PENGALAMAN DAN KOS PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL SWASTA



sakit tonsil

PENGALAMAN DAN KOS PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL SWASTA | Alhamdulillah!! Sedar tak sedar sudah hampir beberapa bulan saya menjalani pembedahan yang melibatkan tonsil, telinga dan hidung di Hospital Pantai Cheras. Hari ni baru sempat untuk saya berkongsi pengalaman saya pertama kali buat tuntutan insuran medical card yang saya langgan dalam tempoh setahun lebih sebelum tempoh tuntutan.

1.0 TELINGA KIRI TERSUMBAT SECARA TIBA-TIBA

Ingat lagi, 6 Oktober 2017 lepas semasa dalam perjalanan untuk Bercuti Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor telinga sebelah kiri terasa tersumbat dan tidak dengar. Macam macam cara untuk hilangkan masalah telinga tersumbat ni dah saya cuba namun tidak berjaya. Namun, atas nasihat kawan-kawan, pada 11 Oktober 2017 saya telah ke salah sebuah klinik swasta untuk membuat pemeriksaan. Doktor mengesahkan bahawa masalah saya berpunca dari tonsil yang bengkak dengan teruk. Beliau telah mengeluarkan surat rujukan untuk saya rujuk ke hospital untuk melakukan pembedahan buang tonsil. Total kos rawatan dan perubatan yang saya perlu bayar adalah sebanyak RM49.

2.0 RUJUK DI HOSPITAL PANTAI CHERAS

Memandangkan saya ada mengambil insuran peribadi yang sudah aktif selama setahun lebih dan atas cadangan dan nasihat dari agen insuran saya, saya telah memilih untuk rujuk di hospital swasta terdekat pada 13 Oktober 2017. Untuk menjimatkan masa, saya telah megambil keputusan ke  Hospital Pantai Cheras yang terletak beberapa kilometer sahaja dari rumah dan tempat kerja saya. Bila rujuk di hospital kerajaan, semua urusan jadi mudah bermula dari urusan di kaunter pertanyaan sehinggalah pembayaran dan terima ubat.

Di sini saya telah dirujuk kepada Dr. Long Chin Wan, yang merupakan doktor pakar Ear, Nose And Throat , ENT (Otorhinolaryngology). Tarikh pembedahan ditetapkan pada 24 Oktober 2017. Memandangkan prosedur untuk menggunakan medical card untuk cover pembayaran kos pembedahan, Dr Long telah menyediakan laporan dan apply guarantee letter (GL). Total kos medication dan consultation adalah RM181.70.

3.0 TUNDA TARIKH PEMBEDAHAN

4 hari sebelum tarikh pembedahan ketika saya outstation di Pulau Tioman, saya telah menerima panggilan dari pihak insuran yang menyatakan bahawa insuran saya tidak akan cover kos perubatan dan pembedahan saya diatas sebab kes tonsil saya diragui. Kes saya perlu di siasat selama 15 hari dari tarikh tersebut. Oleh kerana itu, tarikh pembedahan perlu ditunda kerana memberi ruang untuk siasatan dari pihak insuran dijalankan. Selepas siasatan dibuat, prosedur seterusnya adalah questionnaire. Beberapa pihak perlu menjawab beberapa soalan berkaitan seperti doktor yang pernah merawat 3 tahun sebelum, dan majikan di tempat kerja.

4.0 ALHAMDULILLAH INSURAN LULUS UNTUK COVER KESELURUHAN KOS PEMBEDAHAN


Selepas sebulan menunggu, dari sebelah telinga kini kedua-dua telinga sudah dijangkiti dan tahap pendengaran makin merosot. Berkat usaha agen insuran saya yang tidak pernah putus asa menguruskan kes ni dan melayan karenah saya sepanjang proses siasatan. Alhamdulillah dengan izin Allah, pada 30 November 2017 saya menerima perkhabaran baik bahawa insuran saya lulus untuk cover kos pembedahan saya. Untuk tidak membuang masa, agen insuran saya terus menguruskan balik tarikh pembedahan saya dengan Dr. Long. Memandangkan tarikh terdekat penuh, saya telah memilih tarikh 5 Disember 2017 untuk tarikh pembedahan saya.

