Sebelum ni saya ada kongsikan dengan korang satu artikel berkenaan Info Percutian Muslim di Macao. Jadi untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan pula tarikan menarik yang korang boleh jumpa di Macao.
Memandangkan kami menginap di Semenanjung Macao iaitu berdekatan dengan Ponte 16, jadi wajiblah kiranya saya kongsikan dengan korang beberapa lokasi menarik yang ada disekitarnya yang korang boleh pergi dengan hanya berjalan kaki sahaja antaranya seperti Ruins of St. Paul’s, Mount Fortress, Macao Museum, Senado Square, Happiness Street dan banyak lagi.
Ruins of St. Paul’s
Ruins of St. Paul’s hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Ianya merupakan tinggalan sebuah gereja Katolik terbesar di Asia, dimana pada tahun 1835 ianya runtuh dalam satu kebakaran.
Apa yang tersisa hanyalah pintu hadapan yang menceritakan sejarah agama Kristian di Asia dengan simbol-simbol tentang agama berkenaan.
Mount Fortress (Macao Museum)
Mount Fortress terletak hanya disebelah Ruins of St. Paul’s sahaja. Mount Fortress merupakan sebuah lokasi terbaik untuk korang melihat pemandangan sekitar Macao dari puncak bukit. Mount of Fortress ini adalah kubu pertahanan Portugis satu masa dulu. Tidak perlu mengambil waktu yang lama untuk mendaki kerana ada kemudahan escolator untuk penggunjung guna naik ke atas.
Di atas itu juga terdapat banyak meriam peninggalan Portugis yang kini menjadi tempat sejarah. Di sini juga ada menempatkan Muzium Macao. Untuk pengetahuan korang, Muzium Macao dibuka setiap hari kecuali pada hari isnin. Pada hari selasa pula, Muzium Macao dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung.
Kalau anda nak tahu lebih banyak tentang sejarah Macao bolehlah masuk ke muzium ni. Nak jimat masuk hari selasa. Hehe. Boleh masuk secara percuma.
Senado Square
Senado Square merupakan satu lokasi yang paling saya gemari, kerana disinilah korang dapat melihat percampuran budaya sebenar masyarakat Macao melalui keunikan senibinanya. Selain menjadi medan pertemuan festival serta aktiviti penduduk setempat, Senado Square sangat popular sebagai pasar beli-belah yang menawarkan barangan harga mampu, ole-ole tempatan dan produk berjenama. Bangunan tidak melebihi empat tingkat berjajar dataran itu dipercayai dibina sekitar abad ke-19 hingga ke-20.
Namun, pada 1993, dataran itu diturap batu mozek corak ombak hitam berselang putih bagi disesuaikan dengan bangunan warna terang yang mengelilinginya. Ini menguatkan lagi pengaruh Mediterranean yang cuba diketengahkan di sini. Tidak susah untuk dicari kerana ianya berada betul-betul dekat dengan jalan utama.
Happiness Street
Happiness Street (Rua da Felicidade) adalah sebuah lorong yang mana kiri kanannya merupakan rumah dua tingkat dimana kebanyakan pintunya di cat dengan warna merah tradisional China. Ianya adalah rumah kepada beberapa kedai-kedai dan restoran-restoran yang terkenal yang menyajikan beberapa snek tempatan dan cenderahati di sini.
Untuk pengetahuan korang, jalan ini pernah dijadikan lokasi penggambaran beberapa adegan dari Indiana Jones and Temple of Doom.
