PUASA GANTI DAH SELESAI KE?



Tahun ni bulan puasa (ramadan) bakal jatuh pada awal bulan Mei. Sedar tak sedar masa berlalu dengan begitu cepat. *korang dah ganti puasa ke belom? Kalau dah Alhamdulillah. Kalau belum kenalah laksanakannya dengan segera. Sebelum tibanya bulan tersebut, di dalam syariat Islam, bagi sesiapa yang telah meninggalkan puasa pada bulan ramadhan tahun sebelumnya, hendaklah menggantikanya sama ada dengan berpuasa atau bayaran denda yang ditetapkan mengikut jumlah hari yang ditinggalkan. 

Di sini, bagi memulakan langkah untuk menggantikan puasa, adalah dengan mengetahui niat puasa ganti tersebut. Ini bagi mereka yang ingin menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan cara berpuasa.

Niat Menggantikan Puasa (Qada).


Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala

Ertinya:
“Sahaja aku puasa esok hari ganti fardhu Ramadhan kerana Allah taala”


Syarat Sah Ganti Puasa
  1. Niat
  2. Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari fajar hinggan matahari terbenam.
Amalan Sunah Puasa
  1. Bersahur
  2. Memperbanyak amal ibadah sunah
  3. Berbuka di awal waktu
Perlu difahami bahawa puasa merupakan ibadah wajib yang hanya boleh ditinggalkan sekiranya menghadapi keuzuran semasa bulan ramadhan. Bagi mereka yang telah meninggalkan puasa tanpa apa-apa sebab keuzuran seperti masalah kesihatan yang memudaratkan maka diwajibkan menggantikan puasa dengan puasa ganti (qada). Manakalah mereka yang telah meninggalkan puasa kerana keuzuran (jika puasa maka akan mendatangkan mudarat kesihatan) maka hendaklah menggantikannya dengan bayaran fidyah.

Firman ALLAH yang bermaksud : “(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin.

Sumber foto : hellosehat.com

Post a Comment

1 Comments