LUGAR DE LA BODA DEWAN PERKAHWINAN KONSEP TAMAN DI PUCHONG



Pada 5 Januari 2019 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong yang terletak di Lake Vista Puchong. Untuk pengetahuan korang, Lugar De La Boda ni merupakan sebuah dewan perkahwinan terbaru yang diperkenalkan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Jika korang pernah baca artikel saya mengenai Hanana Group Sdn Bhd sebelum ni, mesti tahu dimana terletaknya dewan perkahwinan pertama mereka iaitu Ambassador kan.

Gambar bersama pemilik Lugar De La Boda Puchong, Pn Norazlin Abd Ghafar


MAJLIS GRAND OPENING & FOOD TASTING LUGAR DE LA BODA PUCHONG

Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Norazlin Abd Ghafar, iaitu pemilik Hanana Group Sdn Bhd bersama-sama keluarga. Majlis tersebut telah dimulakan dengan Solat Mahgrib berjemaah dan majlis bacaan Yassin, kemudian disusuli dengan Solat Isya' berjemaah. Kemudian, para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari The Potai's Band dan host jemputan, Azlee Senario.


Majlis ini diadakan untuk membuka peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk mengetahui pakej-pakej perkahwinan 2019 yang disediakan oleh Hanana Group Sdn Bhd di Lugar De La Boda Puchong. Majlis ini sudah semestinya mempamirkan keseluruhan majlis dan pakej lengkap yang mereka boleh tawarkan dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, DJ dan PA system. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir merasai sendiri bagaimana menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diaturkan oleh mereka di Lugar De La Boda Puchong.



Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah,  Sambal Sotong, Dalca dan banyak lagi menu wajib majlis perkahwinan yang lain.


Selain itu, mereka juga ada menyediakan beberapa buah booth / gerai yang mana pelanggan mereka boleh membuat permintaan tambahan dalam tempahan pakej sedia ada. Antaranya adalah seperti gerai Kambing Grill, Ais Krim, Ayam Gunting, Kuih-Muih Tradisional, Cendol , Apam Balik, laksa Penang, cekodok bawang, char koe teow, satay dan lain-lain.


Harga asal pakej mereka adalah sebanyak RM28,000, dan akan tetapi untuk tempoh promosi pembukaan pelanggan mereka berpeluang untuk dapat diskaun RM5000 yang menjadikan pakej perkahwinan di Dewan Lugar De La Boda cuma RM23,000 sahaja. Berikut adalah harga pakej per pax selepas potongan harga.
  • 1000 pax - RM23,000
  • 800 pax - RM 20,800
  • 700 pax - RM 18,000
  • 500 pax - RM 16,000
  • 300 pax - RM 14,000

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lengkap Lugar De La Boda, anda boleh rujuk flayer di bawah ini.


Antara kemudahan-kemudahan lain yang mereka sediakan untuk pengantin dan para tetamu yang hadir adalah seperti tandas, surau dan juga bilik khas untuk acara akad nikah. Di samping itu untuk pengetahuan anda juga dewan ini mampu memuatkan 50 buah meja dan 500 kerusi chivari gold di dalam satu masa. Tidak lupa juga ruang parking yang selesa.


MENGENAI LUGAR DE LA BODA 

Lugar De La Boda merupakan nama yang meminjam perkataan wedding places di dalam bahasa Sepanyol. Dewan perkahwinan di Puchong ini merupakan konsep "garden wedding" yang pertama di kawasan Puchong dan ia juga menampilkan konsep ciri ciri Modern English yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang ditanam terdiri dari pokok pokok palm dan juga pokok pokok taman. 

Jadi buat anda yang ingin melangsungkan perkahwinan anda di Lugar De La Boda ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Alamat :
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya
Office - 0166700471
Office - 0166700473

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752

Website :
Facebook :
Instagram :
Pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019 | Dewan perkahwinan Puchong | Garden wedding puchong | Pakej lengkap perkahwinan | Dewan puchong | Pakej lengkap perkahwinan puchong | Event space Puchong | Pakej Perkahwinan terbaik termasuk dewan & katering | Wedding Hall Puchong


Post a Comment

19 Comments

  1. Ingatkan apo laa benda Lugar De La Boda tu? Rupanya dewan perkahwinan. Cantik dan selesa tempatnya..Wedding package pon berbaloi..orang yang berdekatan boleh laa tempah majlis kat sini nanti