Semua lokasi-lokasi seperti Ruins of St. Paul’s, Mount Fortress, Macao Museum, Senado Square, dan Happiness Street ni korang boleh teroka dengan hanya jalan kaki je. Tak perlu nak naik bas atau teksi kerana semuanya dekat-dekat. Selain dari tempat-tempat yang saya share kat atas ni sebenarnya banyak lagi tarikan yang korang boleh jumpa di sekitarnya. Kalau seharian korang kat sini pun dah boleh dikatakan berbaloi. Antara beberapa tempat menarik lain yang korang boleh jumpa adalah seperti berikut :
- Macau Museum
- Ruins of St. Paul
- St. Anthony’s Catholic Church
- Camoes Garden (Jardim de LuÃs de Camões)
- Lou Kau Mansion (Casa de Lou Kau)
- St. Domingo’s Church (Igreja de São Domingos)
Untuk ke sini korang boleh megambil bas 3, 3A, 4, 8A, 10, 10A, 11, 18, 19, 21A, 26A, 33 bas ke the Av. De Almeida Ribeiro (San Ma Lo).
Macao Tower
Macao Tower ni berada jauh sikit dari lokasi-lokasi yang saya nyatakan kat atas. Jadi untuk ke sini saya nasihatkan korang ambil public transport lah. Kalau naik bas, korang boleh ambil route 5, 5AX, 9A, 18, 18B, 23, 26, 32 and N2.
Macao Tower ni agat popular di di seluruh dunia. Kalau kita di Malaysia, ia diibaratkan seperti Menara Kuala Lumpur lah. Aktiviti paling popular yang korang boleh cuba kat sini adalah Bungee Jump. Mana taknya, Bungee Jump Macao Tower adalah bungee jump yang tertinggi di dunia ya! Amacam, korang berani tak?
Info Lanjut: Macao Tower
Taipa Village
Taipa Village berada di daerah kepulauan ( Taipa dan Coloane), jadi untuk ke sini kita perlu melalui jambatan. Jika korang menggunakan public transport, korang boleh ambil bas routes 11, 15, 22, 28A, 30, 33, 34. Disini juga mempunyai banyak tarikan antaranya seperti Upright Escalator, Taipa Houses & Cunha Street.
Upright Escalator | Pertama kali saya menaiki escalator seperti ini. Ianya seakan lif cuma tidak bergerak cecara 90 darjah. Kat bahagian atas ni ada sebuah taman dan track untuk orang beriadah. Dari atas ni juga kita dapat lihat pemandangan sekitar termasuklah tasik dan Taipa House yang berada hanya beberapa meter dari sini.
Taipa Houses | Taipa Houses Museum merupakan lokasi dimana korang bereluang untuk lebih memahami senibina Portugis di Taipa melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak 1921. Tak hanya menampilkan reka dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup menenangkan selain satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.
Kesemua lima (5) buah rumah disini berwarna hijau turquoise, dan masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living Museum, Exhibitions Gallery, Creative Casa, Nostalgic House dan House of Receptions.
Cunha Street | Kalau dah sampai di sini, jangan lupa untuk ke Cunha Street. Kat sini korang boleh membeli cenderahati di Macao. Penduduk tempatan memanggilnya sebagai Rua do Cunha (Cunha Street) . Jalan ni mendapat namanya daripada pengembara dari Portugis bernama Tristão da Cunha.
Selain dari melawat tempat-tempat menarik, kami juga berkesempatan melakukan aktiviti yang sangat best seperti pengalaman melalui jambatan baru Hong Kong – Zhuhai- Macao Bridge (HZMB), menaiki Macao Cruise, menaiki, Macao Open Top Bus, beraktiviti di Zero Latency, beraktiviti di Planet J dan menonton Elekron Show.
Macao Cruise | Mengambil masa perjalanan selama hampir 30-45 minit ini, kami dapat melihat sendiri keindahan pemandangan yang paling ikonik dan hebat di sepanjang Taipa, Semenanjung Macau, Coloane, serta coastal line Hengqin.
Macao Cruise ni korang boleh naik di dua lokasi iaitu sama-ada di Taipa Ferry Terminal atau pun di Coloane Pier. Tempohari kami naik Macao Cruise ni di Taipa Ferry Terminal.
