CARA BELI TIKET DAN TAMBANG FERI DARI SETULANG LAUT KE BATAM CENTRE





CARA UNTUK KE BATAM DARI JOHOR

Untuk ke Batam, jika korang dari Kuala Lumpur boleh memilih jalan mudah dengan menaiki Kapal terbang. Tapi selain dari itu, korang juga boleh memilih cara lain dengan menaiki bas ke Stesyen Larkin dan naik grab ke Berjaya Waterfront Ferry Terminal (Terminal Stulang Laut) untuk menaiki feri ke Batam.

PEMBELIAN TIKET | Bagi korang yang memilih cara ni, untuk tambang feri sehala adalah RM90 dah termasuk cukai. Jadi kalau korang beli tiket feri ni pergi balik (return) adalah lebih menguntungkan. Selain dari pembelian tiket di kaunter di Terminal Stulang Laut, korang juga boleh beli tiket secara atas talian (online). Tapi jangan lepa untuk bawa bukti pembelian, seelokknya berprintlah dan kena tukar kepada tiket asal di kaunter tiket Stulang Laut.

Apa yang perlu di sediakan untuk pembelian tiket di kaunter?
  1. Duit Harga Tiket Secukupnya (Cash)
  2. Passport
Kalau korang beli di kaunter, make sure plan masa korang betol-betol kerana kemungkinan orang ramai dan akan menyebabkan korang terpaksa beratur panjang. Kalau korang travel berkumpulan, serah tugas pada seorang untuk buat pembelian tiket. Tu lebih cepat dan menjimatkan masa. Pastikan semua passport dikutip bersamaa duit cash secukupnya.


Waktu Pergerakan Feri di Setulang Laut 

Jadual pergerakan feri dari Stulang Laut Ke Batam Center Ferry Terminal:
  • 7.15am, 8.00am, 7.15am, 8.45am, 9.30am, 10.15am, 11.00am, 12.30pm, 1.15pm, 2.00pm, 2.45pm, 3.30pm, 4.30pm 5.30pm dan 6.30pm
Jadual pergerakan feri dari Batam Center Ferry Terminal ke Stulang Laut:
  • 7.30am, 9.30am, 10.15am, 11.45am, 2.00am, 2.45am, 4.45am
Memandangkan ada beberapa kaunter yang berlainan lokasi di Terminal Stulang Laut, jadi korang harus memilih kaunter yang bertulis Batam Centre. Walaubagaimanapun, saya kongsi juga info berkaitan terminal lain hanya untuk pengetahuan korang. Jadi, terminal lain adalah seperti berikut:
  1. Batam Centre Perjalanan ke Batam Centre, Indonesia
  2. Tanjung Pinang : Perjalanan ke Tanjung Pinang, Indonesia.

Tiket akan dikutip sebelum kita masuk ke dalam feri. Kalau korang ada urusan untuk claim ke apa boleh ambik gambar dulu dan bagitau diorang yang kita nak tiket tu balik. nanti diorang akan bagi. Insyaallah.

FREE SEAT | Berkenaan tempat duduk dalam feri pulak dikira "free seat" siapa cepat dia dapat. Kalau duduk bahagian tengah boleh beku korang sebab keadaan feri sangat sejuk. Bahagian depan feri okay sikit. Lagipon kalau dapat bahagian depan ada ruang luas sikit untuk korang letak bag-bag korang. Kat depan pun ada tv, mudah nak layan movie yang diorang pasang.

TUKAR MATAWANG | Bagi korang yang tak sempat untuk buat penukaran duit, especially dari duit Ringgit ke Rupiah, dalam feri ada orang buat perkhidmatan tukar duit ikut currency semasa. Tak perlu pergi mana-mana, duduk je di tempat duduk korang dan sampai masa dia akan datang menawarkan service dia.

JUAL MAKANAN | Memandangkan perjalanan ke Batam dengan feri ni agak memakan masa, jadi kalau lapar dan lupa nak bawa makanan tu tak perlu risau sangat sebab atas feri diorang ada jual makanan dan minuman termasuklah mee segera. Beli indo mee nanti diorang masukkan air panas siap-siap, korang bayar dan tunggu makan je.


Sekian saja info berkenaan perjalanan menggunakan feri dari Setulang Laut Terminal ke Batam. Saya doakan semoga perjalanan korang dipermudahkan dan selamat pergi dan balik.

ARTIKEL INI DITULIS MENGIKUT PENGALAMAN ADMIN KE BATAM PADA 5/2-9/2 2019.

Post a Comment

17 Comments

  1. Kita save ni, suapaya senang nanti nak plan gan kawan-kawan nak ke Batam..
    Makaseh Madi..

    ReplyDelete
  2. Kemain ada 2 blog skrg...

    Www.sihijo.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Bagus ada info ni sebab saya pernah nak ke Bintan. Bintan juga menaiki feri dari sini. Teringin juga nak pergi tapi tarikh yang saya nak pergi tu masa tu katanya tak sesuai sebab monsun. Kena cari time yang tak musim monsun la kan...

    ReplyDelete
  4. Kjulia x perna naik feri yg lama² mcm ni lagi. Gi Langkawi pun asyik naik flight je even dr Penang sbb takut bdk² bosan lama² dlm feri. Huhu.

    ReplyDelete
  5. Tq for the tips abg mawardi...lepas ni kalau balik jb x de la asyik masuk Singapore je hehe

    ReplyDelete
  6. Suka entry macam ni. Senang nak tau cara paling mudah. Kena save ni. Next time nk ke batam senang. Heheh. Thank you share info.

    ReplyDelete
  7. Bagus ada perkongsian macam ni.
    Yela, tak semua orang ada pengalaman kan.
    Kita pun tak pernah ada pnglaman nak naik feri sampai ke seberang sana..



    ReplyDelete
  8. BATAM at JOHOR macam best ya. I haven't been there yet too. maybe time to plan a family vacation there soon

    ReplyDelete
  9. Bagus ye ada entry macam ni. Senang lepasni nak beli tiket. Tak pernah lagi ke sana. Nanti boleh la plan pi dengan family

    ReplyDelete
  10. Jadual pergerakan feri tu penting, nnt termiss kang, habis. Info yang memanfaatkan untuk semua orang ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Mudah je rupanya proses dia. Ingatkan rumit. Maklumlah melibatkan negara luar. Okay nk dah tauu, boleh kah jelajah sendiri ke sana nanti

    ReplyDelete
  12. Nice info, thanks for sharing..kena save link ni..senang refer je kat sini kalau sis nak travel ke sana

    ReplyDelete
  13. Kalau terlupa dan tak sempat nak tukar duit boleh tukar dalam feri tu? orang yang buat perkhidmatan tukar duit dalam feri tu boleh caya tak? risau gak walaupun dia tukar ikut currency semasa cuma takut duit palsu ke.. tanya je..

    ReplyDelete
  14. Wahhh info yg sangat berguna..mana laa tau kot2 nak ke Batam melalui Setulang Laut dengan feri..Thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. Great tips. Thanks for the guide which will totally benefit a lot of users.

    ReplyDelete
  16. Thanks for the details, was thinking for a short vacay and now I know where and how to get the tickets to Batam.

    ReplyDelete
  17. Syoknya dpt gi Batam..bestnya nk tkr duit rupiah ada service yg disediakan..naik feri pun mcm naik feri gi pulau pining..

    ReplyDelete