REGEN REHAB : HOSPITAL REHABILITASI SWASTA PERTAMA DI MALAYSIA

HOSPITAL REHABILITASI

ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd (ReGen Rehab) telah mengumumkan kempen Let There Be Hope (Menaruh Harapan) yang bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan kemudahan rehabilitasi.
"Rehabilitasi atau pemulihan ialah strategi kesihatan penting untuk memanjangkan hayat dan meningkatkan kualiti hidup. Kami di ReGen Rehab, akan mencapai matlamat ini dengan mendukung empat tunggak strategik, setiap satu tertumpu pada segmen rakyat Malaysia yang berbeza," kata Sue Lee, Ketua Pegawai Eksekullf ReGen Rehab. 
REGEN REHAB
"ReGen Rehab akan menawarkan kepakarannya kepada rakyat Malaysia menerusi empat tunggak ini, iaitu pendidikan awam, latihan profesional untuk profesional penjagaan kesihatan, penglibatan aktif syarikat korporat dan organisasi kerajaan, dan usaha menghulur tangan kepada masyarakat," tambah Lee.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti rehabilitasi sebagai strategi kesihatan penting bagi abad ke-21, memandangkan ramai penduduk di seluruh dunia kini meramalkan jangka hayat lebih panjang dengan penyakit kronik yang semakin bertambah. Usaha mengukuhkan rehabilitasi dalam sistem kesihatan amat penting. Perkhidmatan rehabilitasi hendaklah disepadukan dengan penjagaan kesihatan utama, sekunder dan ketiga untuk mengatasi kekurangan kemudahan rehabilitasi di negara-negara sedang membangun. Justeru, hospital rehabilitasi khusus penting untuk memenuhi keperluan pesakit yang rumit. Ini seharusnya sejajar dengan pembiayaan penjagaan kesihatan untuk memastikan kernudahan rehabilitasi boleh dimanfaatkan oleh semua.

MEMBAWAKAN KEMUDAHAN REHABILITASI KE MALAYSIA.

Regen Rehab

ReGen Rehab ialah syarikat hospital khas swasta pertama yang mengkhusus kepada usaha menyediakan perubatan rehabilitasi kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Hospital sulungnya baru dibuka di Petaling Jaya, sebagai hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan rehabilitasi perubatan menyeluruh di bawah satu bumbung.

REGEN REHAB

REGEN REHAB

Wawasannya adalah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi rehabilitasi di Malaysia dan di Asia dengan mengkhusus dalam:

• Rehabilitasi strok 
• Rehabilitasi neuro 
• Rehabilitasi kognitif 
• Rehabilitasi otot tulang 
• Rehabilitasi sukan 
• Rehabilitasi kanser 
• Rehabilitasi jantung 
• Rehabilitasi sakit 
• dan pelbagai masalah lain.

Rehabilitasi: persekitaran yang berubah di Malaysia
"Sistem penjagaan kesihatan Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang setanding negara maju lain," ujar Robert Ortenzio, Ahli Lembaga ReGen Rehab dan Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Select Medical. 
"Penyedia perkhidmatan kesihatan hendaklah berusaha mencapai tahap pengkhususan lebih tinggi, yang mernbolehkan keputusan klinikal dan penggunaan sumber yang lebih baik dibuat. Inilah masa terbaik untuk ReGen Rehab menceburi pasaran sebagai penyedia kemudahan rehabilitasi selepas fasa akut kerana permintaan dijangka berkembang dengan ketara pada tahun-tahun yang akan datang." 
REGEN REHAB
"Khidmat rehabilitasi yang baik sangat penting untuk membantu pesakit yang menderita penyakit kritikal atau kecederaan untuk memaksimumkan pemulihan fungsi," tambah Ortenzio. 
REGEN REHAB
"Di Amerika Syarikat, perubatan rehabilitasi merupakan disiplin pengkhususan bersepadu yang berkembang apabila syarikat insurans perubatan mula mengiktiraf dan melindungi perkhidmatannya. Select Medical berbangga untuk menyokong ReGen Rehab dalam usahanya meluaskan kapasiti dan kualiti perkhidmatan rawatan rehabilitasi yang disediakan kepada rakyat Malaysia." 

Menaruh Harapan: Menghulur Tangan Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Di pelancaran kempen Let There Be Hope oleh ReGen Rehab pada bulan September, syarikat tersebut membuat beberapa pengumurnan menarik. ReGen Rehab telah mula bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sosial (PERKESO) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk meningkatkan kesedaran tentang rehabilitasi. Berbekalkan sokongan padu ini ReGen Rehab akan dapat meluaskan perkhidmatannya kepada berjuta-juta rakyat Malaysia.