Taipa Ferry Terminal ke Coloane Pier
- Cruises bermula di Taipa Ferry Terminal daily
- Isnin-Jumaat : 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm (last ride)
- Sabtu-Ahad dan cuti umum : 11:00am, 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm (last ride)
Coloane Pier to Taipa Ferry Terminal
- Cruises bermula di Coloane Ferry Terminal daily
- Isnin-Jumaat : 2:00pm, 4:00pm, 6:00pm (last ride)
- Sabtu-Ahad dan cuti umum : 12:00pm, 2:00pm, 4:00pm, 6:00pm (last ride)
Jadi untuk ke Taipa Ferry Terminal korang boleh menaiki bas route 26, 36, 51A, AP1, MT1, MT4, N2 atau menaiki Free shuttle bus dari Venetian Macao, Parisian Macao, Sands Cotai Central, Sands Macao, Studio City, City of Dreams, Galaxy Macau, Broadway Hotel Macau, Wynn Palace, Wynn Macau, MGM, Grand Lisboa Hotel and Hotel Lisboa.
Info Lanjut : macaucruise
Macao Open Top Bus | Bagi korang yang ada plan untuk buat day tour di Macao, saya cadangkan korang naik Open Top Bus. Ada 11 hentian yang semuanya, dan ianya sudah semestinya akan melengkapkan perjalanan korang di Macao. Tak perlu nak sewa kereta dah, cukuplah naik bas dan korang dah pun boleh jelajah seluruh Macao dengan Open Top Bus ni.
Antara hentian Open Top Bus adalah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman’s Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macao dan The Venetian Macao.
Harga tiket Open Top Bus:
- MOP150 (dewasa)
- MOP100 (kanak-kanak)
Zero Latency | Zero Latency Macao merupakan free-roaming multi-player virtual reality dan the virtual reality gaming arena terbesar di Macao. Permainan ini dikatakan berasal dari Melbourne, Australia.
Apa yang menariknya mengenai permainan VR ni, ianya memaparkan teknologi tanpa wayar dan pengesanan gerakan terkini, yang boleh membawa tahap permainan realiti maya seakan realiti. Jadi korang akan rasa betul-betul berada di lokasi kejadian.
Info Lanjut : ZeroLatency
Planet J | Bagi mereka yang sukakan pada tempat permainan indoor yang berkonsepkan fantasi dan kingdom, korang boleh datang ke Planet J. Apa yang menariknya, untuk masuk ke sini korang perlu memilih dan memakai costume karakter pilihan korang.
Kat dalam ni ada macam-macam jenis permainan yang sangat menarik. Ianya merupakan gabungan video games dan exercise yang sangat sesuai untuk kanak-kanak.
Waktu operasi Planet J adalah seperti berikut :
- Isnin hingga Jumaat: 10:00 pagi hingga 7:00 petang (Kemasukan terakhir: 6:00 petang)
- Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10:00 pagi hingga 8:00 malam (Kemasukan terakhir: 7:00 petang)
Shop 3009, Level 3, Shoppes di Cotai Central
Sands Contai Central, Taipa, Macau (Berhampiran Food Court)
Info Lanjut : PlanetJ
Elekron Show | Ianya merupakan “world’s first all-electric indoor theatrical stunt show” yang cukup bertenaga dan sangat disyorkan untuk ditonton. Persembahan hebat yang mengambil masa selama 75-minute ni tidak pernah akan buat korang senang duduk.
Info Lanjut : ElekronShow
Kalau diikutkan, banyak lagi tempat dan aktiviti menarik yang kami tak sempat nak lakukan di Macao. Nampak gayanya memang kena datang lagilah next time. Bagi saya, cukup datang ke Macao kerana kat sini semua ada. Kemudahan public transport pun senang. Bukan tu aje, makanan Halal pun mudah nak dapat. Jadi kalau korang nak tahu senarai restoran yang menawarkan makanan Halal di Macao boleh rujuk link di bawah.
Artikel ini adalah hasil dari jelajah media jemputan Muslim Media FAM trip ke Macao dengan kerjasama Macao Government Tourism Office (MGTO), Representative in Malaysia! pada 25 – 28 Mac 2019.
