SALAM TAIWAN : PERCUTIAN MESRA MUSLIM

TAIWAN SEBAGAI HAB HALAL | Terletak di utara negara Filipina di Laut Cina Selatan, Taiwan merupakan sebuah pulau yang dikurniakan dengan pelbagai budaya dan lokasi menarik, dari kota ke alam semulajadi yang indah dan mendamaikan. Taiwan juga dikenali kerana terdapat banyak pilihan makanan dan juadah enak yang uniquely Taiwan, dan sebilangannya ditawarkan oleh kedai-kedai yang mesra-Muslim.


Untuk pengetahuan korang, Taiwan memiliki penduduk Islam seramai 300,000 orang dan keperluan harian mereka dibantu oleh 3 organisasi iaitu Persatuan Cina Muslim, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan.

Sejak beberapa tahun lepas, kerajaan Taiwan telah bekerjasama dengan pertubuhan ini untuk memahami keperluan dan permintaan pengunjung Muslim khususnya ke negara mereka.
"Dalam komitmen kami untuk menjadi hab halal dan usaha bersama menjadi destinasi pilihan dalam kalangan pelawat Muslim, kami akan terus menambah baik kemudahan kami untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim," kata Anne Hung, wakil pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia.
SALAM TAIWAN |  Kempen ini adalah bertujuan bagi mengajak rakyat Malaysia dan Brunei, terutamanya kaum Muslim, untuk jadikan Taiwan sebagai satu destinasi percutian mereka yang seterusnya.


Mengenengahkan kemudahan yang ada untuk pelawat Muslim, Salam Taiwan menumpu khas kepada perkara dan aktivti menarik di Taiwan yang Muslim-friendly, seperti makanan dan minuman, hotel, bilik solat awam yang selesa, serta barangan kosmetik dan penjagaan kulit yang disahkan halal.


Selain itu, ada juga aplikasi Tour Taiwan dan Halal-TW yang memudahkan pengunjung Muslim untuk mencari kedai halal, mengetahui jadual waktu solat dan lokasi masjid dan bilik solat, serta memeriksa info tentang transport dan penginapan. Senanglah nak jalan-jalan!


Kempen ini menekankan 6 teras yang direka khusus untuk melancarkan perancangan perjalanan bagi pengunjung Islam: gaya hidup dan kemampanan (LOHAS) yang menggariskan kaedah kehidupan sihat; pasar malam terkenal Taiwan; taman tema; pemandangan alam sekitar yang memukau; shopping dan kebudayaan Islam.


MIRA FILZAH SEBAGAI DUTA SALAM TAIWAN | Mira telah dilantik sebagai duta Salam Taiwan untuk menarik pelancong Islam khususnya dari negara kita Malaysia untuk bercuti dan menerokai Taiwan. Mira Filzah sendiri telah ke Taiwan bersama beberapa orang infuencer social media yang lain seperti Aisha Liyana, Sharifah Rose Sabrina dan Yasmin Redzuan untuk pengambaran iklan Salam Taiwan pada bulan Julai lalu.


Kini anda boleh tontoni iklan tersebut yang menunjukkan pengalaman menyeronokkan yang mereka lalui ketika melancong di negara tersebut.


Jika anda berminat untuk melancong ke Taiwan, anda bolehlah lawati booth Biro Pelancongan Taiwan (Taiwan Pavillion) di MATTA Fair 2018 yang akan bertempat di Dewan 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Booth (nombor gerai: 1413-1432) itu dibuka dari 7 hingga 9 September di antara 10 pagi dan 9 malam. Singgah untuk menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan pakej percutian menarik. Anda juga berpeluang untuk bersemuka dengan duta Salam Taiwan iaitu Mira Filzah kerana beliau akan membuat penampilan khas di booth ini pada 8 September, 2 petang untuk berkongsi pengalamannya ketika melancong di Taiwan.


Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Biro Pelancongan Taiwan (www.taiwan.net.my) atau Facebook (www.facebook.com/tbrockl/); ataupun menghubungi 03-2070 6789.

