CERITA SUPRISE BIRTHDAY KE 29 YANG SANGAT MENJADI


23 November 2018  hari yang cukup sibuk untuk aku di office. Memandangkan hari tersebut merupakan hari Jumaat sudah jadi kebiasaan kerja akan jadi 2 ke 3 kali ganda dari biasa. Semuanya perlu di selesaikan sebelum hujung minggu tiba. Tengok jam kat telefon dah menunjukkan jam 5.30 petang. Kerja nampaknya baru 40% jalan. Macamana nak pergi party Momi nie? Dah janji dengan Momi nak hadir majlis makan-makan sempena beliau dapat Top 6 Influencer WATSON tempohari. Memandangkan Momi pesan tema hari tu putih, pagi tu sempat sediakan satu baju putih semata nak kena tema majlis Momi.

Masa berlalu dengan cepat, jam dah menunjukkan 6.30 petang. Sepatutnya jam 6 aku dah keluar office untuk ke party Momi. Memandangkan kerja terlalu banyak dan stress sangat, terus wassap kat Momi, minta maaf kalau tak sempat nak hadir majlis dia petang ni. Tapi hati masih kuat nak siapkan kerja-kerja yang ada. Berharap by 7 petang semuanya selesai dan dapat ke majlis Momi.

Memandangkan dah janji dengn Dikbee untuk gerak sekali ke majlis dia, terpaksa wassap supaya dia gerak dulu kerana saya belum tentu akan sempat untuk ke sana. Tapi jawapan Dikbee aneh sebab katanya dia okay tunggu walaupun aku lambat. Memandangkan kepala dok stress, memang tak fikir apa just iakan aja.

Alhamdulillah 7.15 kerja siap dan saya bergegas ambil grab untuk ke stesyen LRT terdekat. Dikbee janji tunggu di LRT berdekatan rumah dia di USJ7. Sampai sana Dikbee dah ready dalam kereta nak gerak ke Damansara dimana lokasi party Momi tu dibuat. Sepanjang dalam kereta tak putus-putus saya membebel, luah perasaan stress bagai kat Dikbee. Dikbee dengar je hahaha.

Sampai di lokasi, sambil menunggu Momi ambil kami kat bawah, sempat tukar baju dalam kereta je. Baju putih yang ada tersimpan dalam bag. Masa tu jugak Moka masej Dikbee kata tak sempat nak datang sebab urusan kerja tak setel. Hal tu tak pelik sebab Moka memang selalu busy kan. Bila ditanya siapa lagi datang, Momi just jawab "kita kita je". Alasan boleh diterima sebab katanya lokasi party ni ara sewa sebab dia datang KL untuk photoshoot. So alang-alang tu nak buat makan-makan skali sempena kejayaan Momi kan.

SUPRISE BERMULA

Dah sampai di depan pintu maka Momi ketuklah pintu kuat-kuat. Saya cuba nak pegang tombol pintu dia tempis. Bila pintu terbuka dia tarik balik dan ketuk balik. Saya mula la musykil, dah kenapa Momi ni. Lepas je dia tolak nampaklah Moka dan Ara pegang kek sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Alahai rupanya saya kena game ni. Memang terkedu, nak menangis air mata tak keluar. Rupanya memang diorang dah plan semuanya. huhu .Yang terkejutnya siap dengan photographer bagai weh. haha. Birthday kita 17 Nov kot. memang tak sangka lansung dengan plan korang  ni kan. Nak..nak Amir Nawawi dan Moka dah buat suprise sebelum ni di Food Court Permaisuri. huhu

Suprise Birthday yang sangat menjadi

Suprise tak berhenti disitu ya, sebab kedengaran lagi suara riuh rendah dari atas bahagian duplex rumah tu orang nayanyi lagu Happy Birthday lagi. Sah suara Amiruddin Nawawi la ketua dia. Rupanya ada ramai lagi. Allahu lagilah rasa macam nak menitis air mata ni. Nasib baik jugak tak runtuh rumah tu. Hahahaha. Lepas tu diorang hidangkan saya dengan ucapan Hari Lahir dalam bahasa tamil dari youtube. cis hahahaha.

Alahu ramai lagi rupanya, semua ada tu.

Nampak seronoknya diorang kenakan kita. hahahaha

Bila dah selesai diorang kenakan saya, masanya suprise Birthday Dikbee pulak! Happy Birthday Dikbee. Kek kami sangat-sangat cantik ya. Dah la cantik sedap pulak tu. Terima kasih korang.

Suprise Birthday Dikbee

Jamuan pada hari tu rupanya hasil dari portluck dari diorang ni. Macam-macam ada, memang tak terlayan nak makan. Tengok suasana memang betul-betul party la dengan belon sana sini, meja makan pun berhias. Tambah sebak lagi dalam dada ni. Banyak duit diorang habis untuk saya kali ni. Air mata menitis, cepat-cepat kita sapu.

