Baru-baru ini saya telah berkesempatan ke Museum Of Illusions (Muzium Ilusi) yang bertempat di Ansa Hotel Kuala Lumpur berdekatan dengan Bukit Bintang. Muzium Ilusi ini menfokuskan kepada tarikan interaktif berkaitan visual ilusi sahaja. Terdapat lebih 70 pameran ilusi yang direka untuk membuat anda meneka persepsi anda terhadap realiti.
MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR
Museum Of Illusions ini dikatakan berasal dari Zagreb, Crotia, ianya merupakan muzium interaktif yang menawarkan pengalaman visual ilusi dan pendidikan yang menarik serta meghiburkan yang sesuai untuk semua kumpulan umur, dari tadika hingga ke kumpulan pesara.
Muzium of Illusions mempamerkan ilusi yang menghiburkan dan mengajak kita bermain dengan minda, ianya turut mengajar tentang penglihatan, persepsi, otak manusia, dan sains serta mengajar kita mengapa mata kita mungkin melihat perkara-perkara yang tidak difahami oleh otak.
TRAVEL RECOMMENDS : SEWA POCKET WIFI
TRAVEL RECOMMENDS : SEWA POCKET WIFI
Contohnya, anda melihat sesuatu benda dan anda percaya yang anda lihat itu betul, tetapi tiba-tiba anda sedar bahawa yang anda lihat dan percaya itu silap, lalu anda terfikir adakah mata anda bermain helah pada anda. Dan inilah di panggil ilusi optik yang mana ianya juga cara yang menyeronokkan untuk memaksa mata dan otak bekerja dan keluar dari zon selesa.
Selain dari itu, muzium ni juga sesuai bagi mereka yang mencari lokasi untuk bergambar. Banyak dari tarikannya sangat instagrammable.
TARIKAN DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR
Ames Room
Di bilik ini, mata kita akan membezakan 2 saiz subjek walaupun kedua-duanya bersaiz sama. kita akan melihat ilusi visual yang sangat luar biasa bergantung di mana tempat kita berdiri.
Rotated Room
Berdiri dengan terbalikkan diri dengan tangan di lantai dan kaki di atas bukanlah satu aksi yang boleh dilakukan oleh semua orang. Di bilik ini, sesiapa saja mampu melakukannya walaupun berat badannya mencecah 200kg. hehe
Satu trick yang cukup simple kerana hanya prop yang terbalik digunakan dan hasilnya hanya perlu terbalikkan photo anda.
Bagaimana kepala manusia boleh hidup walaupun tanpa badan? Disini korang boleh bergambar dengan kepala manusia tanpa badan yang dihidangkan di dalam pinggan yang diletakkan dia atas meja. Macamana ilusi ini dapat menipu mata kita? Nak tahu, kenalah datang ke sini.
The Chair Illusion
Ilusi ini seolah di Aames Room, perlukan kondisi yang sesuai dan tepat untuk menampakkannya seperti real. Dua (2) subjek yang sama saiz menjadi berbeza.
Imej yang membingungkan yang memainkan trik pada diri kita sehingga mengelirukan mata dan otak kita. Ilusi visual ini hanyalah satu peringatan bahawa deria kita tidak sempurna dan persepsi kita terhadap dunia sering diputarbelitkan.
Ada banyak lagi tarikan yang ada di sini, kalau korang nak tahu apa lagi yang menarik di muzium ini, anda kena datang dan lihat banyak lagi koleksi dari ilusi optik yang pasti buatkan anda terhibur dan terfikir-fikir.
Sebelum pulang, anda boleh singgah di kedai cenderahati dimana banyak cenderahati menarik yang berkaitan dengan permainan minda dan ilusi dijual yang boleh di jadikan kenang-kenangan atau boleh hadiahkan pada anak seperti mainan pendidikan, congkak, puzzles, baju kaos, pensel atau buku nota serta banyak lagi yang anda boleh pilih untuk di bawa pulang.
GIVEAWAY TIKET KE MUSEUM OF ILLUSIONS
GIVEAWAY TIKET KE MUSEUM OF ILLUSIONS
Anda teringin nak ke Museum Of Illusions ni? Jika nak, ini ada berita baik buat anda semua. Saya nak bagi anda 2 pasang tiket berharga RM140 kepada 2 orang pemenang yang bertuah. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu ikut 4 langkah ni :
- Like Page : https://www.facebook.com/moi.kualalumpur/
- Follow Instagram : https://www.instagram.com/mawardiyunus/
- Share artikel ini di facebook anda dan tag 3 orang kawan anda.
- Sertakan Hastag #moixmy (untuk memudahkan saya semak)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 5 JULY 2018
Untuk info lanjut anda boleh layari website official Museum of illusions di :
Alamat :
Ansa Hotel 1st&2nd floor
101 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Phone: 03-21102654
Working Hours :
Monday till Sunday
9:00 AM – 11:00 PM
Harga Tiket :
Adult: RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad)
children (5-15 years): RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad)
family ticket:* RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad)
*includes 2 adults with max. 2 children (5-15 years)
5 Comments
wowww! bestnyaa. yang dekat tangga tu power hee
ReplyDeleteterbaek.. cantik tempat ni :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz kalau sudi k :)
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
oh ni la yang diperkatakan...mcm best je. kna pegi ni. harga family jd jimat.
ReplyDeleteSeriously cool! Menyesal tak dapat pergi. Hmmm. Tempat ni sesuai nak bawa budak-budak. Mesti diorang suka explore kesemua 70 pameran ilusi tu!
ReplyDeletemenarik ni.
ReplyDeletetapi tu la. ntah bila nak ke b.bintang ni.
bwk anak2 sure diorang extra excited!