5.0 PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL PANTAI CHERAS

Prosedur biasa bagi mereka yang akan menjalani pembedahan adalah perlu berpuasa selama 6 jam sebelum waktu pembedahan. Memandangkan waktu pembedahan adalah pada jam 10:00am saya perlu berpuasa bermula dari jam 4:00am lagi.


Pada hari pembedahan, saya ke hospital seawal 7:30am lagi ditemani oleh abang kandung dan agen insuran saya. Selepas menjalani prosedur biasa sebelum masuk ke Operation Theatre (OT), saya diminta untuk bersedia di wad menunggu doktor datang untuk taklimat ringkas. Sambil menunggu Dr. Long dan pakar bedah datang untuk memberi taklimat ringkas prosedur pembedahan, berkali-kali juga saya ke tandas kerana gugup. *maklumlah pertama kali nak masuk OT.

Tepat jam 10:00am, saya dibawa menuju ke OT oleh 2 orang jururawat perempuan. Sebelum masuk ke OT saya dihampiri oleh seorang jururawat lelaki dan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan pembedahan yang bakal saya lakukan. Selang beberapa minit, katil saya ditolak masuk ke sebuah bilik yang cukup luas dan sejuk (OT). Selepas bertukar ke katil di bilik pembedahan, saya terus di dampingi oleh seorang pakar bius yang cukup mesra. Tak sampai beberapa saat saya terus tak sedarkan diri.

Selepas 2 jam tempoh pembedahan, saya dikejutkan oleh salah seorang dari jururawat yang terlibat dengan menepuk-nepuk belakang badan saya. Alhamdulillah, pembedahan sudah pun selesai. Memandangkan kesan bius masih kuat (mamai) dan hidung saya disumbat, saya hanya mampu menyahut seruan beliau dengan perlahan.

PEMBEDAHAN TONSIL

Diatas meja ada terletak dua biji botol dimana satunya penutup berwarna kuning dan satu lagi penutupnya berwarna putih. Menurut nurse, kedua-dua botol tersebut mengandungi tonsil yang telah dibuang dan secebis tulang hidung. Saya sendiri tak pasti kenapa doktor membuang sedikit tulang hidung saya.


Selain dari proses pembuangan kedua-dua tonsil, dan tulang hidung doktor juga telah meletakkan (Grommets tube) pada kedua-dua belah gegedang telinga (rujuk ilustrasi pada gambar di atas). Ini adalah untuk menyelesaikan masalah telinga saya yang sudah tidak dapat mendengar apa-apa. Ini adalah untuk memberi pengudaraan kepada ruang telinga tengah yang mengandungi cairan dan menyebabkan cairan pada ruang telinga tengah dapat keluar. Kata doktor, jika keadaan sudah sembuh dalam tempoh setahun begitu tube tersebut akan tercabut dengan sendirinya. Saya juga dinasihatkan supaya tidak berenang atau elak aktiviti yang membolehkan air masuk ke telinga.

5.1 DIRAWAT DI UNIT RAWATAN RAPI (ICU)


CLAIM INSURANS

Oleh sebab tertentu, selepas pembedahan berlansung saya terus di bawa ke ICU. Kata doktor saya perlu di pantau dengan kerap dalam masa 24 jam. Jika keadaan baik, selepas 24 jam saya boleh ditukar ke wad biasa.

Disebabkan ruang hidung ditutup sepenuhnya, saya terpaksa bernafas menggunakan mulut. Oleh sebab yang demikian mulut saya cepat kering dan tidak selesa. Dengan luka yang masih baru, ia membuatkan saya perit untuk minum air. Saya hanya mampu berkumur dengan kerap untuk basahkan mulut.