Kredit foto: Biro Pelancongan Taiwan

Post a Comment

20 Comments

  1. Sangat menarik... Leya pun terubgin untuk melancong ke Taiwan.

    ReplyDelete
  2. Hanya Malaysia dan Brunei saja ye? Project Salam Taiwan untuk Indonesia tidak ada. Huhuhu. Padahal sangat ingin pergi Mount Jade kat sana. 😁😊

    ReplyDelete
  3. macam best pulak.. terus search pasal taiwan.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pegi taiwan.Mcam boleh masukkan dalam list je ni sebab nampak best hehehe

    ReplyDelete
  5. Baru tahu Taiwan tempat mesra muslim. Mudahlah kesana nk cari makanan halal dan tempat - tempat sesuai untuk dilawati. Kene masukkan dlm wishlist ni .

    ReplyDelete
  6. Tak pernh lg smp Taiwan.. Ada entry mcm ni share utk pelawat Muslim senang.. At least tau apa yg ok utk dimakan and tmpt menarik utk dilawati

    ReplyDelete
  7. Taiwan pun tau pasaran perlancongan halal memang lumayan. Maklumlah orang orang dari timur tengah yang kaya memang suka melancong

    ReplyDelete
  8. menarik pula pasal taiwan ni..ingat negara ala china betul..rupanya ok juga keluarga muslim dtg sini..banyak tempat best pulak blh ziarah

    ReplyDelete
  9. Senang sikit bila ada yang buat pakej travel ke luar negara yang mesra muslim. Kalau saya pergi dengan family, better ambil macam ni sebab nak senang. Kalau pergi dengan kawan kawan tak kisah sangat kot

    ReplyDelete
  10. Taiwan ni negara kecil je macam singapura tapi dengar kata di sana memang bagus industri perlancongannya

    ReplyDelete
  11. Taiwan one of my wishlist nak ke sana. Selalu juga tengok tempat menarik. Risau juga bab cari makanan halal.

    ReplyDelete
  12. Wow bestnya bila la kita nak pergi Taiwan ni hehehe tak pernah nak fikir pergi sana tapi bila ada trip mesra muslim ni baru kita yakin sikit terutama kat tempat orang yang susah sikit bahawa mereka...

    ReplyDelete
  13. banyak tempat menarik di Taiwan. tempat mesra muslim, kemudahan untuk muslim banyak. makan pun tak perlu risau kat sana

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Paling susah nak jaga bila travel ke luar negara ni ialah makanan halal. Kalau dapat sediakan semua tu ramai je pergi sebab tempat cantik

    ReplyDelete
  15. Rupanya ramai penganut Islam di Taiwan, tak sangka pulak. Bagus kempen ni dapat meluaskan ekonomi kedua2 negara.

    ReplyDelete
  16. Taiwan satu tempat pelancngan yang kene pergi..nampak best je..menarik bila ada pakej travel yang mesra muslim..

    ReplyDelete
  17. Sebelum ni bila dengar sharing daripada mereka yang pernah ke Taiwan, katanya susah nak dapat halal food kat sana..bagus inisiatif ni. setidaknya lepas ni pelancong muslim ke sana tidak mengalami kesukaran lagilah kan

    ReplyDelete
  18. Taiwan belum pernah gi lagi..bila baca entry ni rasa cam nak gi pulak. Tapi nk habiskan tempat2 yg dlm wishlist sis dulu then boleh lah ke Taiwan lps tu

    ReplyDelete
  19. Apa yg kak tau Taiwan tidak ada masalah utk mencari makanan halal,ada impian nk ke Taiwan klu ada Drexel😊

    ReplyDelete
  20. AM memang teringin nak ke Taiwan.. banyak gak rupanya tmpt yg menarik dan mesra muslim tambah tertarik AM nak pegi.. terima kasih atas perkongsian penuh informasi nie yea

    ReplyDelete