PENGALAMAN MENGINAP DI HULO HOTEL ZEN ROOMS PREMIUM HULO HOTEL PUDU



Pemilihan sebuah penginapan seperti hotel atau hostel menjadi salah satu faktor penting dalam sebuah perjalanan percutian mahupun perjalanan business. Selain dari pengangkutan, penginapan juga menjadi penyumbang kepada biaya terbesar dalam perjalanan. Jadi untuk menjimatkan biaya pada penginapan, apa yang biasa dilakukan oleh sesetengan traveller adalah dengan membuat tempahan di penginapan seperti hostel yang mana harganya lebih murah tetapi sudah semestinya kurang privacy. Tapi hakikatnya ada caranya untuk kita dapat penginapan yang selesa dan privacy dengan harga lebih murah.

ZEN ROOMS HOTEL

Sebelum ini saya pernah berkongsi dengan pembaca tentang satu artikel berkaitan dengan tempahan penginapan bilik hotel yang murah dengan aplikasi Zen Rooms. Apa itu ZEN rooms? Merujuk pada websitenya di zenrooms.com, ZEN rooms adalah Virtual Hotel Operator (VHO) yang berpartner dengan hotel-hotel budget terbaik di Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina, Sri Lanka, dan Brazil. Jadi bilik-bilik Zen rooms ni ada di banyak hotel-hotel. Anda hanya perlu buat tempahan melalui website atau aplikasinya sahaja untuk dapat rate rendah yang ditawarkan oleh mereka.


Pada hujung minggu lepas sebelum berangkat ke Batam, Indonesia, saya bersama Amir Nawawi mengambil keputusan untuk beristirahat di salah satu bilik ZEN rooms dekat ibu kota Kuala Lumpur. Setelah melihat keseluruhan apa yang ditawarkan di aplikasi Zen rooms, akhirnya kami membuat pilihan untuk menginap di ZEN Premium Hulo Hotel. Jadi selain dari hotel biasa, kami tahu bahawa Zen rooms juga ada menyediakan Hotel Premium untuk penggunanya. Total harga untuk dua (2) malam saya stay di Zen Premium ni adalah RM260.


Hulo Hotel + Gallery merupakan sebuah butik hotel yang mempunyai 63 buah bilik bertema. Setiap daripada 63 bilik di sini mempamerkan karya seni dan reka bentuk dari artis dan kreatif tempatan dan serantau yang berlainan. Selain dari itu terdapat juga banyak kanvas dan hasil seni dipamerkan di sepanjang koridor setiap aras dan lobi.





Dari segi service, ianya cukup memuaskan. Tak kira dari staf di reception sehinggalah ke housekeeping semuanya ramah. Apa yang menarik perhatian saya adalah lobi hotel ni. Cukup menarik dan penuh dengan arca, lukisan dan artwork yang menarik. Ada juga sebahagian dari artwork tu available untuk dijual. Tandas di lobi jugak sangat cantik.




Hotel ini juga sangat dekat dengan Berjaya Times Square Kuala Lumpur serta galeri seni. Bilik yang kami sewa juga menghadap menara TRX yang masih belum siap.

Untuk info lanjut berkenaan promosi dan tempahan bilik hotel di Zen rooms, korang boleh layari social media dan website mereka di :


Post a Comment

18 Comments

  1. tempatnay unik ye..dekorasi lain dari yang lain

    ReplyDelete
  2. a'ah la, mawardi.
    deko nyer amat lain dr yg lain.
    arca. candeliar nyer...
    gambar yg digantung pun semua berseni.
    memberikan keselesaan terbaik kpd customer, kan.

    ReplyDelete
  3. I heard about ZEN ROOMS HOTEL recently. It's nice to have such affordable hotel. most importantly it's decent and clean. will consider staying there the next time we travel

    ReplyDelete
  4. Wahhh lain dari yang lain bilik ni..menarik juga ni. Dengan harga yang berpatutan memang berbaloi laa bermalam disini. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. cantiknya deko bilik hotel. rasa hispter sangat..boleh tahan murah rate harga rm130 untuk satu malam. boleh weekend gateway kat hotel ni nanti. dekat pun dekat dalam kl je pun

    ReplyDelete
  6. Serious deco dia cantik. Totally my style! Location hotel ni not bad ye sebab price they all murah and location pun strategik giler kot. Mana nak dapat price camni kat lokasi ni. Plus comfy pulak tu.

    ReplyDelete
  7. wow uniknya hotel ni..kat tgh bandar kl ni kan..sesak sikit kat situ...hotel ni nampak kemas dan selesa..tp malulah tgk patung tu hihi

    ReplyDelete
  8. Looks interesting. Hotel ini nampak lain and unik. I want to try stay here too.

    ReplyDelete
  9. Nampak mewah la hotel tu.
    Dari segi decoration dia.
    Tapi harga mampu milik lagi la..
    Tak la terlalu mahal.

    ReplyDelete
  10. Wow! Butik hotel eh. Cantik dan menarik. Bercuti dgn Amir je ke, bila nak jemput sis? Haha. Lepas ni bolehlah sis tempah hotel guna aplikasi tu nanti. Yg penting nak murah dan PRIVACY. Ching!

    ReplyDelete
  11. wow cantiknya deco dia.. walaupun dinding dia gelap tetap nampak mewah dan cantik.. tak sangka ada hotel macam ni dekat PUDU..serius tak rugi stay situ kan

    ReplyDelete
  12. Tempatnya unik, lain dari yang lain.. Lepas ni boleh cuba book hotel ni guna apps. .Hehehe

    ReplyDelete
  13. Wow woww... I like dengan interior design hotel ni... suka wane dinding dia buat tu.. nampak lebih retro dan classic moden ... menarik btul la tgk... ingtkn nme hotel ni Hulu Hotel.. madi slh eja..rupanya btullah Hulo hotel. heheh.. boleh tryla nnti apps tu

    ReplyDelete
  14. Bampak selesa hotel ni. Paling penting rate dia xderlah mahal sangat. Berbaloi org yang datang utk meeting dsbnya

    ReplyDelete
  15. I like their decor, it's so hipster and instgramable. Nanti i siggah coz i like the hues.

    ReplyDelete
  16. cantik dan unik giler deko kat hotel tu. Tq info pasal Zen rooms. Bolehlah try nanti utk bilik yg menarik cam ni

    ReplyDelete
  17. Hotel ni memang aku dah aim lama dah wak, cuma tak berkesempatan nak stay di sini lagi,wuuuu... Interior design dia cantik, nampak elegen... Nantilah ada masa nak stay sana..hee

    ReplyDelete
  18. Woww. my kind of loving decor. Suka nya akak. Talk pernah lagi dengar Zen Rooms ni, thanks for sharing nak try lah jugak for that price RM260 for two nights ok jugak lah tu ya
    Cara Nak Mulakan Bisnes Homestay

    ReplyDelete