Gamat | Sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan, meningkatkan peredaran darah, menggalakkan kecergasan, dan rupa kulit.

Tidak seperti produk pati haruan lain, Pati Haruan Harwany ni tidak berbau hanyir dan boleh di consume oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jadi korang tak perlu takut korang tak boleh telan sebab rasanya sangat biasa dan tidak pelik. Produk ini juga tidak mengandungi kolesterol, lemak, pengawet dan perasa tiruan

Cukup ambil 2 hidangan iaitu satu (1) pada waktu sahur dan satu (1) lagi pada waktu berbuka, Insyaallah korang akan sihat bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.

Untuk pengetahuan korang, selain dari gamat, Pati Ikan Haruan Harwany mempunyai empat jenis perisa lain seperti Pati Ikan Haruan Asli, Pati Ikan Haruan Ginseng Amerika, Pati Ikan Haruan Gamat dan Pati Ikan Haruan Aloe Vera. Setiap perisa memberi kebaikan dan berfungsi tersendiri.

Bagi korang yang berminat untuk cuba, korang boleh beli Pati Ikan Haruan Harwany Malaysia ni di farmasi dan pasaraya tertentu ataupun secara online. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Pati Ikan Haruan Harwany Malaysia korang boleh follow instagram mereka dihttps://www.instagram.com/harwany.malaysia/ (@harwany.malaysia).

Post a Comment

18 Comments

  1. ye lah.. saya rasa saya kena beli ni.. em.. dua tiga menjak ni badan lesu betul.. nak kata salah makan, tak pulak 😪 nanti saya guna promocode tu..

    ReplyDelete
  2. ok slalu sebut je ikan haruan mmg ingt org tgh berpantang la!! hhahaha mak mak sgt ye lah bagus kn utk rawat luka haha tp x sgka plak bgus utk energy jugak!! ok good info here thanks for sharing madi!

    ReplyDelete
  3. Byk kebaikan pati ikan haruan ni ya

    ReplyDelete
  4. Rawlins pernah belikan untuk my cousin yang menjalani pembedahan kecil.
    Memang betul produk ini tidak berbau hanyir dan selesa di tekak.
    Now ada campuran gamat? Better la jadinya.

    ReplyDelete
  5. Rasanya dulu pernah juga minum pati ikan haruan tapi jenama lain. Rasanya memang pekat tapi cukup menyihatkan (berdasarkan apa yang saya bacalah tentang khasiat ikan haruan ni). Rasanya kena cuba jenama ni pulak. Thanks suggest ni bang!

    ReplyDelete
  6. wahh bagus yea Pati Ikan Haruan Harwany ni sbb dahlah tak hanyir, takde pengawet dan perasa pulak tu, mmg nice ni. Variant pon dh bnyk yea skrg, dulu biasa tgk yg either pati ikan haruan je or yg ade gamat sekali, but now siap yg ada aloe vera jugak ek, baguslaa hehe.

    ReplyDelete
  7. owh baru tahu untuk apa..ingat untuk org lepas bersalin jer...dulu prnah beli jenama lain,taapi hanyir tak leh telan...boleh la cuba cuba jenama ni nanti

    ReplyDelete
  8. Ikan haruan ini banyak khasiat dia. Ramai yang tidak sedar khasiat ikan ini. hehe

    ReplyDelete
  9. k mid pernah cuba waktu berpantang lama dulu...sebenarnya pati ikan haruan nie memang banyak khasiatnya. Tq atas info..terus teringat nak minum nie untuk kesegaran di bulan puasa

    ReplyDelete
  10. akk pernah makan bedan dni hahahaha. lepa sbersalin jer...itupun kan beria laku aku panaskan dulu. tapi mmg bags pai haruan ni. dapat memberi kesembuhan dengan cepat. dan kandungannya pun tinggi dengan zat segalanya

    ReplyDelete
  11. bagus rupanya pati ikan haruan ni waktu di bulan puasa ni. Senang la kalau boleh beli secara online, tak perlu susah payah cari dekat luar dah

    ReplyDelete
  12. Pati Ikan Haruan ni memang bagus, pernah minum masa berpantang dulu. Cuma masa nak minum kena telan cepat..hahaha. Tapi kalau nak sihat ku telan jua..hahaha

    ReplyDelete
  13. AM dulu masa berpantang pun amalkan minum pati ikan haruan. Bagus utk luka dalaman sbb am operate masa bersalin.. Jadi nak berurut bagai mmg xboleh.. Minum pati ikan haruan jln terbaik..

    ReplyDelete
  14. Minuman pati ikan haruan memang bagus terutamanya bagi mama selepas bersalin ataupun pesakit selepas pembedahan, cepat sembuh sikit.

    ReplyDelete
  15. Akak masa berpantang masa kelahiran normal, memang minum pati ikan haruan. Tapi bila berpantang untuk kelahiran czer. akak tak dibenarkan minum. Sebab kesan dia cepat untuk sambung any luka pembedahan. Kalau czer tu belah perut terkena dengan organ, dia akan cantum sekali. Kome faham ke apa akak cerita ni. Hahaha. Korang amalkan aje waktu sihat.

    ReplyDelete
  16. wahhh dah lama tak dengar org jual produk pati ikan haruan di pasaran. la nie baru jumpa semula. nampak macam sedap je. dan yang penting, khasiatnya bagus

    ReplyDelete
  17. Sounds good. I should buy this for my mom. Saya meman tak boleh minum pati ikan haruan sebab tak dapat terima bau dan rasa dia.

    ReplyDelete
  18. Dulu ingat pati ikan haruan ni untuk orang lepas operate je rupanya untuk bekalkan tenaga pun boleh ekk.. patut la awak nampak bertenaga je sepanjang ramadan.. hehe

    ReplyDelete