Selepas beberapa jam pembedahan, saya cuba memberanikan diri untuk meminta air untuk diminum. Kerana masih baru, jururawat menggunakan picagari untuk memasukkan air ke mulut saya. Memang terlalu sukar untuk saya menelan walaupun ianya hanya sekadar air masak sejuk biasa. Hanya cukup sekadar 2 picagari kecil saya sudah menolak kerana tidak tahan. Ubat tahan sakit (painkiller) pun seakan tidak memberi kesan apa-apa kepada saya. Beberapa jam selepas itu, penutup hidung tu dibuka dan saya dah boleh bernafas seperti biasa.

5.2 DIPINDAHKAN KE WAD BIASA

Memandangkan saya semakin stabil, pada keesokan harinya saya telah dipindahkan ke wad biasa, dimana ianya sebuah bilik Double Deluxe hanya muat untuk 2 orang pesakit sahaja yang berharga (RM188) untuk semalam. Mengikut polisi medical card yang saya ambil, saya boleh memilih bilik dalam kos RM200 semalam.


Alhamdulillah biliknya cukup selesa dan sangat luas. Dilengkapi dengan bilik air, almari baju, sofa, kipas dan berhawa dingin. Memang cukup selesa bagi saya dan pelawat yang datang.


Alhamdulillah, sakit-sakit pun ada yang datang! terima kasih semua especially pada ahli keluarga saya, kawan-kawan yang datang melawat dan tak lupa dapa agen insuran saya yang menunggu sampai habis pembedahan, yang layan macam-macam karenah saya. Alhamdulillah sekarang semuanya ok. Hampir seminggu juga saya menerima rawatan di sini dan selepas itu saya balik ke kampung untuk berpantang.

Terima kasih juga kepada PRU BSN kerana telah cover kos keseluruhan hospital dan perubatan (3 bulan sebelum, semasa dan 3 bulan selepas) saya yang mencecah RM20,000. Nasib baik menyebelahi saya kali ini. Jadi bagi korang yang belum mempunyai insuran atau polisi medical card tu silalah ambil sekarang. Insyaallah masih belum terlambat. Orang kata "sediakan payung sebelum hujan" dan bagi saya eloklah kita mula "membina kapal sebelum banjir besar datang ".

Bagi korang yang masih tercari-cari agen insuran, korang boleh contact saudara Jaslin Puasa di no telefon yang tertera.

Anda telah membaca artikel berkenaan PENGALAMAN DAN KOS PEMBEDAHAN TONSIL DI HOSPITAL SWASTA.


Post a Comment

23 Comments

  1. Selamat da semuanya. Alhamdulillah.
    Aida ada tonsil. Rasanya 4-5 thn lepas, sakit amat sgt. Klinik swasta sarankan utk buang tonsil. Aida takot!!! Tak gi pun refer GH tau. Until now. If terasa nak sakit tekak, terus telan ubat or air suam byk2. Moga ok ok la.
    Nak aida, izzat, now refer pakar ent utk masalah tonsil dia. So far, under control.

    ReplyDelete
  2. fuhh..seram jugak pembedahan tonsil ni ek..akak ri tu hampir2 juga nak bedah buang tonsil ni..tapi doktor pakar kat hospital kerajaan tu tak jadi buang sebab macam tak teruk sangat..walopun tahun ni beberapa kali jugak akak sakit tekak yang teramat sangat sebab tonsil tu kan bengkak macam biji buah langsat tu..adoiii

    ReplyDelete
  3. Bagusnya perkongsian ni. Nampak macam x serius tapi bila dah samapai kena buat pembedahan maknanya ia bukan satu masalah yang boleh dipandang rendah.

    ReplyDelete
  4. Berderau tengok harga total tu madi. Nasib baik ambikl insurance dan treatment tu dicover. Kalau tak, tak tau lah macam mana nak bayar tu kan

    ReplyDelete
  5. Betul tu madi.amni sendiri amik insuran.bukan kita mintak yang bukan2 jadi,tapi payung tu bukan lagi kehendak tapi keperluan penting.

    ReplyDelete
  6. 2 tahun yang lepas pernah kene tonsil membengkak almost 2 bulan deman naik turun naik turun. Nak telan pon tak boleh. Hampir nk buat pembedahan alhamdulillah sembuh. Alhamdulillah dah selamat buat pembedahan ye mawardi.