Comel kan kek kami yang diorang tempah.

Bergambar bersama sebahagian mereka yang hadir.

Sahabat diperantauan masa ni juga sempat buat ucapan melalui video call. Masa ni diorang ada trip ke Medan, Indonesia kalau tak silap saya. Allahu makin terharu diri ni. Terima kasih semua.

Ucapan dari sahabat diperantauan melalui video call

Sempat diorang buat video call dari Medan

Seronok lihat masing-masing bercerita

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir

Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan especially kepada mastermind Rafzan Tomomi, Ara Kimora, Dikbee dan Moka. Tak lupa pada kawan-kawan yang lain, datang dan bawa makanan. Huhu. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Nasib baiklah saya jadi pergi ke party ni. Kalau tak apa lah yang jadi ya? huhu. Tak tahu nak kata apa, saya akan ingat detik ni sampai bila-bila. Terima kasih sekali lagi.

Post a Comment

19 Comments

  1. Seronoknya bersahabat macam ni kan..kalau akak..akak pun menangis tau...happy belated birthday mawardi..semoga semuanya yang indah- indah sahaja ye...

    ReplyDelete
  2. Bestnye kene surprise birthday party macam. Seronok kan bila ada kawan kawan sekepala gila gila dan sporting macam ni. happy belated birthday madi!

    ReplyDelete
  3. Happy birthday abam mawardi!!
    Jelas nampak kegemburaan dlm malu² diwajah itu. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Mmg happening. Tapi seronok bila ada kengkawan macam ni. Stress
    Macam mana boleh hilang. Suka dikelilingi kawan yg baik sbb boleh bagi aura positif kat kita

    ReplyDelete
  5. jenuh tunggu sampai kena bebel pun tahan je dengar demi nak pastikan besday boy ikut jugak.. hahahha.. klakar weiii

    ReplyDelete
  6. meriah sungguh surprise birthday mawardi..almaklum laa tahun depan dah takde angka 2 tu dah beralih ke 3 series..hehehe

    ReplyDelete
  7. Seronoknya kawan² buat suprise bday kita kan. Satu pengalaman manis yang tak mungkin dapat kita lupakan kan madi.. Bestnya.. Semua sporting

    ReplyDelete
  8. Wah meriahnya..alhamdulillah, ini pun nikmat juga bila dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang setia. Semoga ukhwah korang berpanjang hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  9. Bestnya ada kawan2 buat suprise birthday macam ni. Sis tgok uoll memang akrab sungguh..harap berkekalan dn tak ada sengketa antara uoll. Anyway happy belated birthday ya..:)

    ReplyDelete
  10. wahh tahniah ..untung dapat kawan2 macam ni...kekalkan silaturahim yang ada , kalau kawan tersalah sikit tu janganlah terlalu ambil hati , maafkan dan beri peluang ...semoga persahabatan madi dan kawan2 bertambah kukuh dan erat hingga ke akhir hayat walau apapun terjadi ...

    ReplyDelete
  11. Alolo bestnya ada kawan-kawan sehidup semati macam ni. Happy Belated bufday Mawardi, Semoga terus sukses ya. Dipermudakan segalanya. Umur dah meningkat tu. Bila lagi? hehehe. Jgn marah

    ReplyDelete
  12. Bestnya ada kawan-kawan buat seprais macam ni. teringat zaman muda remaja dgn kawan-kawan dlu. Skrg ni harap tiup lilin dgn husband and anak-anak je la hehe

    ReplyDelete
  13. Hilang stress bila dapat surprise yang mengharukan ni. Nampak meriah sangat.

    ReplyDelete
  14. Tahniah dihah. U deserve it. Untung ada kawan-kawan yang selalu mengingati kita dihah. Hargai dan ssemoga persahabatan ini kekal hingga ke jannah. Hei dihah, wak gapo terrrrr duk kapong terrr? deki wei lokkkkkk :P

    ReplyDelete
  15. Alhumdilah kerana ada rakan yang sebegini - bahagia dan setonok kan diraikan rerakan. Moga silaturrahim berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezki

    ReplyDelete
  16. Beruntungnya dikelilingi oleh rakan rakan yang baik macam ni.
    Susah senang bersama orang kata.
    Kalau kita la kawan kawan buat suprise macam ni, tak dapat nak bayangkan macam mana..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah best yer ada kawan2 yang baik hati dan berusaha buat suprise macam ni. Happy belated birthday!

    ReplyDelete
  18. Wah Happy Birthday! Best nyer buat celebration macam together with rakan rakan bloggers yang rapat macam ni.

    ReplyDelete
  19. So sweet la dorang ni, hehe. Tapi jauh bebenor jarak birthdaynya kalau birthday bulan november. Hehe. Pape pun tahniah ada kawan2 yg baik hati mcm dorang.

    ReplyDelete