REGEN REHAB

Pelancaran ini juga membabitkan sesi panel yang penuh maklumat membabitkan tiga penerima khidmat rawatan pemulihan di bawah program 'make-a-wish' (melafazkan harapan) ReGen Rehab(Wish Upon A Star). Setiap penerima berkongsi kisah bagaimana rawatan pemulihan yang berkesan di ReGen Rehab telah mengubah kehidupan mereka selepas mengalami kehilangan upaya, termasuk strok, kecederaan trauma otak dan kecederaan saraf tunjang.
"Kami amat berbangga dengan kernajuan yang dicapai oleh pesakit kami," kata Dr. Lydia Abdul Latif, Ketua Pegawai Perubatan ReGen Rehab
"Apabila setiap seorang daripada mereka datang ke ReGen Rehab, mereka menghadapi pelbagai masalah berkaitan pertuturan, pergerakan, kesakitan ketara dan kerosakan fungsi. Menerusi pelan rawatan klinikal bertumpukan pesakit berasaskan bukti yang disesuaikan khusus kepada keperluan individu dan matlamat pemulihan masing-masing, mereka dapat mengekalkan motivasi dan mencapai keputusan yang diingini." 
"Ini merupakan falsafah rawatan utama proses rehabilitasi," sambung Dr. Lydia. 
REGEN REHAB
"Dan inilah tunjang segala perkhidmatan kami. ReGen Rehab menghimpunkan pasukan klinikal berbilang disiplin untuk memastikan setiap aspek keperluan pesakit dipenuhi. Pasukan ini terdiri daripada doktor, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan, ahli terapi pertuturan, jururawat, pakar diet, ahli farmasi dan ahli neuropsikologi."
Pengalaman langsung mendapatkan rawatan rehabilitasi

Di sesi panel tersebut, para penerima rawatan berkongsi pengalaman mereka dan aspek paling bermakna rawatan rehabilitasi masing-masing.

REGEN REHAB
"Saya rasa seperti terlalu muda untuk diserang strok dan tidak tahu cara menanganinya," kata Cheam Swee Mui, yang berusia 45 tahun. 
"Saya cuma boleh berjalan sejauh 5 meter dan itu pun hanya dengan bantuan orang lain. Pasukan ReGen Rehab telah membantu saya menguatkan badan supaya saya boleh berdiri dan berjalan kaki sendiri. Terapi paling berkesan ialah menguatkan bahagian bawah kaki dengan pelbagai alatan gimnasium. Ini membantu saya berdiri sendiri, yang merupakan perkara pertama yang saya lakukan pada waktu pagi. Apabila saya bangun pagi dan rasa boleh berdiri sendiri, saya rnendapat semangat baharu untuk mengharungi hari dengan penuh harapan." 
En. Bahtiar Mohd Nooh berusia 51 tahun yang mengalami kecederaan trauma otak akibat kemalangan berkata, "Saya menggunakan kerusi roda apabila datang ke ReGen Rehab. Saya tidak boleh berjalan jauh, tidak boleh bercakap dengan lancar, dan mengalami masalah ingatan dan perhatian. Sudah sebulan berlalu dan kini saya boleh berjalan tanpa bantuan. Dengan rawatan terapi pekerjaan dan pertuturan, daya ingatan saya telah bertambah baik dan saya boleh bercakap dengan lancar. Secara keseluruhan, saya gembira kerana telah mencapai kernajuan dan hakikatnya rawatan yang saya terima bertujuan memastikan saya mampu berdikari dalam jangka panjang." 
Carol Cheah, berusia 61 tahun, berkata rawatan ReGen Rehab telah memberikan harapan baharu kepadanya.
"Apabila seseorang yang lanjut usia seperti saya terjatuh dan mengalami kecederaan badan, is mengubah kehidupan buat selama-lamanya," kata Carol. 
"Saya bimbang bahawa rasa sakit yang perk dan masalah berjalan dan menggerakkan bahagian anggota atas akan kekal sepanjang hayat Bagaimanapun, ReGen Rehab memastikan semua pesakit tahu bahawa langkah pertama ke arah pemulihan adalah meyakini bahawa anda boleh kembali seperti sedia kala. Saya gembira untuk melihat hasil rawatan saya di sini."
Rehabilitasi telah membolehkan pesakit ini menghadapi masa depan dengan harapan baharu. ReGen Rehab berharap untuk mencetus transformasi dalam persekitaran perubatan di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan capaian kepada kemudahan rehabilitasi menerusi empat tunggak kempen Menaruh Harapan (Let There Be Hope). Ini akan membantu menjadikan ReGen Rehab sebuah Pusat Kecemerlangan di Malaysia dan di rantau ini.

