Pernah terfikir bagaimana agaknya kalau passport kita hilang ? Adakah proses penggantian passport baru itu mudah dan boleh diselesaikan dalam masa sehari? Jika tidak apakah yang perlu kita lakukan jika passport kita hilang?
Disini saya kongsikan pengalaman dan apa yang kawan saya telah lakukan selepas mengetahui bahawa passportnya hilang sebelum beliau ke luar negara.
"Okay pasal kes hilang passport ni meh sis brief kenapa xboleh siap dalam masa sehari atau pun sejam seperti yang dicanang. Berikut merupakan procedure untuk kehilangan passport khas buat anda untuk rujukan masa depan."
"Kalau hilang passport buat benda ni:
1) Report polis
2) Pergi imigresen ambil form hilang passport
3) Angkat sumpah dekat suruhanjaya sumpah
4) Pergi balik dekat imegresen and return form yang lengkap
5) Diorang interview kenapa passport kau boleh hilang
6) Aku dah buat muke paling cute dah mintak diorang cepatkan process tapi sorry, kau ingat kau sorang je hilang passport? Dorg akan process tapi xkan siap dalam sehari sebab report kene serah dekat pegawai."
"Ada beza kau hilang passport yang xvalid, dengan kau hilang passport yang valid. Ade beza! Passport yang dah expired and hilang boleh siap dalam masa sehari. Passport yang masih valid xboleh siap dalam sehari. Jadi bak number bomoh aku nak call ni tanye mana hilang passport aku."Jika korang masih keliru, korang juga boleh rujuk panduan hilang passport/ dokumen perjalanan di laman sesawang imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.
26 Comments
ooo...ada bezanya kalo yang da expired dengan yang belum ek..memang strict imigresen Malaysia..bagus juga gitu..
ReplyDeleteOwh. Betul juga apa dia sebut tu. Baru tahu perbezaannya. TQ gadis cantik sebab sharing info sebegini. Banyak yang berangan nak siap sehari kan. Bak mai nombor bomoh gak. Hehe
ReplyDeleteGitu Becky informative sangat.risau lak wak kalau kita kena camtu.kalau overseas cmne wak kalau hilang sana
ReplyDeleteMemang bagus perkongsian2 camni sebab tak ramai yang tahu sebenarnya..sebab jarangkan berdepan dengan masalah hilang passport..hehe ic hilang i pernah la..
ReplyDeleteKalau kite tunggu passport hilang tu dah expired baru nak buat passport baru, boleh ke? Tapi still kene buat report polis jugak kan pasal kehilangan passport tu
ReplyDeleteThanks for the tips. My expired passports lost too. Tak tau kat mana and thinking to do a new one.
ReplyDeleteuishhh rumitnya ya kalau passport hilang dalam tempoh valid. nak kena jaga elok2 lah kalau mcm tu passport kita. kalau tak, banyak benda nak kena buat
ReplyDeletePasport malaysia sangat laku di pasaran antarabangsa sebab ada kuasa super power untuk lepas imigresen. Hasil diplomasi bijak
ReplyDeleteKalau pergi jalan jalan penting sangat jaga pasport sebab kalau hilang azab yang amat. nak kena pergi kedutaan dan lain lain.
ReplyDeleteLebih rumit dari hilang ic. Lepas ni kena sentiasa beringat dan berwaspada supaya pasport tak hilang. Susah jadinya.
ReplyDeleteyahahhaa.lawak pulak baca.mintak bomoh bagai.tapi memang bahaya pun kalau hilang passport ni.jangan buat main2 passport ni.umpama hilang ic gak ceritanya.
ReplyDeleteWar....rupa-rupanya ada perbezaan yang begitu ketara kan? Kenalah betul-betul berwaspada ketika passport masih valid kan? Memang bahaya!
ReplyDeleteSusahnya kalau hilang pasport ye..benda penting kena jaga elok-elok..kalau tak banyak perkara kena buat..nad belum pernah ada pasport lagi
ReplyDeleteHilang passport mmg xboleh bwk main.. masa liez keje dgn travel agency selalu ingatkan dpt client passport tu mcm nyawa.. jgn hilangkan.. nak buat baru pun bukan senang
ReplyDeletebahaya tu hilang passport!!! kena hati-hati.
ReplyDeletetapi tu lah. bukan dlm tgn kita kan nak tau bila ia hilang hi hi hi hi kuasa Allah.
memang rumit if melibatkan identiti kita.
report polis wajib. siasatan wajib. amik keterangan wajib. rumit!
banyak jugak step stepnya. tapi logik juga.. moralnya, jaga elok2 passport tu. jadikan keutamaan sepanjang masa.
ReplyDeletethats why bila nak simpan passport tu kena make sure igt letak kat mana. kalau tak dah leceh nk kena go through mcm mcm procedure kan. huhu
ReplyDeleteRisau juga eh kalau passport hilang. Banyak urusan nak kena settle Dan makan masa. Kalau takde nak travel luar dalam masa terdekat xpe lagi boleh sabar passport siap .
ReplyDeleteThank you sebab kongsi tips dari Shaida ni. Sangat berguna. Kita selalu take for granted info-info macam until terjadi kat kita barulah sibuk mencari hehehe
ReplyDeleteOk kita pun tak tahu ada beza hilang pasport antara yang valid dan tak valid yer hehehe tapi kita memang tahu kalau hilang pasport kena report polis dan proses lama leceh hehehehe jadi hati2 lah...
ReplyDeleteMemang leceh kalau pasport hilang ni kan. sebab tu tak boleh cuai. Kalau cuai kan susahkan diri sendiri juga
ReplyDeletePengajarannya jaga lah pasport kita baik baik supaya tak menyusahkan diri di kemudian hari. banyak cabaran
ReplyDeletePassport ni macam IC kita juga. Kena pandai simpan dan jaga elok². Memang rumit prosedur bila dah hilang.. Hmmm...semoga kita semua selamat menyimpan passport masing².
ReplyDeletePassport saya pun dah hilang since 2010 lagi. So, memang kena pergi report polis lah macam ni kalau nak buat a new passport
ReplyDeleteThanks for sharing but info tak lengkap. Jika passport hilang dah expired boleh pegi mana2 pejabat Immigration tapi kalau still valid hanya boleh dibuat di cawangan Jln Duta dan Putrajaya sbb kena angkat sumpah (negeri2 lain x pasti). Yg sudah expired tidak perlu laporan polis yang still valid perlu laporan polis. Denda kehilangan passport kali pertama dibawah kerajaan baru RM400, kali kedua RM700 dan kali ketiga RM1,200.
ReplyDeleteSori nak tanya, angkat sumpah dekat suruhanjaya? Kata bole buat di jalan duta or putrajaya? Bole jelaskan? Saya x paham la😅 saya hilang passport gak nak wat yg baru.
Delete