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah syukur wadi dah sembuh dari tonsil, insyallah dah ambil untuk anak medical cad ni...tapi belum pernah claim apa2 lagi setakat ni

    ReplyDelete
  8. glad you share of this, didn't know of it til you share here. First time to know of the tonsil. Take care yeah.

    ReplyDelete
  9. Nasib semua berjalan lancar. Insurance memang penting. At least ada satu medical card for unfortunate case like this. Thanknyou for sharing your experience.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...sekarang madi dah semakin pulih.. Hmmm...memang mahal harga kos rawatan utk pembedahan. Insurans LeYa pun dah nak masuk 2tahun..belum pernah digunakan lagi utk sakit² emergency.

    ReplyDelete
  11. Macam mana boleh jadi tonsil ni..nasib ye dapat cover insurans tu..kalau tak, allahu, banyak tu kos pembedahan dia..alhamdulillah, semuanya dipermudahkan ye madi..memang wajibla kena ada medical card..kita tak tau apa jadi kan

    ReplyDelete
  12. Boleh tahan kos pembedahan nasib ada insuran boleh digunakan sangat berbaloi, seram tengok hasil pembedahan tu.. janji sihat selepas pembedahan Alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. Mmg penting medical card skrg ni. terutama time emergency.. kalau x teruk jugak nak membayar klu dah beriban2

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah skrg dh beransur pulih... Sakit sbnrnya tonsil ni kan.. Sy penah kena tonsil tapi xbesar sgt.. Cuma skrg kne hati2 la tkut jd berat kes ni.. Btul tu, apa2 kita mmg kne ada insurans sbgai backup kita kemudian hari..mmg rasa leceh tp sebenarnya benefit dia tu byk... Cuma crilah insurans yg boleh dipercayai... Smoga sihat sllu ya..

    ReplyDelete
  15. Fuhhh 20k. Mana nk cekau duit byk tu kan. Kena sediakan payung sblm hujan. Sbb tu pentingnya ambik insurans nie. Tp xsemua nmpk mcm tu. bila dh kena baru sedar.

    ReplyDelete
  16. Berbaloi dalam claim insuran kan. Tak sangat bahaya juga tonsil ni. Family mertua mostly semua ada masalah ini, tapi tak semua berani nak bedah

    ReplyDelete
  17. Semoga semua urusan tuan di permudahkan dan di lancarkan ilahi. Insyaallah. Jaga kesihatan tuan semoga di berkati

    ReplyDelete
  18. Terkedu AM membaca perkongsian Madi.. scary gak rupanya pembedahan tonsil nie.. seksanya AM rasa kalu hidung ditutup dan hanya perlu bernafas melalui mulut.. terasa peritnya.. Alhamdulillah, Madi pulih dan kembali pulih sepenuhnya.. syukur!!

    ReplyDelete
  19. Insuran mmg sgt penting skrg ni, kos perubatan yg sgt tinggi skrg. Mmg x mampu nak bayar sekali gus. Belum lagi kira follow up dan kos ubat-ubatan yang mahal. Sy pun ambil insuran Prudential utk perlindungan perubatan, hayat dan juga penyimpanan.

    ReplyDelete
  20. Alamak. Anak ada tonsil. Rupanya org dewasa juga ada ye. Ermmm seram lulak akak baca dan tgk tonsil tu. Orang kata kalau masa kecik elok buang dah tonsil tu kan. Ni yg buat akak risau. Akak pulak cuma ada perlindungan kemalangan je.

    ReplyDelete
  21. Ika rasa sangat mahal kos pembedahan tonsil ni. Susah nak bayar bill sampai Rm20K sekarangkan? Nasib baik awak ada insurans kad bukan?

    ReplyDelete
  22. Rasanye ape yg awak alami ni sama dgn saye lah..insyaAllah 14 nov ni saye akn buat pembedahan yg sama..berdebarnye.. 😅

    ReplyDelete
  23. Yer betholl , Medical Card nii sangat penting. Kalo takde ber-huhu je laa ye dak ..

    ReplyDelete