Jika ditanya apa tempat makan menarik di sekitar Batam, sudah semestinya aku akan cadangkan kepada korang untuk ke AMATI COFFEE yang terletak tidak begitu jauh dari pusat bandarnya. AMATI COFFEE merupakan sebuah cafe yang menyajikan pelbagai jenis coffee dan teh.
AMATI COFFEE terletak di Jalan Jend Soeprapto Buana Central Park Batam, yang memakan masa dalam 20 minit perjalanan dari Batam Centre. Jadi rancang perjalanan anda sebaiknya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Untuk pengetahuan korang, AMATI COFFEE ada menyediakan 2 jenis ruangan untuk pilihan pelanggannya. Ada ruangan berhawa dingin dan ada juga ruangan luar (outdoor) yang terbuka. Jadi pelanggan mereka boleh membuat pilihan yang mana satu sesuai untuk mereka duduk dan menikmati makanan di sini.
Khai menikmati keenakan coffee yang dihidangkan
Dikbee & Khai sedak menikmati nasi goreng di sini
Konsep cafe ini sangat ringkas dan terbuka. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat lepak dan bersantai bersama kawan-kawan. Bagi saya, ia juga sesuai untuk dijadikan tempat bonding keluarga. Bukan itu sahaja, bagi saya suasana cafe ini juga sangat sesuai untuk business meeting dan sebagainya.
Ruangan lepak berhawa dingin
Kalau dilihat pada penampilan cafenya, ia memang sesuai untuk konsep beridentitikan tempat minum kopi dan teh. Tapi apa yang menariknya, cafe ini tidak hanya menyajikan kopi dan teh sahaja, AMATI COFFEE juga menyajikan pelbagai jenis menu makanan yang lain untuk anda nikmati.
Dikhabarkan lebih 100 jenis menu yang disediakan di sini termasuk beberapa menu berat tradisi Indonesia termasuk Menu Ayam Sambal Hijau. Memang terlalu banyak menu yang ditawarkan ya, sangat berbaloi kalau datang makan disini.
Antara hidangan yang kami oder
Menu Daging Sambal Hijau
Nasi Goreng Istimewa (ayam+seafood+telur)
Nasi Goreng Kambing
Ini pula menu yang cukup istimewa di AMATI COFFEE ni iaitu Tape Goreng Istimewa (tapai). Siapa sangka tapai boleh dioleh menunya digoreng menjadi seperti bebola sebegini dan rasanya memang sangat enak. Pertama kali saya cuba terus jatuh cinta. Tak hairan kami oder Tape Goreng Istimewa ni sampai dua (2) kali.
Tape Goreng Istimewa
Selain dari makanan di atas, ada banyak lagi menu-menu menarik yang sudah semestinya sedap yang boleh korang oder. Yang penting semuanya puas hati dan halal.
Dari segi service, ramai staff mereka terdiri dari anak muda tempatan yang cukup bagus dalam mengendalikan dan berhadapan dengan pelanggan. Cukup professional, kemas, sopan santun dan yang penting cepat dan bertenaga. Kalau parking pula, korang tak perlu risau sebab kawasannya cukup lapang dan luas untuk menerima tetamu yang menaiki kereta atau motosikal.
Cafe ini dibuka setiap hari ikut masa berikut:
Isnin - Jumaat : 3pm - 11pm
Sabtu - Ahad : 9am - 12pm
Untuk korang yang ingin berkunjung ke sini, bolehlah ke alamat seperti di bawah ini:
Amati Coffee Tea & Resto
Jalan Jend Soeprapto Buana
Central Park Batam
Email :
RSVP :
+62 813-2560-8545
Instagram:
Facebook:
20 Comments
Sis ko ni dah le gile kopi, kalau dapat tempat macam ni yang ada kopi, mau berejam duk lepak situ hehehehe
ReplyDeleteNampak sedap nasi goreng kambing tu..
ReplyDeleteKalo ada perkataan kambing je automatik hakak ko cakap sedap walopun dalam gambar nampak biasa2 je 😂
Menarik.
ReplyDeleteBest la menu dia banyak. Senang nak buat pilihan.
Tertarik dengan decoration tempat dia tu.
Nampak sangat selesa.
Santai je..
wow nice place to dine and sure I want try their coffee tea too. Glad you sharing here, not yet decide where to go in yer 2020 perhaps can put this in list. I like all the pics here. :D
ReplyDeleteAyam sambal hijau tu nampak sodap sgt. Konsep kedai pun menarik. Bolehlah singgah kalau sis ke sana nanti. Bila tu tak tau le..hehehe
ReplyDeleteYa allah...akak ingatkan kat KL cafe ni...rupanya kat Batam...mak aiii...jauhnya nak pi...kalau berkunjung ke sana boleh la terjah..nampak sedap semua makanannya
ReplyDeleteOhh ini ke cafe yang korang makan tak ajak kita orang yang lewat ni yer hehehe awas yer wakakaka apa pun best semua makanan sedap dan banyak pilihan kat sini ok...
ReplyDeletecantik dekorasi kedai, very the hipster trendy tapi jauh pulak nak terbang ke Batam tu.. tak kalu ada rezeki datang sana kita singgah makan kat kedai ni ye..
ReplyDeleteLawanya cafe dia ! Best gila kalau pergi sini tengok makanan pun macam unik nampak sedap.jauh sangat ni nak pergi tsktsk
ReplyDeleteAlaaa... Tenringin betul nak makan nasi goreng kambing tu. Tak pernah sampai ke Batam ni. Nanti kalau ke sana boleh la try. Cafe ni nampak menarik.
ReplyDeleteNampak cosy je tempatnya tapi sayang je jauh pulak kat seberang. Best la kalau kedai kopi ni buka cawangan kat Kuala Lumpur. Haaa time tu baru leh terjah.
ReplyDeleteTapai goreng tu menarik! Tak pernah terfikir buat goreng.
ReplyDeleteOh...i love coffee but trying to avoid drinking it. Now after see this post, i am going to make a cuppa.
ReplyDeleteCantik nya bistro dia. Nampak selesa je. Makanan pun nampak mcm sedap je. Tp jauhnya la nak pegi. Hehehe
ReplyDeleteNampak sedap. Ingat kopi je ade jual kat situ. Mungkin Qiss boleh singgah sini kalau nak ke Batam nanti.Qiss suka suasana dia. Menarik dan tenang.
ReplyDeleteAlahaiii terliurnya kak min temgok tape goreng cheese tu nampak sedap sangat
ReplyDeleteVery nice place to lepak lepak.
ReplyDeleteTapi adakah tape tu sama dengan tapai kalau kat sini? Sebab bila sebut dalam slang ganu, memang bunyi nya tapeo hihi
Tempat lawa. Kopi sedap. Layanan mesra. Coffee Shop mana la yang nak pergi kan..tunggulah kami ke sana, boleh singgah di Amati ni..
ReplyDeleteWah nak cuba je menu ayam sambal hijau tu. Macam menarik je kan. Bila lah dapat pergi Batam ni kan. Kalau pergi sana nak cari kafe Amati ni. Nak cuba sendiri.
ReplyDeleteKat Batam pun ada tempat lepak2 yer..jadi xboringlah klu nk jln2 kat Batam dah tau kat nk lepak sambil mengopi and membawang.
ReplyDelete