19 Comments
Aduh kenapa macam banyak je saya tak experience last time ya? Seronoknya tengok Planet J, Elekron dengan Zero Latency tu! Macao Cruise tu pun nampak best. Nampaknya memang kena pergi lagilah ni!
ReplyDeleteFulamak...!! Cecantik seyhhh Pemandangan kat sana. Tak sangka lawa! Best ni ambik gambar. Cruise tu mmg dah lama tingin nak naik
ReplyDeleteLia rindu nak ke Macau lagi. Haritu pergi kejap sangat dr HK then singgah satu hari then gi zuhai. Kalau ada peluang nak pi visit sana lagi
ReplyDeleteMenarik betul tempat tempat yang madi pergi. Selalu je tengok tengok entry pasal macau ni. Memang best kalau baca pengalaman orang pergi sini
ReplyDeleteMenariknya! Jarang baca org travel ke Macau sgt. Selalu baca org travel tempat2 famous je. And tak pernah terfikir nak masukkan macau ke bucket list. OK, now it is in the list!
ReplyDeletetak sangka eh macao mcm ni punya best..dia punya gereja to view mcm dekat eropah..lawa giler..yg mount fortress tu boleh npk kepesatan pembangunan di macao belah sana..dan perkampung belah sini hihi..bolehlah nak jdkan satu wishlist nti..mmg moden eh macao skrg
ReplyDeleteBestnya untung lah dapat pergi Macao hehehe kita selalu tengok tempat-tempat menarik dalam gambar jer tapi tak dapat sampai lagi sana bila nak pergi sapa nak bawa kita temankan kita hehehehee...
ReplyDeleteweh bestnya Macao, rasa nak pergi tapi belum ada rezeki lagi ni, hmmmmm... Sepatutnya nak ke Hong Kong this year, tapi tulah, banyak betul halangan nak ke sana, hmmmmmm
ReplyDeleteWow this looks really awesome. I wish I could have a sponsored trip to Macau just like you too. LOL :D
ReplyDeletewahhh nampak best betul percutian ke Macau nie ya. tak sangka sekarang Macau dah muslim friendly terhadap pengunjung muslim. Tak tahu pulak dorg juga ada restoran dan hotel muslim friendly. nie yang rasa nak datang sana nie
ReplyDeleteewah bergaya betul pakai costume raja tu. seronoknya dapat pergi macau, dari dulu teringin sangat nak datang sini makan tart famous tu. banyak betul aktiviti best boleh buat kat sini.
ReplyDeleteMenariknye... percutian ke Macao nih, permandangan dekat sana memang cantik sekali. kalau nak pi nanti boleh rujuk entri ni, terima kasih.
ReplyDeleteAmboi seronoknya dia berjalan sakan di Macau. Best baca pengalaman Mawardi pergi sana .Saya tak pernah lagi jejak kaki ke sana .Kot ada rezeki nanti dah tahu serba sikit pasal Macau
ReplyDeleteBestnya Macao. Banyak juga best view dan tempat yang bersejarah kat sini. Teringin nak pergi bercuti dan nak naik cruise tu heheh. Moga ada rezeki nanti.
ReplyDeleteMenariknya tempat-tempat! Macau Kids friendly ke tak? Atau sesuai utk dewasa sahaja?
ReplyDeleteBeruntung dapat peegi tempat orang. Banyak tempat yang kita boleh tengok yang bangunan unik dan tersergam indah.. Nice la.. Kita tak tau la bila dapat oergi macao..
ReplyDeleteSis dah pernah pergi, Memang best, penuh dgn peninggalan sejarah dn byk juga tempat baru yg naik dn menarik, pemandangan malam hari cukup menarik dgn lampu2 berkelipan sana sini. Memang rasa tak puas ke sana..cuma poketnya kena tebal sb barang mahal2
ReplyDeletehai hai. sy nak ke macau bulan 10 nanti. boleh tak sy nak dapatkan details atau itinerary masa dkt sana? hehe~ and costing2 kalau nak masuk game dan etc. tq
ReplyDeletesonoknyer g macau tuuh., ;p
ReplyDelete