Seperti hotel-hotel lain, Hotel Federal Kuala Lumpur juga mengambil kesempatan menawarkan pakej Bufet Berbuka puasa di restoran mereka iaitu Restoren Kontiki. Saya sendiri tidak pernah terlepas untuk berbuka puasa disini setiap tahun. Pada 25 Mei yang lepas, saya dan rakan-rakan blogger yang lain telah berkesempatan berbuka disini danpada masa yang sama mereka meraikan anak anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari.
Pada tahun ini, Restoren Kontiki ada menyediakan lebih dari 100 jenis juadah berbuka puasa berkonsepkan menu kampung yang cukup menyelerakan. Antara juadah pembuka selera yang ada disini adalah pulut kuning dengan serunding, tempe goreng pedas, tauhu sumbat, kerabu daging dan macam macam lagi. Restoren Kontiki juga menyediakan gerai gerai yang menyajikan sup campur, sup gearbox, lok lok, murtabak dengan kari ayam, nasi bukhari, kambing dan ayam dengan roti lebanese/roti pita, kontiki's teh tarik dan juga ice cream. Di bahagian "BBQ Cylinder Station" pula dihidangkan satay, kepak ayam, taufu bakar, sotong, ketam, udang dan lain lain lagi.
Melengkapkan lagi menu kampung, mereka ada menyediakan menu ayam masak kuning, ikan patin masak tempoyak pucuk paku, daging kicap dan kacang pis, ikan goreng serai dan bermacam macam lagi untuk dicuba oleh tetamu yang hadir. Selain dari itu, korang juga boleh menikmati menu barat dan jepun seperti sushi.
Untuk pencuci mulut pula, korang boleh rasa lebih dari 20 jenis kuih mueh melayu Selain itu, tetamu juga boleh mencuba dodol kampung, wajid kampung, pudding buah, pastries, bubur, bubur buah, 4 jenis kek, 3 jenis tart jelly, mouses dan juga buah buahan tempatan.
Jadi, kalau berminat nak berbuka puasa kat sini korang boleh contact nombor yang aku kongsikan dekat bawah ini untuk buat tempahan.
Juadah Kampung Buffet Dinner di
Hotel Federal Kuala Lumpur
35, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Harga :
RM138nett Dewasa
RM69nett Warga Emas
RM35nett Kanak Kanak
Telefon :
+60321480468
Fax :
+60321482877
Email :
Website :
0 Comments