Tempoh hari saya dan kawan-kawan makan malam di sebuah restoran yang menyajikan makanan berkonsepkan Korean BBQ iaitu SeoulNami yang terletak di The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Restoran ini merupakan restoran mesra muslim dengan menyediakan Halal-certified ingredients seperti ayam, daging dan makanan laut yang dimasak di atas bara arang panas.
Restoran ini diinspirasikan dari Korean BBQ Chicken popular dari Chuncheon, yang mana berlokasi di bahagian utara Seoul di mana Pulau Nami terletak. Jadi kalau korang rindukan makanan korea tu, bolehlah ke sini untuk nikmatinya.
1. Mula-mula, pilih main dish mereka dulu seperti daging atau ayam.
- Chuncheon Chicken (3 flavours) : RM 59.00
Set ini dilengkapi dengan 3 flavours Hot pepper chicken, Honey butter chicken and Ganjang chicken.
- Beef Platter : RM 119.00
- Spicy Octopus : RM 39.00
- Kimchi Trio (only in SeoulNami) : RM 29.00
- Fist Rice : RM 29.00
- Dip
Empat jenis pencicah ada disajikan - Seoul spicy sauce, sea salt, samjang, and soy powder.
3. Seterusnya masak telur dadar terlebih dahulu menggunakan dapur pemanas.
4. Dapur BBQ akan dipanaskan menggunakan arang. Jadi, korang boleh bakar daging dan ayam yang korang oder tadi di atas pemanggang yang mereka set up kan. Hati-hati kerana ianya menggunakan arang yang betul. Staff mereka akan menjelaskan kepada kami berapa lama kita harus memasak ayam tersebut; kira-kira 1 minit setiap sisi, terbalikkan sebanyak 4 kali dan kemudian memotong untuk potongan-potongan saiz kecil sesuai untuk gigitan. Kalau korang suka untuk lebih garing anda boleh membiarkannya lebih lama di atas pemanggang.
5. Sebelum jaring diletakkan di atas pemanggang, korang boleh masukkan terlebih dahulu Goguma On Fire (sweet potato) dan letakkannya di bahagian tepi arang dan set masa yang supaya tidak terlupa untuk angkat. Jangan sampai terleka, nanti hangus pulak sweet potato tu.
6. Bila daging atau ayam dah masak, korang boleh balutnya dengan salad, tambah timun dan lobak, letak sos mengikut selera dan makan korang.
7. Selain tu korang boleh juga makan daging dan ayam panggang tu dengan Fist Rice. Fist Rice adalah kombinasi nasi, ayam dan rumpai laut. Korang kena gumpal-gumpalkan Fist Rice tu terlebih dahulu. Masukkan sekali daging panggang dan makan.
8. Jangan lupa untuk oder air. Ada 4 pilihan air yang korang boleh pilih mengikut selera korang.
- Signature Drinks :
- Out-of-This-World Lemonade (RM 24.00)
- Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24.00)
- Sparkling Orange Cream Soda (RM 19.00)
- Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19.00)
SeoulNami adalah Korean BBQ joint spearheaded by passionate Malaysians dengan kepakaran masakan korea, yang mesra muslim. SeoulNami menyajikan BBQ Korea dengan arang panggang di atas meja. Sama seperti bagaimana orang Korea menikmati BBQ mereka di negara mereka, SeoulNami akan ingin menawarkan kepada pelanggan pengalaman makan yang sama.
Pertama kali saya makan di restoran yang menggunakan bara untuk memasak. Walaupun begitu, masalah asap tidak berlaku kerana diorang ada sediakan corong asap pada setiap tempat masak. Jadi tak jadi masalah walaupun dalam restoran yang tertutup dan berhawa dingin macam ni.
Kedua hidangan utama daging dan ayam mereka diperap dengan begitu baik ya. Bagi saya, makan tanpa sos pun sudah terasa sedapnya. Nak nak bila dimakan panas-panas, memang nikmat ya. Fist Rice tu pun patut dapat pujian. Gabungan ayam, nasi dan seaweed ni memang buat kami menambah.
