Artikel kali ni saya nak share dengan korang sebuah restoran especially untuk mereka-mereka yang kat luar sana tu yang gemar dan suka akan menu yang berasaskan salted egg. Saya sendiri memang tidak pernah terfikir untuk ke sini kerana nama restoran ini sendiri agak pelik didengar buat pertama kali. Kalau korang nak tahu, restoran yang saya maksudkan ni adalah Jibril Lounge yang terletak di SS15.
JIBRIL LOUNGE SS15
Untuk pengetahuan korang, Jibril merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan bar, tetapi Jibril ni menghidangkan makanan halal dan bebas daripada minuman keras. Jadi ia merupakan restoran pertama di Malaysia dengan konsep bar mesra Muslim. Apa yang menariknya, restoran ini merupakan sebuah restoran tersembunyi. Jibril Lounge ni terletak di sebalik dinding Sangkaya SS15 Subang Jaya, ada satu pintu rahsia di sebalik dinding Sangkaya untuk masuk ke Jibril Lounge.
Walaupun ianya merupakan sebuah restoran tersembunyi, tapi jangan terkejut jika korang boleh lihat orang beratur untuk makan di sini. Bila masuk je ke dalam, memang penuh dengan orang.
Bergambar bersama birthday boy
Kek dari RCPJ SuperMum
Tujuan kami ke Jibril Lounge ni adalah kerana untuk suprise birthday party Moka. Happy Birthday Moka. Lokasi ni telah di cadangkan oleh salah seorang dari rakan kami kerana makanannya yang sangat enak. memang tidak dinafikan bahawa makanan-makanan yang ada kat sini memang semua enak. Kalau korang nak tahu, Jibril Lounge ni sangat famous dengan hidangan berasaskan salted egg.
MENU TERBAIK DI JIBRAIL SS15
Jom saya kongsi dengan korang beberapa hidangan yang sangat di syorkan oleh saya dan rakan-rakan untuk korang oder dan cuba di sini.
Salted Egg Butter Chicken RM15.90
Salted Egg Butter Squid RM19.90
Butter Chicken Chop Pasta RM21.90
Pineapple Fried Rice RM12.90
Nasi Lemak Butter Chicken RM19.90
Premium Australian Beef Ribs (Single) RM49.90
Iced/Hot Lemon Tea RM5.90
Kesemua menu kat atas ni saya dah rasa. Memandangkan dah lama tak makan western, saya oder Butter Chicken Chop Pasta . Memang tidak mengecewakan ya, sangat sangat sedap dan korang harus cuba. Tak hairanlah tempat ni sangat popular dan ramai yang datang walaupun ianya tersembunyi. Tengok pada rasa makanan dia memang saya dan kawan-kawan akan datang lagi Insyaallah.
Bergambar bersama dengan General Manager Jibril, En. Izwan
Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman di Jibril Lounge ni, bolehlah datang ke alamat seperti yang tertera di bawah ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari socialmedia mereka di www.facebook.com/jibril atau Twitter dan Instagram @jibrilss15.
JIBRIL CAFE
25 Jalan SS15/4B, Subang Jaya, Selangor.
Dibuka setiaphari bermula jam 12 pm - 12 am
No Phone : 017-6110064 (akmyr)
0 Comments