    ReplyDelete
  2. wow bestnya.. harga package pun berbaloi juga.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat ni. Rasa nak buat majlis kahwin akak lagi sekali. Hahaha. Makanan dia nampak sedap. Huwaaaa. Nasi minyak siapa la nak makan ni. Macam ngidam pun ada. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Best yer konsep garden wedding, sejuk jer mata memandang dekorasi dewan yang sangat2 cantik. Harga pakej pun sangat berbaloi kan. Memang best zaman sekarang banyak pilihan lokasi best untuk buat kenduri kahwin

    ReplyDelete
  5. seriously, aida sgt suka wedding konsep taman tau.
    time sendiri kawin dulu, x dpt :( hu hu hu hu...
    menjadi impian utk buat gini bila anak2 kawin.
    green. flowers. traditional elements. modern touch here & there :)
    lovely!

    ReplyDelete
  6. Banyak dah lokasi nak naik pelamin ni. Penting untuk kita tengok budget kita. Kalau selesa dengan budget boleh la booked.

    ReplyDelete
  7. Bestnya konsep kenduri mcm ni... Best nampak tempat ni.. Sebab nampak selesa ja...apa pun kalau nak buat kenduri buatlah ikut kemampuan kita😂

    ReplyDelete
  8. Harga dia boleh tahan jugak ye wak hehe..tapi ok la berbaloi dengan perkhidmatan yang diaorang sediakan

    ReplyDelete
  9. Harga akej yang ditawarkan Tu rasanya tidaklah terlalu mahal. Sedang sedang elok la harga nya orang kata.
    Tempat pun nampak selesa dan menarik.
    Bagi kengkawan yang bakal berkahwin, belum ambil pakej boleh la choose tu kan..

    ReplyDelete
  10. Ramai betul tempat dewan perkahwinam sekarang ni. Nampak tempat ni macam berbaloi and yang penting ada reputasi yang baik!

    ReplyDelete
  11. Tudia aihh..kawen konsep garden! LOVE IT!. I kawen dulu bajet nya cuma half daripada kos pakej ni. Rasanya kalau I x kawen lagi, memang I nak buat majlis macam ni

    ReplyDelete
  12. Wah nama pun dh meletop ala2 itali. Suka konsep taman macam ni. Nampak makanan pun menyelerakan sgt. Yang paling penting bab harga macam murah dan berpatutan sangat. Boleh survey2 ni. Thanks sharing this Mawardi.hehehe

    ReplyDelete
  13. Cantik betul dewan perkahwinan macam ni. Tak kisah le melabur lebih sikit kalau dewan cam gini dn makanan pun sedap. Lagi pun majlis macam ni bukannya selalu..sekali je kan seumur hidup, kenangan hari bahagia gitu

    ReplyDelete
  14. cantik tempat dia..besar dan tersusun..best dapat kawin denagn tema macam ni..harga pun not bad la..kalau nak, mestilah kene kumpul duit dulu, lagipun senang semua dah tersedia

    ReplyDelete
  15. Perkahwinan di tempat ni memang best lar. Bukan sahaja setting dan pemandangan sangat cantik bahkan makanan juga nampaknya sedap sedap belaka. Memang ideal untuk dipertimbangkan oleh mereka yang nak bersanding ini.

    ReplyDelete
  16. sekarang wedding dah mudah. just bayar je semua diaorang akan buatkan.. mmg tuan rumah senang tak payah fikir nak beli gift bagai. tengok tempat pun best dan selesa. Garden wedding mmg tgh IN sekarang ni kan..

    ReplyDelete
  17. Harga pakej yang diiklankan tu berpatutan - dah la lokasi menarik dan cantik, makanannya lazat. Yang penting adalah penjagaan kualiti ye tak

    ReplyDelete
  18. Bagusnya deorang launch siap buat majlis solat berjemaah dan bacaan Yassin. Semoga maju jaya business deorang.

    ReplyDelete
  19. Ingat majlis perkahwinan Mawardi tadi kejut kita baca hehehe awas kahwin tak undang kita tau wakakaka. sekarang dah senang banyak tempat ada semua kemudahan untuk majlis kahwin ni... harga boleh buat bincang..

    ReplyDelete