Untuk pengetahuan korang, sekarang ni mereka tengah tunggu HALAL certificate daripada JAKIM untuk restoran ni. Jadi, korang tak perlu was-was kalau nak makan kat SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni ye kerana di sini menu-menunya 100% halal InsyaAllah.
SeoulNami Korean BBQ
F-215, The Gardens Mall
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur
Tel : +603 2202 3336
Facebook :
Instagram :
18 Comments
Ingat lagi masa pergi Pulau Nami memang makanan yang disediakan sedap sangat. Ada satu tips yang diberitahu kepada saya. Lepas dah selesai makan, 1 mangkuk kecil yang berisi lebihan nasi kemudian akan dimasukkan air ke dalamnya dan minum la air tu. Dipercayai dapat mempermudahkan proses di dalam usus.
ReplyDeleteSiap ada cara-cara nak makan tak tahan tu hahaha. Tapi sedapnya la hai.. Tp nak g ni xleh bawak anak-anak nnt terganggu kosentrasi nak menghayati makanan tu hehe
ReplyDeletewahhhh ada tempat BBQ baru ya. berkonsepkan korean pulak. mesti sedap nie. pedas tak ? yelahh, korean food lately banyak yg spicy. bawak kawan2 makan reramai dekat sini emsti best. berborak sambil bakar2. nanti nk singgah lah
ReplyDeletesedapnya makanan korea. sebelum ni pernah pgi seoul garden ja. teringin nak pgi tempat ni. baru tau ada rupanya dkt the gardens. boleh singgah nnti :)
ReplyDeleteDekat The Gardens ek? Macam boleh nak bawa rerakan pergi untuk our next reunion nie. Diorang ok ke dengan suasan riuh rendah sebab kami sekumpulan memang manusia yang suka berbual dan bergelak ketawa. Haha
ReplyDeleteSedap memang sedap ! makanan Korean memang jarang mengecewakan lidah cuma, nama masakan tu susah nak ingat kecuali, kimchi ! lol
ReplyDeleteOMG!!! sedapnya bbq cara korea ni. Wajib cuba ni, tunggu free nanti nak singgah kedai ni.
ReplyDeleteWah ini baru betul betul korea. Hahahhaha suasana dah macam kat korea. Nampak sedap. Harga berpatutan
ReplyDeletesedapnya makan BBQ tu. terus lapar perut kita ni. nanti kalu pergi Mid Valley nak la singgah makan kat sini. semua nampak sedap. harga pun so so.. kalu tong-tong murah la haha
ReplyDeleteWahhh memang diorang guna arang eh. Oldskool ni. Tapi menarik. Dekat pun dekat dengan rumah emi. Nanti nak ajak member2 lepas sini la before puasa.
ReplyDeleteSedapnya tak ajak kita makan pun kat sini hehehee nak pergi Korea memang tidak lah dpat makan makanan Korea pun jadi lah wakakkaka bestnya tengok daging tu sedap kalau bakar ...
ReplyDeleteBest tengok tempat bbq ni. Nampak sedap2 giler semua mwnu. Bolehlah nanti pow laki datang makan kat sini
ReplyDeleteTengok orang makan makanan Korean ni nampak sedap je tapi sendiri nak makan tak reti. Sekarang banyak restoran makanan Korea ni kan. Yang suka makanan korean boleh terjah makan kat sini
ReplyDeleteSedapnyaaa tengok. .Nak juga. .dahla suka makan makanna korea. Daging tu mmg nampak sedap sangat.. Ni nak keme ajak husbnd datang ni
ReplyDeleteNampak sedap semua makanan kat Seoulnami ni ye! Tak sabar nak try next week
ReplyDeleteWalaupun tak biasa makan makanan korea, tapi tengok hat ni rasa macam nak cuba je.
ReplyDeleteNampak menyelerakan. Kalau ada geng makan sekali seronok ni.
Sedapnya makan makanan BBQ Korea..akak pon suka makanan korea. Nanti nak ajak suami pi makan kat sini..
ReplyDeleteAhhh! I also love korean food especially their BBQ and banchan. The Spicy Octopus pun macam sedap juga.
ReplyDelete