JADUAL BARU 2019 AKAUN 1 KWSP UNTUK KELAYAKAN PELABURAN DI UNIT AMANAH | Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Kuantum Simpanan Asas (basic saving table) dinaikkan daripada RM 228,000 kepada RM 240,000. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun. Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang mencukupi untuk menampung kos persaraan asas apabila mencapai umur 55 tahun seseorang.
Sumber: http://www.kwsp.gov.my/
Gambar di atas menunjukkan simpanan asas mengikut umur ahli KWSP.
Ahli KWSP perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk melayakkan mereka menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP ke dalam Unit Amanah.
Simpanan Asas akan digunakan sebagai panduan untuk ahli-ahli untuk menentukan jumlah yang dibenarkan untuk dipindahkan untuk pelaburan di bawah skim ini. Kelayakan pengeluaran yang melebihi Simpanan Asas daripada Akaun 1 untuk melabur di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah kekal 30% seperti sebelumnya.
Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP
Situasi 1
Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 24,000.
Cara pengiraan
(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
RM 24,000 – RM 18,000 = RM 6,000
RM 6,000 x 30% = RM 1,800
Kelayakan
Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,800.
Situasi 2
Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 19,000.
Cara pengiraan
(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
RM 19,000 – RM 18,000 = RM 1,000
RM 1,000 x 30% = RM 300
Kelayakan
Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.
Jadi sekiranya anda layak, apa tunggu lagi. Inilah masanya yang sesuai untuk anda bertindak sebelum terlambat.
P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang sewajarnya! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 10 tahun yang lepas dan waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan pula adalah sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Jika Berminat, untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi: 0182266623 (En.Mawardi).
17 Comments
Bagus info ni. Kwsp memang untuk kemudahan mereka yang bersara. Tapi kena buat juga pelaburan lain supaya duit kita tu bertambah. Pentingnya yang patuh syariah la kan.
ReplyDeletewahh menarik ni..nanti nak bincang dengan asben..yelah pesaraan memerlukan simpanan yang banyak dan cukup untuk menampung kos yang semakin meningkat..umur meningkat barang pun meningkat jua kan haha
ReplyDeleteUntunglah sape yang ada kwsp ni..bolehlah ganda2kan duit kat tempat yang selayanknya demi masa depan. Sis yg tak ada kwsp ni kena pepandaile menyimpan sendiri
ReplyDeleteillustrasi & penerangan yg bagus.
ReplyDeleteperkara begini perlu diterapkan dari awal. like a kesedaran, kan.
aida da ke skim pencen. but, masih mencarum personal dgn kwsp.
simpanan di umur 55 thn. at least ada la skit, kan.
hi encik mawardi! kite baru tau pasal ni! tq sebab share nanti ajarkan kite boleh nak kira/ msih blur
ReplyDeleteBagus kan investment macam ni..adik ipar akak dh buatkan untuk akak..harap2 ada la rezeki nanti untuk masa depan..skrg umur akak pun dh 41 tahun..semuanya kena rancang awal kan..harap kawan2 lain pun boleh buka mata dan dan plan persaraan anda..
ReplyDeleteSiapa ada kwsp kena amik tau ni.. Memng untung ye kalau simpan dekat sini. .Kalau .Simpan betul-betul okla. .Banyak tu jumlah dia
ReplyDeleteThanks for sharing this useful info. Memang berbaloi nak invest bagi duit berganda tambah pula bagi mereka yang plan untuk bersara awal. Untung siapa yang dapat invest ni. Sis hanya mampu pandang dari kejauhan je la. ðŸ¤
ReplyDeleteSo far I ni koservatif sket bab investment ni. Tak pe la earn dividiend KWSP cukup la. Tapi bagus gak for those who are more daring in invest sebab pulangan akan cepat bertambah.
ReplyDeleteVery good information. Thank you for sharing. Will be very useful for everyone.
ReplyDeleteemmmmm, macam tak layak lagi jeeeeeee. Nanti kalau dah layak aku cari ko eh dihah. Nak jugak melabur demi kesejahteraan hidup dan masa depan,huu
ReplyDeleteWah baru tahu kepentingan kwsp. Tahu mencarum jer dulu hahahha. Tq for the input sekarang dah tahu perancangan yg lebih baik
ReplyDeleteBagus info ni dan yes memang wajib sebenarnya buat simpanan camni untuk hari tua. Maklum la sekarang ni semua perlukan duit jadi kena pastikan kita ada simpanan hari tua juga demi memastikan bila dah tua kita ada duit hehe
ReplyDeletePertama kali baca bab ni. Thank you atas info nya. Tak pernah ambik kisah sebelum ni bab bab ni. Hehe
ReplyDeleteThanks for this info and details. Its very relevant for those who wish to increase their savings. Will share it out juga.
ReplyDeleteUntung nya kalau dah start buat pelaburan guna kwsp ni. SBb x kacau duit gaji bulanan , tapi tatp dapat pulangan kan.
ReplyDeleteKita x pandai sangat bab pelaburan ni. Tpi pernah dengar peoatah.. Do not put all ur eggs in one basket. Maksudnya... Sumber pelbagaikan sumber perlaburan seelok2 nya. Btw nice sharing mawardi
ReplyDelete