UMUM sudah mengetahui bahawa betapa pentingnya air kepada tubuh manusia. Tanpa air, manusia hanya boleh hidup dalam masa cukup singkat iaitu tiga hari. Ramai mengatakan minum lapan gelas air sehari adalah ideal bagi memastikan badan kekal sihat dan cergas. Namun, pakar motivasi dan kecergasan, Kevin Zahri berpandangan, keperluan air bagi setiap individu adalah bergantung kepada pelbagai faktor. Walaubagaimanapun, asasnya badan kita perlu terima air yang cukup untuk memastikan badan kekal sihat dan cergas.
TRAVEL RECOMMENDS : SEWA POCKET WIFI
TRAVEL RECOMMENDS : SEWA POCKET WIFI
Oleh kerana saya mempunyai masalah mulut cepat kering selepas melakukan pembedahan beberapa bulan yang lepas, ia juga memaksa saya untuk sentiasa bersedia dengan botol yang mengandungi air masak yang bersih untuk mengekalkan kelembapan walaupun kemana saja saya pergi.
Walaupun saya selalu sibuk dengan kerjaya saya yang memaksa saya untuk travel ke sana-sini, ia bukan menjadi alasan untuk saya tidak membawanya bersama-sama, malah botol air sudah menjadi sebahagian dari teman baik saya ketika travel. Pemilihan botol yang sesuai dan bagus sangat membantu dalam mengekalkan hidrasi tubuh badan saya semasa travel.
Untuk pengetahuan korang, saya sendiri mempunyai beberapa biji botol air dari pelbagai saiz. Antaranya botol plastik jenis Flip (550ml) dan Wego (800ml) dari jenama BROS®. Setiap darinya ada kelebihan dan rekabentuk tersendiri. Walaubagaimanapun, kedua-dua botol ini mempunyai sifat yang sama iaitu boleh menerima air diantara suhu -10°C hingga 95°C.
Flip (550ml)
Percutian dengan menaiki pesawat tidak menghalang saya untuk membawa botol air walaupun ramai yang tahu bahawa botol yang berisi air tidak akan lepas semasa pemeriksaan imigresen. Tapi ianya tidak bermaksud botol air yang kosong. Kemudahan waterfilter banyak tersedia di balai berlepas dan korang boleh mengisi air sebelum menaiki pesawat.
Kundasang, Sabah - Flip (550ml)
Botol dari jenis Flip (550ml) ini cukup bagus untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sangat ergonomik dan praktikal untuk digunakan. Ianya mempunyai straw dan mudah untuk dikendalikan walaupun ketika berada diatas kenderaan yang sedang bergerak.
Botol jenis Wego (800ml) ini kebiasaanya saya bawa untuk travel di dalam negara sahaja atau dalam bahasa mudah, perjalanan yang tidak melibatkan pesawat. Bentuknya lebih panjang dan besar sedikit dari botol jenis Flip (550ml) yang saya ada. Botol Wego (800ml) ini tidak mempunyai straw dan hanya mempunyai penutup kecil di bahagian atasnya.
Batam, Indonesia - Wego (800ml)
Oleh kerana cuaca di Batam sangat panas, saya telah bawa botol Wego (800ml) ini kerana ianya boleh diisi dengan air dalam kuantiti yang banyak berbanding botol Flip (550ml). Jadi, dengan botol besar tak perlulah kerap sangat untuk isi air kan?
Bagi saya, penggunaan botol air ni sangat bagus. Selain dapat mengelakkan pembuangan sampah dari pembelian air mineral (botol plastik) kita juga dapat menjimatkan kos makanan kita semasa travel. Kenapa kita harus beli kalau kita boleh dapat percuma di hotel atau penginapan yang kita stay. Selain itu, kos untuk pembelian air di waterfilter biasa lebih murah dari kos pembelian sebotol air mineral atau air minuman di kedai runcit.
MENGENAI BROS®
BROS® merupakan jenama botol air yang sudah berada dipasaran Malaysia sejak tahun 2004 lagi. Botol air BROS® terkenal kerana keupayaan isian semula, selamat, mudah dibersihkan, anti bocor, boleh dikitar semula, mesra alam, kualiti unggul dan rekabentuk kreatif serta sesuai di gunakan oleh semua peringkat umur daripada yang warga emas hingga ke kanak-kanak dan bayi.
Selain 100% Bebas Bisphenol-A (BPA), kedua-dua bahan mentah dan unit sebenar juga mematuhi U.S. Food and Drug Administration (FDA) untuk digunakan bersama makanan dan minuman. Di samping itu, ia juga dapat menahan haba sehingga 95 Celcius.
BROS® di datangkan dengan pelbagai produk botol air seperti Tumblers, Thermal, Glass dan Plastik, Containers dan Aksessori. Bagi botol air yang diperbuat daripada plastik, BROS® menawarkan 6 siri dengan design yang menarik iaitu Crystal, Capa, Flip, Wego, Luna dan Yoga.
