Kalau bercuti di Genting Highland sudah semestinya tidak cukup hanya sekadar sehari je kan, jadi untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang tentang sebuah hotel baru yang sangat sesuai untuk percutian keluarga.
Hotel yang saya maksudkan itu adalah Hotel Theme Park, yang mana ianya berlokasi berdekatan dengan Twentieth Century Fox Malaysia Theme Park yang bakal dibuka tidak lama lagi. Untuk pengetahuan korang, hotel ini mempunyai sebanyak 456 bilik yang merangkumi 8 aras di Main Wing dan Valley Wing. Dengan berkonsepkan theme park dan hotel ini cukup mesra dengan kanak-kanak.
RUANGAN LOBI UTAMA | Dari ruangan lobi utama lagi kita dapat lihat bagaimana konsep ini ditelitikan. Ianya sudah semestinya meriah dan hidup dengan gelagat kanak-kanak dengan pelbagai dekorasi dan perabut ala taman permainan. Kaunter daftar masuk mereka juga dibentuk menjadi sebuah belon panas yang bila-bila masa saja bersedia untuk terbang.
KONDISI BILIK | Bilik yang saya stay cukuplah selesa dengan kemudahan yang cukup lengkap termasuk 2 tilam bersaiz Queen. Bilik yang saya stay ini boleh memuatkan sehingga 4 orang dengan keluasan bilik yang cukup selesa.
Apa yang saya paling suka adalah dengan hiasan dalaman bilik yang cukup kreatif dan mesra pengguna. Walaupun nampak simple, dan berbeza dari bilik-bilik hotel yang biasa saya inap sebelum ini, penyampaiannya cukup mudah difahami hanya dengan lukisan dan icon mudah.
Bilik air juga dilengkapi dengan air panas dan barangan toiletries seperti berus gigi, sabun, shampoo dan sebagainya.
Untuk pengetahuan korang, hotel ini tidak mempunyai restaurant atau cafenya sendiri, tapi mereka mempunyai bakery shop di lobi utama yang terletak di belakang kaunter pertanyaan.
Bagi korang yang ingin menempah dan mengetahui lebih lanjut berkenaan Theme Park Hotel ini bolehlah berbuat demikian di www.rwgenting.com atau hubungi 03-6101 1118.
1 Comments
wahh nice gila hotel ni! instagrammable pulak tu! hihi
ReplyDelete