INGATKAN GAMBAR KEK TADI, RUPANYA GAMBAR ORANG BETUL

Haritu masa dok godek-godek Instagram features ternampak satu gambar ni, mula-mula ingatkan kek Barbie. Tapi bila buka dan tengok betul-betul rupanya gambar manusia betul. Dan apa yang buat saya lagi teruja, gambar tu rupanya milik seorang wanita dan kakak kepada artis popular Emma Maembong iaitu Bella (@izubielazaffmarekan).


Foto wanita dalam persalinan ball gown skirt rona emerald green itu bukan saja mengagumkan ramai kerana gaun yang dipakainya super cantik, malah raut wajah persis patung Barbie dan kulit putih gebu, ditambah pula dengan gaya posing bersahaja, sehingga benar-benar terlihat seperti kek patung!

Sumber Instagram @izubielazaffmarekan

Ramai juga netizen yang perasan hal yang sama. Malah pelakon dan pengacara Zoey Rahman juga ada meninggalkan komen di bahagian ruangan entri Instagram milik @izubielazaffmarekan . Komen Zoey, “ingatkan patong kek".

Selain disangkakan kek patung, wanita yang juga pengasas produk Puteh Gebu DBella ini turut dihujani pelbagai komen mencuit hati! Izubiela sebelum ini pernah tular dengan kisah Barbie-Susuk 1 Juta yang diterbitkan akhbar Metro Ahad tahun lalu dan Barbie Masuk Pasar.

Penularan kisahnya itu turut memberikan Bella idea untuk menghasilkan produk penjagaan wajah iaitu Susuk 1 Juta Skincare dan Izubiela 5th Whitening Booster.

Post a Comment

19 Comments

  1. dia ni memang macam patung...

    ReplyDelete
  2. wow serius ciktom tgok pun dah macam patung..cantiknya dia..kuliy putih melepak..orang malaysia memang suka produk nak putihkan kulit..

    ReplyDelete
  3. yup.. kulit dia putih melepak sebab tu sekali pandang memang ingatkan patung tadi.. huhu.. lawa lah gaun dia tu.. sesuai dengan orangnya.. o.. pengasas kecantikan ke dia.. baru tahu

    ReplyDelete
  4. haah macam patung barbie..memang kenalah dengan baju mekap dan gaya dia tu dari jauh nampak cam barbie doll ....

    ReplyDelete
  5. tak pernah kenal pulak.nak kena stalk lah ig dia. btw ada ke kek mcm ni? kalaua da nk tempeh la satu.. hehe :)

    ReplyDelete
  6. Wahh sis pun ingatkan kek. Macam barbie dah, cantik. Hari tu mcm ikan duyung now cam patung barbie pulak..

    ReplyDelete
  7. Cantik ye. Sis pun nak la pakai baju macam tu. Bolehke? Nama dah Bella dah. Hahahaha. Ilusi sangat kalau I letak patong sendiri atas kek i. Hiks

    ReplyDelete
  8. Iye lah.. macam kek dah rupanya hehe. Cantik orangnya tu, memang macam patung Barbie dah. Kulitnya pun cantik, putih betul.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. kita pun tertipu awak.. maklumlah sekarang orang makin kreatif...kek boleh nampak sebijik macam orang.. apatah lagi orang nampak real macam kek. aum sedap kalu kek betul.. dah lama tak makan kek sebenarnya

    ReplyDelete
  10. Aah nampak macam kek betul la. Tak sangka org. Tapi mmg muka dia dah
    Macam patung hehehhehe. Comel lote
    Pulak tu hehe

    ReplyDelete
  11. Mak aihhh.. Putih bebeno kulit dia.. Sebab tu dok ingat barbie cake tu. Hehe.. Selalu tengok kek jenis macam ni.

    ReplyDelete
  12. Hahaha .Samalah mula mula tengok macam .kek barbie sekali rupanya orang .eh tak sangka pulak memang macam barbie sampai orang boleh confuse .nanti nak stalk ig dia lah .

    ReplyDelete
  13. Betullah, mula mula tadi nampak macam patung atas kek. Cantiknya dia. Walaupun first time kenal die sape tapi die memang cantik

    ReplyDelete
  14. Bab produk putih kulit ni, mmg org malaysia cepat terpengaruh, taktau la kenapa x suka kulit sawo yg mmg dah cantik tu. Hhuhu

    ReplyDelete
  15. Hahahahaa. Putih melepak. Nasib baik tak kena potong macam kek Barbie tu. Nanti nak tengok IG Dbella tu. Menarik betul gimik dia camni. Serius mcm kek!!!

    ReplyDelete
  16. Weyh serious nampak macam kek hahahah. Aduhh tertipu sungguh. Pengasas produk rupanya. Patut lah putih gebu.

    ReplyDelete
  17. Ahak nampak macam kek je.. Gaun dia warna biru bawah dengan design macam tu.. Hehehe.. Putih giler muka dia erk. .Baru tau pasl produk ni.. Dan baru tau pasl kakak emma maembong ni.. Huhu..

    ReplyDelete
  18. A'ah lah sekli imbas gitu mmg nampak macam kek and patung yg org suka cucuk kat kek as perhiasan tu. Dah lah rambut blonde pulak, mmg mcm patung barbie yang orang suka guna as kek deco!

    ReplyDelete
  19. A'a sekali tengok memang ingat patung barbie atas kek tu..cantik sangat..cantik sangat gaun yang dia pakai..

    ReplyDelete