Botol air BROS® ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, dari 350ml ke 2000ml. Manakala harganya pula diantara RM27.90 ke RM56.90, bergantung pada saiznya.
TAWARAN DISKAUN 20%
TAWARAN DISKAUN 20%
Untuk pembaca setia blog www.mawardiyunus.com ni, korang boleh menikmati 20% diskaun bila korang membeli secara online di BROS® eStore di www.bros.com.my daripada sekarang hingga ke 26 Ogos 2018. Cuma korang masukkan diskaun kod ‘YUNUS20’ bila nak checkout nanti ek.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk BROS® ni, korang boleh layari :
Laman Web : www.bros.com.my
General Inquries, email to : [email protected]
Customer Service Support, email to : [email protected]
Phone : 1700 81 5568
Facebook Page :
Instagram :
#myfavouriteBROS #BROSMalaysia #stayhydrated #kekalhidrasi #BotolAir #AirMineral
25 Comments
Tq,maklumat. Ingatkan mahal botol ini,rupanya ianya harga mampu milik. Nanti nak cari satu untuk travel,inshaallah.
ReplyDeleteBotol air ni anak bawak gi sekolah. Menarik sebab BPA Free. Selain daripada itu, corak juga menarik. Yg penting minum air secukupnya setiap hari.
ReplyDeletesuka botol bros selain Tupperware. hikss
ReplyDeleteAda macam-macam jenis botol air. Tapi ada jenis yang tak tahan. Mudah pecah. Memang minat dengan botol BROS ni. Sebab design semua cantik.
ReplyDeleteLawa botlo air bros ni. Dok tengok rakan blogger semua ada collection dari bros. I tak de pun. But still ada botol air sebab i ni kena minum at least 2 liter sehari.
ReplyDeleteCantik cantik design yang ada ni. Harga pun ingat mahal macam brand tapeware hehehhe. Rupanya affordable juga.
ReplyDeletewah smart giler botol.air ni....klu travel mmg wajib kena bawa botol air kan...kena membeli juga 1 ni
ReplyDeletecantik botol dia..memang nad pun jenis bawak air kosong bila keluar..tekak cepat kering , nak minum air kosong je. berkenan pulak dengan botol bros ni..
ReplyDeletei pun terasa nak beli botol bro ni... sungguh bagus quality nya.. mari minum air...
ReplyDeleteMacam best je..macam menarik jer madi..nak kena beli gak ni..smart la botol tu semua..at least boleh bawak pi sekolah, pi kerja atau bawak kemana- mana jer kan..botol dia pun comel..
ReplyDeleteMenarik. Kalau travel memang penting sangat minum air secukupnya. Botol air pun cantik ye. Kena grab satu ni!
ReplyDeleteDoes this bottle easily crack or break? My bottle always end up fammilng down and cracking. I was thinking of giving this one a try
ReplyDeleteSalam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog tuan mawardi. Minum air masak untuk sihat. Terbaik
ReplyDeleteMemang kemestian untuk kita bawa air masak untuk di minum semasa travel. Beli pun mahal
ReplyDeleteOrang kuat minum air suam macam saya nih elok sangatlah ada botol air bros ni satu untuk simpanan. Senang dan mudah nak bawa ke mana saja kan.yang penting tahan lasak.
ReplyDeleteWow awak jadi duta botol air lak hehehehe nampak comel jer botol air tu lepas ni boleh lah kita bawa pergi mana-mana senang...
ReplyDeletemenarik design botol BROs ni..at least, takdelah segan sangat nak bawak ke sana ke mari..bolehlah minum air secukupnya di mana-mana saja
ReplyDeleteNampak trendy dan sporty betul lah botol air bros nie. Nak beli jugaklah. Okay boleh gunakan kod tu utk dapat potongan kan ? Nak beli sekarang lah
ReplyDeleteComel botolnya. Tak pernah terfikir pulak tengok brand botol. Tq for the info. Sentiasa cari yg bpa free..
ReplyDeleteBagus la tip travel tu, bawa jer botol kosong masa cek kat imgresen , kat balai berlepas isi la air kan. Menarik2, boleh parktikkan ni. Huda pun suka botol air jenama BROS ni. design cantik2
ReplyDeleteCantik dn comel kolesi botol dia .X pernah guna jenama bros sebab sblum ni mmg beli brand Tupperware je . Lepas ni boleh beli botol air bros tambah koleksi.
ReplyDeleteI am regular visitor, how are you everybody? This article
ReplyDeleteposted at this site is truly nice.
ReplyDeletekeep up writing such type of posts
dengan ada botol sendiri..
ReplyDeletetak perlu nak beli air mineral yang kadang-kadang susah nak dapat ketika dalam perjalanan
Woahhh bagusnya entri ni bang! Botol dia pun banyak pilihan pula tu. Tengah cari juga botol yg sesuai sebab nak ke pulau kan. Faham2lah bahangnya nanti macam mana. Hehe..
ReplyDelete