Mengenai ReGen Rehab

ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd ialah syarikat hospital khas swasta yang mengkhusus kepada usaha menyediakan perubatan rehabilitasi untuk pesakit dalam dan luar. ReGen Rehab ditubuhkan untuk memajukan pembangunan perubatan rehabilitasi, membawakan penjagaan rehabilitasi bermutu tinggi kepada pesakit di Malaysia dan rantau ini. ReGen Rehab mengendalikan hospital rehabilitasi terkhusus dengan 96 katil sejak 1 Ogos 2018.

REGEN REHAB

ReGen Rehab ialah usaha sama antara Khazanah Nasional Berhad, dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia dan Select Medical, salah sebuah syarikat hospital rehabilitasi terkemuka Amerika. Maklumat mengenai ReGen Rehab boleh didapati di www.regen.rehab.

Anda telah membaca artikel berkaitan REGEN REHAB : HOSPITAL REHABILITASI SWASTA PERTAMA DI MALAYSIA.

Post a Comment

19 Comments

  1. wah.. besar nya rehab hospital ni... ada outpatient gym lagi.. good for ppl whom need this kind of treatment...

    ReplyDelete
  2. Baguslah ada rehab centre yang lengkap macam ni, membantu proses pemulihan dengan terapi dari pakar.

    ReplyDelete
  3. Eh eh..bagus la Regen Rehab ni..dia ada banyak pengkhususan focus pada masalah pesakit..memang perlu ada di Malaysia untuk pesakit focus kepada pemulihan..yang penting dunia perubatan semakin maju setanding negara luar..

    ReplyDelete
  4. Good to have such hospital to help patients to recover fast. Hope they will diversify to more states after this.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya konsep sebegini - rehab untuk kesihatan. Mesti harganya boleh tahan gak kan. Moga ada yang lebih mampu bayar untuk semua kelak kan

    ReplyDelete
  6. Facilities dia memang cukup lengkap! Ward pon dah macam bilik hotel and the fact that dorang ada gym tuh memang terbaiklah.

    ReplyDelete
  7. Ohh ReGen Rehab ni untuk penyakit2 kronik rupanya yea, masa mula2 baca dari tajuk tadi ingatkan rehab yang like untuk addicted ke apa hehe. Great effort! Bagusla ada pusat macam ni 👍🏿

    ReplyDelete
  8. Wowww bagusnya ada rehab utk kesihatan cam ni..byk betul kemudahan yg disediakan. Mesti harga dia pun setanding dgn perkhidmatan yg di beri kan..:)

    ReplyDelete
  9. Bagus ada rehab center macam ni.Boleh suggest dkt pesakit2 Amni ni.Suasana dan servis yg ditawarkan pun menarik.

    ReplyDelete
  10. Dasyat ni...dah rupa 5 star hotel tengok dia punya facilities esp lobby dia. Tmpt mcm ni selalu insurance ada cover tak

    ReplyDelete
  11. First time masuk sini ingatkan hotel.. cantik giler dah macam kat hotel. Fasiliti pun lengkap kan. Bagus la, pesakit pun selesa nak dapatkan rawatan pemulihan..

    ReplyDelete
  12. hospital khas untuk memulihkan pesakit yang mengalami kehilangan keupayaan sementara dah ada di malaysia ya. bayaran mesti mahal

    ReplyDelete
  13. Xsilap mcm ada hosp rehab dkt cheras kan?.. actually bagus untuk membantu pedakit kronik dptkan rawatan lebih rapi dgn bantuan pakar dan nirse yg terlatih

    ReplyDelete
  14. Cantiknya Regen Rehab ni. Kalau sakit duduk sini pun tak terasa. Lawa nya interior kalau cmni duduk seminggu pun xpa .

    ReplyDelete
  15. Erm.. Besar, kemas dan buat mereka berasa tenang disitu ketika mndapatkan rawatan. Bagusnya ada pengkhususan sakit apa ye..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah..macam hotel! Haha..seronok plak nengoknya. Yang penting banyak kemudahan dan segala keperluan pesakit disediakan kat sini

    ReplyDelete
  17. Cantik tempat ni mcm hotel. Mmg sesuai untuk org nak bermeditasi. Then br tahu tahu ap tu rehabilitations heheh

    ReplyDelete
  18. tak banyak kemudahan macaam ni di malaysia.. bagus kalau buat banyak2.. bagus effort macam ni. dpt bantu pesakit kronik

    ReplyDelete
  19. rehab hospital ni mmg best lagi satu tempat die semua nampak menarik...

    ReplyDelete